20 October 2009

Kisah benar Dari Mekah

Empat Tahun Di Beri Makan Ulat

Mekah, tanah suci yang diidam-idamkan oleh umat Islam untuk menjejakkan kaki dan menunaikan fardu Haji. Rakyat Malaysia khususnya, ramai yang sudah berkerja, bermastautin dan menjadi warganegara Arab Saudi

Dikisahkan sepasang suami isteri Melayu Malaysia yang sudah lama bermastatutin di Arab Saudi. Walaupun mereka pemastautin tetap namun anak mereka sudah warga negara Arab Saudi. Ahmed dan isterinya Fatimah (bukan nama sebenar) tinggal dimekah hampir 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki, Muhamad(bukan nama sebenar). Fatimah bekerja sebagai guru manakala Ahmed pula bekerja dengan syarikat swasta. Oleh kerana Kedua-dua mereka bekerja sepenuh masa, mereka mengambil seorang amah, Tini(bukan nama sebenar) selepas Muhamad dilahirkan.

Kini, telah empat tahun Muhamad diasuh dan dibesarkan oleh Tini, namun Muhamad bukannya semakin aktif malah semakin kurus, kecil dan selalu sahaja sakit-sakit. Paling ketara apabila selepas hari raya aidilfitri, Muhamad langsung tidak berselera makan, lemah, tidak bemain seperti kanak-kanak lain dan selalu demam bila malam hari. Melihat Muhamad selalu sakit, Ahmed membawa Muhamad ke Hospital untuk diperiksa. Apabila diperiksa tiada pula tanda2 menunjukkan Muhamad sakit serius.

Apabila disuap sendiri oleh Fatimah dengan makanan, hanya sedikit sahaja yang dimakan oleh Muhamad. Apabila ditanya kepada amahnya, Tini menjawab begitulah Muhamad apabila disuap,hanya sedikit sahaja yang dimakan. Fatimah berasa risau dengan perubahan itu. Masuk minggu kedua, Muhamad semakin teruk. Badan semakin kurus, darah keluar dari hidung dan suhu badan meningkat dengan tiba-tiba. Ahmed dan Fatimah panik, mereka terus ke hospital. Apabila di x-ray seluruh badan, tiada kesan atau tanda2 penyakit. Namun, satu sahaja yang tidak dibuat oleh pihak Hospital, iaitu x-ray kepala Muhamad. Muhamad dirawat sehingga sihat dan segar serta dibenarkan pulang.

Namun tiga hari kemudian, Muhamad kembali sakit. Sekali lagi mereka terpaksa berulang lagi ke hospital. Apabila agak sihat Muhamad dibenarkan pulang semula. Waktu itu Ahmed berasa agak hairan apabila setiap kali pulang daripada hospital Tini berkelakuan resah.Dia syak ada sesuatu yang disembunyikan oleh amahnya itu..Lalu Ahmad dan Fatimah cuba berusaha dan berpakat melakukan sesuatu..

Oleh kerana mereka rasa tidak sedap hati, kedua-dua berpakat dan membuat rancangan keesokkan harinya. Esoknya seperti biasa, mereka bersiap untuk pergi kerja. Fatimah pun meninggalkan pesan kepada Tini. "hari ini saya pergi kerja sebab cuti dah habis. Jadi, saya akan balik dan bawa Muhamad ke Hospital petang nanti. Tini jagalah Muhamad baik2 sebab dia dah sihat sikit hari ini ya!". Tini mengangguk dan menundukkan kepala tanda hormat. Pada masa yang sama Fatimah membawa kunci pendua rumahnya untuk rancangan yang mereka buat semalam.sebaik sahaja kereta keluar pagar rumah, Tini terus mengunci pintu dan masuk ke dalam. Ahmed berpatah balik dan menurunkan Fatimah di depan rumah. Secara senyap2 Fatimah masuk ke dalam dan bersembunyi di dalam alamari pakaian Tini. Fatimah membuka sedikit pintu almari untuk melihat keadaan luar..Setengah jam kemudian Tini masuk dengan membawa sebiji mangkuk bersama anaknya.Fatimah tertanya-tanya apa yang hendak dilakukan oleh Tini.

Beristigfar panjang Fatimah apabila melihat dalam mangkuk itu adalah ulat-ulat bangkai. Bertambah terkejut apabila dia melihat Tini menyumbatkan ulat-ulat bangkai itu ke dalam mulut dan hidung anaknya. Muhamad yang meronta-ronta sempat berkata. " sudahlah tu Kak! Nak bagi pun sikit2 cukuplah. Saya tak tahan lagi hari2 kakak bagi".Sayu suara Muhamad meminta belas kasihan. Menyirap darah Fatimah melihat kejadian itu.Segera dia membuka pintu almari dan menerkam Tini. Tini tidak sempat melarikan diri. Fatimah yang sedang marah memukul Tini sepuas hatinya. Apabila sudah lemah, Tini diikat supaya tidak dapat melarikan diri. Fatimah menghubungi suaminya. Setengah jam kemudian apabila Ahmed tiba, sekali lagi Tini dikerjakan kemudian barulah mereka menghubungi pihak polis untuk tindakan susulan.
Muhamad pula dibawa kehospital untuk diperiksa sekali lagi.Dan kali ini kepala pula di x-ray. Rupa-rupanya selama ini, Setiap hari Muhamad disumbat ulat oleh Tini ulat-ulat itulah yang memakan otak Muhamad sedikit demi sedikit. Oleh kerana ulat itu tidak boleh bertahan lama, maka Tini menyumbatnya setiap hari supaya Muhamad terus sakit dan tidak menyusahkan dia lagi.Apabila diperiksa oleh Fatimah di dapurnya, ulat2 itu didapati dari daging mentah yang sengaja disimpan lama sehingga keluar ulat. Tini dijatuhkan hukuman sewajarnya dan bagi Ahmed dan Fatimah , peristiwa itu memberi pengajaran kepada mereka sekeluarga. Dan berharap tidak akan berulang lagi kepada mereka atau org lain.

kelolaan : Wan Mahani Wan Hassan bersama : Ustaz Hj. Md.Daud Che Ngah

Mengenai Kanser

KANSER
Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kita telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kita. Untuk mengelakkan darah kita menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.

PENGETAHUAN AM
Gigi manusia menunjukkan bahawa kami sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging. Kitab Al-Quran pun dah beri petunjuk bahawa kita perlu makan sedikit daging sahaja.

PENYEBAB KANSER
Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap roskok sekali lebih 600 kali berbahaya daripada menghidu asap daripada kenderaan awam.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :
a) Makanan yang di BBQ
b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )
g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kita memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.
h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.

UBAT KANSER SEMULAJADI
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kita dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).
Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

Sebarkan emel ini kepada semua kawan-kawan. Mungkin dapat menolong menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada yang menderita.

Wallahua'lam.

Jodoh

Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpautat kala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "



Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Teknik Bagaimana menjadi seorang pendengar yang terbaik

Apabila seorang Datuk Bendahara berkata kepada sultan, “patik kurang periksa, tuanku,” ia tidak bermaksud beliau sebagai orang besar tidak mempunyai kapasiti untuk memeriksa sesuatu hal. Ia secara tersirat bermaksud, “aku tak tahulah!”
Jika seorang ayah berkata kepada satu rombongan peminangan, “anak saya baru saja habis belajar, belum pun dapat kerja lagi,” ia bukan bermaksud beliau menyuruh rombongan itu datang semula selepas anaknya mendapat pekerjaan. Ia secara tersirat bermaksud, “aku rasa anak aku tak sesuai kahwin dengan anak engkau.”
Dua orang insan dari myJodoh yang bertemu dan berbual panjang untuk kali pertama sudah tentu mempunyai harapan yang tinggi. Ketika salah seorang berkata, “saya masuk myJodoh ini bukan untuk cari jodoh pun, tetapi untuk menambah kenalan,” ia tidak memberi maksud beliau tidak berniat untuk berkahwin atau main-main menyertai myJodoh. Ia secara tersirat bermaksud, “aku memang nak kahwin, tetapi bukan dengan engkau, engkau ok untuk dijadikan seorang kawan sahaja.”
Ini adalah bahasa-bahasa tersirat yang sering digunakan agar tidak melukakan pihak lain. Masalah sering timbul apabila mesej yang cuba disampaikan tidak diterima dengan baik, lalu disalah anggap.
Jika mesej tidak diterima dengan betul, sultan tadi mungkin berkata, “kalau kurang periksa, pergilah periksa sampai habis.”
Jika mesej tidak diterima dengan betul, pihak rombongan meminang tadi mungkin berkata, “bertunanglah dahulu, nanti dah dapat kerja, kahwinlah.”
Jika mesej tidak diterima dengan betul, salah seorang pasangan yang bertemu tadi mungkin berkata, “ceh! dia ni tak serius, jahat, buat apa orang macam ni dalam myJodoh? Main-main saja! Kenapa dalam myJodoh banyak orang macam ni?”
Bahasa-bahasa tersirat ini banyak digunakan setiap hari, banyak didengari tetapi tidak difahami. Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!
Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya) .”
Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah anda berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah? Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete. Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.
Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera.
Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, anda sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Di dalam Tafsir At-Tabari, Imam At-tabari telah merekodkan kenyataan Ibnu Mas’ud, bahawa beliau dan para sabahat dahulu mempelajari tidak lebih dari sepuluh ayat Al-Quran setiap kali, mereka tidak akan melampauinya sebelum betul-betul memahami secara benar maknanya dan mengamalkannya. [1]
Wallahu’alam.
Selamat mengkaji dan merenung!

Note : Petikan daripada email

Ketampanan Nabi Yusuf Diuji

NABI Yusuf ingin hidup tenang dan tenteram di rumah pembesar Mesir. Baginda mendapat sepenuh kepercayaan daripada majikannya untuk menguruskan segala hal-hal rumah tangga mereka dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.
Pertumbuhan fizikal dan mental Nabi Yusuf menjadi seorang pemuda yang cukup tampan dan gagah telah menarik perhatian isteri pembesar Mesir tersebut.
Zulaikha sangat tertawan melihat ketampanan Yusuf. Dia selalu menggoda Yusuf dengan pelbagai cara sama ada secara terang ataupun tersembunyi. Pantang ada kesempatan, maka akan digunakan oleh Zulaikha dengan sepenuhnya.
Setiap hari dia akan berpakaian cantik dan memakai wangi-wangian semata-mata untuk menggoda Nabi Yusuf agar terpikat kepadanya.
Perbuatan dan tingkah laku Zulaikha yang selalu menggoda Yusuf itu lama-kelamaan menjadi buah mulut penduduk Mesir.
Sebagai isteri kepada orang yang sangat berpengaruh, Zulaikha terasa sangat teruji dan malu dengan perbuatannya sendiri. Dia pun merancang satu strategi untuk menutup perbuatannya.
Pada suatu hari, dia telah memanggil rakan-rakannya yang terdiri daripada isteri-isteri pembesar dan kaum-kaum wanita yang berpengaruh di daerah itu untuk menjamu mereka di rumahnya.
Setiap tetamu yang datang akan diberikan tempat duduk yang sangat selesa kepada mereka dan dihidangkan dengan makanan yang lazat serta sebilah pisau setiap seorang untuk memotong makanan itu.
Apabila semua tetamu telah sampai, Zulaikha pun mempersilakan mereka makan.
Sedang tetamu-tetamunya asyik makan, Zualikha memerintahkan Nabi Yusuf supaya keluar dan berjalan di hadapan mereka. Nabi Yusuf pun keluar dan berjalan dari bahagian hadapan hinggalah ke belakang meja itu.
Para wanita yang melihatnya terdiam seketika dan terngangalah mulut masing-masing. Mata mereka bulat memerhatikan ketampanan Yusuf. Tidak kurang juga ada yang menjerit kerana terkejut. Lagipun seumur hidup mereka sebelum ini tidak pernah melihat orang lelaki setampan Nabi Yusuf.
Oleh sebab terlampau terkejut dan terpukau dengan ketampanan Nabi Yusuf, mereka telah memotong jari masing-masing sehingga luka. Sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah di luar kawalan mereka.
Zulaikha memerhatikan mereka dengan perasaan suka hati. Dia pun bertepuk tangan dan mengarahkan Nabi Yusuf masuk ke dalam bilik semula. Setelah Nabi Yusuf hilang daripada pandangan, barulah wanita-wanita itu tersedar daripada lamunan dan mula menyedari tangan masing-masing telah terluka.
"Sesungguhnya apa yang kami lihat itu tadi bukanlah manusia tetapi malaikat," kata mereka. Zulaikha pun berkata: Kamu telah melukai tangan masing-masing, padahal kamu hanya melihatnya sekali sahaja. Tetapi aku melihatnya setiap hari, daripada usianya 12 tahun sehinggalah dia menjadi pemuda yang tampan begini. Jadi salahkah aku kerana menyukainya?"
Pelbagai nasihat yang diberikan oleh wanita-wanita itu tadi supaya Nabi Yusuf menerima cinta Zulaikha. Jika menerima cinta Zulaikha, Yusuf akan mendapat kesenangan hidup dan pelbagai ganjaran yang lain. Namun begitu kata-kata nasihat yang diberikan tidak menarik minat di hati Nabi Yusuf.
Baginda berdoa kepada Allah agar dirinya ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan godaan wanita-wanita itu. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku lebih rela dipenjarakan kerana sekiranya berada di luar aku bimbang akan terpaksa menurut hawa nafsu wanita-wanita itu. Lindungilah aku wahai Tuhanku daripada rayuan dan tipu daya mereka," ucap baginda.
Pembesar Mesir mengetahui hal itu, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Demi menyelamatkan keadaan, dia telah menurut kata isterinya supaya memenjarakan Nabi Yusuf. Akhirnya tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara.

09 October 2009

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Adilfitri 2009


Buat semua sahabat-sahabat ...

p/s : Cari rumah yang ada Khemah / Canopy 2 buah Kaler Biru

01 October 2009

Hehehe Hepi

Assalammualaikum
Semalam aku seperti biasa ...amik dak2 sekolah...pada mulanya ..aku tercari-cari gak CA...windu plak tgk muka dia..alahai..apo kono eh jang...ahaks...
Lama gak aku berdiri disana....Tiba-tiba...ada pengummuman dari speaker sekolah....terkejut aku....sore dia......ahaks...tapi orangnya xde...
So aku perati jer kot-kot dia kuar dari pejabat....Yessssss memang dia ada....dia mcm tgk jer....ekeke hepi sgt semlm...
Tapi korang tau x,apa yang paling aku rasa hepi semalam????Nak tau x?????
ekekek semalam kali pertama aku dengar dia membaca Ayat Quran...Surah Al-As...Tersentuh hati aku mendengar alunan suara dia membaca...Ya Allah...Aku rasa kalau menjadi...pasti dia dapat menjadi Suami yang Soleh....Itulah ciri-ciri calon idaman ku....ekekee

Rasanya sejak naik keje ni.....boleh dikatakan hari-hari aku jumpa dia....senyum jer rrr nak wat macam ne...segan aku ni..

:)

18 September 2009

Sampul Duit raya...Berhati-hati


Tanda Salib

Gereja Combine Masjid



Salib di mercu kubah




Pic2 ni aku dpt dr seorang member...So berhati2...


Terima Kasih GoalGirl


Kisah Aku & CA Episode 2 : 27 Ramadhan .. Haha

Assalammualaikum...Salam Ramadhan For All Muslim..
hmmm...x lama lagi nak Raya tol x?aku macam `kureng` jer bila dengar lagu raya...pastinya kawan2 yang lain kebanyakkan hepi nak sambut raya..aku tahun ni,mcm `zero` jer ni gara-gara pemintaan someone n bos x bg monus...uwaaaa frust gile tahun ni...memang bos dh kuarkan gaji,tapi...xkan lah aku nak guna duit gaji yang sepatutnya digunakan untuk membayar rumah,bil air,letrik,bil tipon,bil tenet????puzzle giler..bende ni lah wat aku xde mood sebenarnya..ikutkan xdelah beban sangat,tp aku sedih rr..x dpt tunaikan permintaan mummy dan daddy sempena raya ni...kalau macam last year,duit monus ler aku gunakan untuk membeli barang-barang rumah termasuk beberapa perabot...Dugaan sangat bulan....

Semalam seperti biasa aku mengambil Arif dan Adha kat SKBU2....Semalam aku nampak CA...Cute berbaju batik gold....tapikan mcm ada something semalam berlaku...atau itu hanya perasaan aku jer...aku rasa seperti dia melihat aku dari jauh...dan aku terasa dia cuba menarik perhatian aku jer smlm...kan best kalau perasaan dia sama sepertiku...ekeke ...pasti korang tertanya-tanya bagaimana rupa di CA sampai aku ni tersyokkkk abis kat CA kan...ahaks....CA ni xde lah handsome pon....dia agak berisi,itam manis orang nyer...tapi paling part den suka ......ahaksss mata dia...tergode den ahaks.....opsss puasa2

Semalam sebelum aku balik,sempat juga dia senyum kat aku....gugur jantung ku...
Ya Allah Apakah ujian yang DIkau berikan pada Hamba Mu ini.....

Semalam still berbuka puasa dalam kereta lagi,coz biasalah jalan jem ...lagipun semalam aku ke Taman Nusa Perintis jap,beli barang keperluan nak pasang lampu raya...ni lah permintaan mummy semalam..dia nak gak pasang lampu tu semlm...nak tak nak,selepas mandi tu,aku terus rr menukul paku kat depan park kereta...Terpaksa aku lakukan tanpa bantuan Daddy...coz daddy tidak berapa sihat...yang kelakarnya dok tolkan wiring,boleh gak adik jiranku dok depan rumah..fuhhh tebalkan muka je lah...mana tidaknya aku naik atas kerusi wakakak poyo jer....bende yang tinggi-tinggi biasanya memang menjadi tugasku...almaklumlah dalam family aku seorang je "tinggi dan besar" yang lain semuanya "rendang tidak berbuah" wakakaaa...tapi aku tetap bersyukur atas anugerah yang Allah berikan kepadaku...walaupun aku "Gemuk" namun aku tinggi....xdelah nampak rendang2 kan....

K lah nak sambung mood gilos lagi ni........Bosssss Raja nak Bonussssssssss ....

15 September 2009

Santai

Hai & Assalammualaikum buat Semua
Hari ni dh 25 Hari kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim..iaitu tanggungjawab berpuasa........rasanya dalam kesibukan mengejar 10 malam yang terakhir,ada juga sibuk menyiapkan kuih muih,baju,langsir dan lain-lain sama ada untuk pelanggan mahupun untuk keluarga yang tersayang.
Tahun ini,rasanya aku tidak berkesempatan membeli belah seperti last year..Coz almaklumlah "Bonus Hancur" seperti harapan aku untuk mendapat bonus dari syarikat....memang angin juga bila dapat tahu bonus xde lagi tahun ni...Aku tidak pastilah mana silapnya pengurusan syarikat ini.Nampaknya tahun ni,aku tidak dapat membeli barangan keperluan raya seperti tahun-tahun yang sudah. "I'm Sorry mum"

Tahun ni,rasanya aku tidak membeli kuih raya seperti last year,coz ada suprise with my mummy...tahun ni,mum banyak mengajar aku,adik dan kakngah membuat kuih raya...ahaks..untung dapat ibu seperti mummy.. "Syukuran ya Allah".Dalam keadaan mummy yang tidak sempurna,mum masih dapat masak seperti dulu.Unik itulah yang mampu ku katakan ...apabila merasa masakan mummy yang tidak ada bezanya sama ada sakit or sihat...Memang Marvellous...Semlm kami wat Honey Cornfleks..Walaupon ada "something" yang tidak elok yang berlaku... Gara-gara Botol Kecil dan botol Besar...sedih hati aku....ni semua sebab kedai 2nd lah x jual botol besar,x pasal-pasal aku dimarahi oleh mummy. (sedih gak kena marah tp nak wat macamana kan....)

Petang ni,insyaAllah aku Exkot mum shopping.xtau lah apa lagi dia nk beli...Aku kena ikut gak...ekekeke bukan nak menyibuk,tp risau mum tidak nampak...Mum masih tidak jelas penglihatan dia...so kena ada yang guide dia....Kena plak,petang ni,aku,mum dan dad jer yang ada,coz akak dan adik ada function diluar...tapi tak per...janji aku dapat temani mum dah cukup..Aku pun terpaksa batalkan majlis berbuka puasa yang aku janjikan bersama beberapa teman...coz tak sampai hati nak melukakan hati mum...Ntahlah aku ni...sengal...nasib kawan-kawan tolak ansur....bila aku kata,depa je yang wat,aku xde x per...depa x nak..so postpone ajer lah....

k lah x tau nak kata per...just i'm sorry mum...really love u so much....
To my fren....Sorry geng...ada hal lebih penting dari makan berbuka diluar...:)
Assalammualaikummmmm

11 September 2009

Mummy


Assalammualaikum....Tadi aku seperti biasalah meninjau2 blog kawan-kawan yang ada,termasuklah Blog Ahli Politik seperti KJ,Pemuda UMNO Bahagaian TAPAH yang baru saja menjadi follow di blog saya ni..Selamat Datang ....dan salam perkenalan.
So dalam sesi tinjau meninjau ni aku terbaca 1 artikel walaupun ianya hanya 1 email..tetapi aku tersentuh bila membacanya ....artikel yang bertajuk Mak di http://saifulphotography.blogspot.com/2009/09/mak.html ..sebuah karya yang agak simple dari seorang anak yg nakal,tetapi dapat menjadi iman ketika solat jenazah ibunya....tetapi disini aku bukan berniat untuk mengatakan tentang artikel itu,tetapi...

Ya tetapi aku ingin berkongsi bersama tentang pengorbanan seorang Wanita yang bergelar ibu kepada kita....Ibu yang mengandungkan kita...9 bulan 10 hari...sepanjang kita berada di dalam kandungan itu,ke mana ibu pergi,pastinya dia membawa kita,sungguh kuat ibu kita...selepas melahirkan kita,beliau menjaga kita dengan belaian kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...kadang kalanya kita menangis diwaktu malam,ibu jugalah insan yang bersusah payah bangun membuat susu...Betul tak mummy?ketika kita sakit...siapa yang menjaga kita sehingga terabai dirinya...pastinya ibu....orang yang paling rapat dengan kita...sungguh mulia pengorbanan mu ...

Aku nak ceritakan saat-saat aku sakit dulu...mummy menceritakan,dia menjaga aku dihospital (ketika ni aku kecil lagi)sepanjang masa aku merengkek kesakitan...mummy menjaga sampai menitis airmata.Nak dijadikan cerita,sepatutnya operation akan dijalan pada sebelah siang,so kenalah aku berpuasa,tetapi doktor ada kes urgent,so aku kena forwad operation pada keesokkan harinya....aku still berpuasa...tetapi aku seringkali berkata kat mummy "mummy an haus, an lapar" ibu mana yang tak menangis melihat anaknya yang sakit terpaksa berpuasa sehingga 2 hari tanpa makan dan minum...so nak dijadikan cerita,mummy angkat aku,bawa aku toilet untuk minum air paip,mummy kata aku cakap kat dia "mummy manis air ni" sedangakn itu hanya air paip...menitis airmata mummy...sebab nak "coverline" daripada pihak hospital...Untuk pengetahuan semua..operation aku ditangguhkan selama 3 hari,dan selama 3 hari itu juga,aku terpaksa berpuasa...aku ketika kecil memang di katogerikan sebagai anak yang kuat makan,bila kena berpuasa,sadis jadinya.....

Sehingga kini,aku masih lagi tinggal bersama mummy,aku tidak pernah berjauhan dengan mummy.Dulu selepas SPM,aku pernah ditawarkan menyambung pelajaran ke KL,memang hati berkobar-kobar nak pergi,tetapi sehari sebelum pergi,aku terpandang wajah mummy yang sedang berniaga,aku menangis,dan aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Johor saja...teruk gak aku ni...manja sangat...:) ..walaupun ada yang mengelarkan aku "duduk celah ketiak mak,anak manja " aku x kisah.....sekurang-kurang aku dapat menatap wajah mummy...

Aku boleh dikatakan rapat dengan mummy dan daddy sebab aku memang bila hari tidak bekerja akan duduk kat rumah bersama mereka...kadangkala tidak sampai hati nak tinggalkan mereka berdua tanpa anak-anak disisi mereka.Dan aku orang pertama dalam keluarga yang membawa mummy dan daddy Masuk Ke Dewan Konvo Akhir Tahun 2003 ...Tersenyum mummy melihat aku berjubah dan memegang Diploma Architect....Semua itu usaha dan berkat doa mereka berdua.

Aku tahu,mummy sangat menyayangi aku,walaupun mummy tidak tunjuk kepada aku.Dari kata-kata daddy,Mummy risaukan aku,dengan keadaan aku yang tidak sihat ketika ini,dengan pekerjaan aku....Mummy risau if suatu masa,bila mereka tiada,aku akan jadi apa??sebab itu juga aku ambil iktibar...aku akan buktikan yang aku mampu menanggung semuanya...aku akan mengubah cara hidupku....berbekalkan gaji yang sedikit ini,aku akan setup something yang leh menjana pendapatan aku...." dalam proses" doakan untuk aku berjaya....

Ada 1 kenangan yang paling aku rasa sungguh sedih,bila aku terpaksa menandatangani surat kebenaran untuk mummy operation yang melibatkan atau mempetaruhkan nyawa insan yang paling aku sayang.lama gak aku menangis time bila doktor kata 50-50...kawanku Fina dan bard yang bagi aku cool tu lah 1stime aku nangis dihadapan kawan-kawan hanya kerna seorang Ibu.Hanya Allah jer tahu ketika itu....Ketika membantu mummy menukar baju operation,aku juga yang membantu...memang sedih sangat time tu,aku yg menolak katil mummy hingga ke dewan....

Rasa mengalir airmata plak mencoretkan tetang Mummy disini...Semoga Allah menbalas jasa mummy menjaga aku selama ini....Mummy hanya seorang....seburuk mana pun mummy dimata orang,mummy tetap nombor 1 dalam hati an....Berkat kesabaran mummy....InsyaAllah ..An akan berjaya..

Di sini juga,aku ingin menyatakan kepada pembaca,sayangi ibubapa selagi mereka ada didepan mata kita....Jangan persiakan mereka...mereka ibubapa kita Dunia dan akhirat...Walaupun ibubapa kita seorang yang hina,buruk...Mereka tetap IBUBAPA kita...

Mummy An Sayang mummy......u re my Heroin In the World....Only U in My Heart.....Semoga mummy cepat sembuh seperti dulu...An akan terus menanti....

08 September 2009

Promosi Time

Nak Habaq skit Den Ada Jual Serunding Daging & Mini Popiah wat Sendiri Tak Cilok Mana2 Kedai or Gerai or Kilang ahaks....

Harga Plak Murah Dari Pasaran...

  • Mini Popiah Inti Udang RM30/Kg* **
  • Serunding Daging RM60/Kg*
(* Kalau Nak 1/2Kg Pun Leh)
(** Kalau nak popiah Serunding Daging ada juga tapi kena tempah awal Harga RM45/Kg)

Jika Berminat Sila Contact (SMS jer senang x yah call) Saya Di talian 012-7305269 (Niza)
Stok Sehingga 13/9/2009 Sahaja
Penghantaran Boleh Ambil Sendiri / Pos if luar Johor Bahru...
Sekian Terima Kasih

07 September 2009

MHS ~ Terkenang Cinta Lama Part 1

Tadi aku lepak kat FB,ntah tiba-tiba aku terfikir sesuatu bende yang selama ini aku tidak terfikir langsung...

so dengan niat hendak mencari seseorang....
aku mula menaip namanya diruangan jejak rakan .... MHS...
Result Hanya seorang yang mempunya nama seperti itu.....
Lalu ku Cuba jer req as fren...

Tepat jam 2.40...aku dapat pesanan ... MHS accept aku nyer permintaan...
Betul ke Dia MHS aku?
So aku tanya Lukman (posman aku dulu)
"man ko ingat x lg anak puan H?si H...aku ada add 1 nick tau MHS...dia ker?ekekekekee "

Man Jawab "a'ah la..wah kasih bertaut kembali "

Betul ke dia yang ku nantikan selama ini?
Siapa Dia?
Dia insan yang empunya Gambar dalam wallet aku....
Rasanya Gambar tu dah hampir 11 tahun...
Yang peliknya bila aku tukar wallet baru, gambarnya aku akan pindahkan bersama...


Siapa MHS yang aku maksudkan??

MHS ni cinta pertama aku...ketika zaman persekolahan...insan yang banyak memberi aku semangat dalam mengejar impian dan cita-cita...
Orangnya sopan,solat alhamdulillah ku lihat tidak pernah tinggal,lelaki yang baik...cuma 1 yang aku suka pada dia.....aku suka tengok dia berjalan,tunduk jer...memang lain dari yang lain...
Aku meminatinya 1st time jumpa di Sekolah Agama Kompleks Bandar Baru UDA thn 1995...ketika tu,kami bersebelahan kelas jer...ekeke darjah 3 kena plak 1 bas sekolah.......bila naik darjah 4 kami sekelas sehingga abis Sijil Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor..alahai....tiba2 rasa rindu zaman itu...alangkah baiknya jika dapat seperti dulu....tapi itu mungkin angan-angan kosong aku jer...
dah lama berlalu,takkan dia ingat aku lagi,redha jer lah...banyak juga cerita kami di zaman sekolah dulu...nak aku cerita kan ker??ahaks...adoi lah
nanti2lah aku citer kan ek....ekekeke

Nur Kasih ~ Slam

04 September 2009

Kisah Aku & CA Episode (1) : 11 Ramadhan .. Haha

Hari ini genap 11 hari kita berpuasa di Bulan yang Mulia ini.
Alhamdulillah, bersyukur atas kekurangan yang diberi olehNYA iaitu skit yang aku hadapi sejak beberapa tahun ini.Aku tahu,disebalik kekurangan ini,ada kelebihan yang tersembunyi, aku bersyukur atas segala aturan yang dikau berikan kepadaku.Bukannya mudah dan bukan senang dapat berpuasa penuh dibulan Ramadhan lebih-lebih lagi buat gadis seperti aku,lainlah jika mereka hamil atau monopouse (hehehe). Aku bersyukur pada Mu Ya Allah.
Walaupun aku sering dipersendakan atas kekurangan ini,namun aku tidak pernah rasa ianya menjatuhkan semangatku untuk meneruskan kehidupan ini sebagai khalifah mu…

Tadi petang aku sampai ke SKBU2 tepat jam 5 petang.Sejuk sangat cuaca hari ini,mana tidaknya dari subuh memang dah hujan,nikmat berpuasa kali ini,memang istimewa,rugi bagi mereka yang ponteng puasa.Namun kenikmatan berpuasa dalam musim sejuk/hujan seperti ini,aku simpati pada mereka yang diuji dengan pelbagai ujian seperti kes banjir yang berlaku di Langkawi Kedah baru-baru ini.Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.Amin

Berbalik pada petang tadi,tepat jam 5.30 petang anak sedara ku keluar dari sekolah,ku tercari-cari wajah yang ku rindu iaitu CA. Tiba-tiba aku terpandang CA berbaju putih,berseluar hitam.Tiba-tiba hati ini bagai berbunga-bunga pula.(hahaha).Lama juga aku mengambil peluang melihat CA didataran bersama kawan-kawannya.Adakalanya ku lihat seolah-olah dia melihatku..namun aku tidak pasti….hahahah Undercoverline ni..

Setelah selesai aku pun pergi ke Bazar Ramadhan di Medan Selera Mahsuri, Kebanyakkan peniaga terdiri daripada rakan-rakan mummy dan daddy. So bagi menyokong mereka,aku pun belilah juadah..Yelah siapa lagi yang harus menyokong warga peniaga Melayu kalau bukan kita sendiri tul x?... Buat pengetahuan semua, aku dilahirkan,dibesarkan ,disekolahkan sehingga aku mendapat Diploma Architect ini adalah menggunakan hasil duit titik peluh mummy dan daddy berniaga, dan aku sendiri pernah membantu mereka berniaga di kantin sekolah,kantin kilang, digerai terutamanya di Medan Selera Mahsuri,sebab itulah aku katakana tadi,yang berniaga di sana ramai terdiri daripada rakan-rakan seperjuangan daddy dan mummy.Antaranya Pakcik Aris popular dengan nasi ayamnya ,Pakcik Zainal yang popular dengan sate dan supnya, Pakcik Mat Corner yang popular dengan Nasi ambang BBU,Abang din air,Pakcik Zalie dengan baksonya dan ramai lagilah…rasanya kalau aku sebut buat perut aku ni lapar semula.
Tapi apa yang pasti di Medan Selera Mahsuri ini juga tempat aku dan CA jelling menjeling hhahahaha cover beb!!!!!

Setelah membeli juadah untuk anak saudaraku, kami pun balik ke rumah along dan aku terus balik ke Taman Nusantara. Kami tiba dirumah anggaran jam 7.10 Malam kelam kabut juga sebab nak berbuka puasa. So time berbuka tu,aku bercerita dengan adik tentang aku terjumpa CA, tiba-tiba mummy kata “Ntah-ntah CA tu tidak pandang ko pun,ko jer syok sendiri” adoiii terkena sebiji kat muka aku.Alahai sedih juga dibuatnya.Aku ni tidak sesuai untuk bercinta ke? Namun ku jawab dengan gelak ketawa,coz aku ni mals nak melawan,namun dihatiku bagai dihiris jer. Maybe ada betulnya kata-kata mummy tu,sebab selama ni pun,aku hanya ada “BF Chatting” je seolah-olah orang yang reality tidak pernah “usher” aku.Namun aku tidak kisah langsung tentang cinta,sebabnya bagi ku,ada Family,ada sahabat-sahabat sudah cukup sempurna didiri ini.Tentang jodoh biarlah,nanti-nanti adalah….insyaAllah.Jika tidak ada aku redha sebab itu dah ditetapkan sejak azali lagi….

Lepas mummy membebel,aku pekakkan je telinga,sebabnya aku malas amik port sangat,Biarlahhhhhhh.

Aku sentiasa ingat Allah itu Maha Adil,Pasti ada jodoh buatku yang boleh menerima diri ini seadaanya…Maybe CA…Maybe CA….Maybe CA Amin insyaAllah………..Amin ….CA ahaks..sengal dah ni….

Berundur dulu …. CA Hadir di Realiti … Ku Bawa CA Ke Fantasi ku…..

02 September 2009

MerdekaKah aku??


Tanggal 31,Bulan lapan lima puluh tujuh, Merdeka ! Merdeka !, Tetaplah merdeka ,Ia pasti menjadi sejarah, Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh, Hari yang mulia, Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka, Mari kita seluruh warga negara, Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh.. Hari mulia negaraku merdeka

Pasti anda tertanya-tanya siapakah gerangan penulis lirik yang mempunyai semangat patriotik yang sangat dalam dijiwa.Beliau yang saya maksudkan Ahmad CB yang berasal dari Indonesia.Beliau menulis lirik tersebut pada awal setahun sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan iaitu pada awal tahun 1956.Menurut cerita,Beliau sanggup berduyung ke Tanah Melayu iaitu ke Negeri Melaka dari Indonesia semata-mata ingin bertemu atau lebih senang dikata iaitu melihat Allahyarham Tuanku Abdul Rahman iaitu Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu mengunjung Ke Melaka bagi melunaskan misi kemerdekaan.Sepatutnya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1959,tetapi Pihak British memberi pelepasan awal apabila melihat semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh Tuanku Abdul Rahman dan orang-orang yang berada di tanah melayu yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu,Cina dan India yang diwakili dengan UMNO,MCA dan MIC.Dari pakatan inilah Negara kita dapat dikembalikan setelah lama dijajah oleh orang luar.

Bagi kita yang dikatogerikan sebagai warga “Pasca Kemerdekaan” ini,tidak dapat merasai atau membayangkan datuk nenek moyang kita di zaman darurat sehingga ada yang terkorban, diseksa, dirogol ,ada juga kehilangan keluarga ,dipaksa menjadi hamba abdi untuk membina landasan keretapi yang menuju ke Negara Burma yang dikenali sebagai “ Landasan Maut” dan lain-lain dugaan dan ujian yang mereka lalui, Namun dari filem-filem yang ditayangkan seperti Embun, Leftenan Adnan, Aishah, Bukit Kepong kita dapat melihat bertapa peritnya mereka lalui kehidupan ketika zaman darurat sehingga mendapat kemerdekaan dari British pada tahun 1957.

Ya Allah pelbagai ujian dan dugaan dilalui oleh bangsaku, bagi membebaskan negaraku dari jajahan oleh anasir luar.Semoga negera Malaysia terus maju,bebas dari penjajahan.Semangat dijulang,jiwa disatukan dengan hati yng berkobar-kobar bagi memertabatkan 1 Malaysia yang tercinta.

Seharusnya golongan muda seperti aku,dapat membuka mata,hati dan minda bagi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan Negara,bukanya mengikut darah muda yang boleh memporak perandakan Negara seperti mengikut demotrasi seperti yang dilakukan oleh Negara luar sana. Celikkan mata kita,cuba kita renungkan,jika kisah lama berulanh,pastinya generasi anak cucu kita akan hidup merempat dinegara sendiri, seperti yang berlaku dibeberapa Negara..rasanya tidak payah aku nyatakan sini.

Di kesempatan ini juga,aku ingin mengajak pembaca bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat perajurit, datuk nenek,moyang kita yang telah terkorban akibat peristiwa hitam ini. Pemergian mereka,adalah pemergian srikandi Merdeka, pemerigian Syahid kerana memperjuangkan dan merealisasikan sebuah kemerdekaan buat Negara kita yang tercinta iaitu Malaysia.

Al-Fatihah

Terima Kasih buat para pemimpin Negara. Semoga 1 Malaysia dapat direalisasikan tanpa gangguan dari pihak yang seolah-olah ingin menjadi Pemusnah Bangsa Sendiri……

25 August 2009

Start Merapu di 4 Ramadhan

Assalammualaikum..& Salam Sejahtera To All Members
Arini dh masuk 4 Hari kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai Umat Islam dimuka bumi ini.Alhamdulillah walaupun kelihatan tidak bermaya,tidak terdaya namun alhamdulillah aku kagum melihat 3 orang anak sedaraku yang berusia lingkungan 6 hingga 9 tahun menunaikan puasa kali ini.walaupun mereka seringkali merengek-rengek kerana kehausan...namun mummy dan daddy tidak memanjakan mereka..kerna ingin melatih mereka menunaikan ibadah puasa kali ini..Aku sendiri di usia mereka pernah merasakan berpuasa "Setengah" hari itu pun kerna daddy dan mummy ingin melatih aku ketika itu,namun bila melihat Adha,Arief dan Azrie berpuasa penuh diusia muda,rasa diri ini tercabar...walaupon mereka ini masih kecil...Istilah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya agak sesuai buat mereka bertiga.Cuma aku risaukan bila mereka akan ke sekolah pada minggu hadapan...pastinya mereka akan menghadapi dugaan yang paling bermakna dalam bulan puasa ini.Dengan keadaan Cuaca di Johor ini,adakalanya Hujan,adakalanya panas..aku sendiri kebelakangan ini asyik sakit-sakit kepala,dan dada..ku harapkan mereka tabah hadapi segalanya.Begitu juga buat diriku,ahli keluargaku ,sahabat-sahabat dan juga umat Islam diseluruh dunia.

Bagi kita di Malaysia boleh dikatakan Hidup mewah,aman,selesa....pernahkah anda terfikir jika anda berada di Palestin,Afrika @ di Negara-negara yang seangkatan dengan negara-negara yang ku sebut td...Negara yang penuh dengan kekejaman,perang sana sini,pernahkah anda terfikir bagaimana umat Islam dinegera tersebut menunaikan kewajipan mereka dibulan Ramadhan ini?pastinya dugaan,ujian bagi mereka terlalu berat berbanding kita yang berada di Malaysia ini...Negara yang aman,selesa dibawah naungan Kerajaan Malaysia....Aku sentiasa bersyukur bila Malaysia ini masih ditadbir dengan Kerajaan Barisan Nasional....Alhamdulillah Ya Allah...Ku harapkan Yang terbaik buat Generasi kita yang akan datang..Semoga Malaysia terus Maju Dibawah naungan Barisan Nasional...Terima kasih Pemimpin Kita...

Berbalik tentang aku,semalam kami di Meda Engineers diberi kelonggaran balik pada jam 4.30Petang,so tepat jam 4.30 petang aku pun seperti biasa dijemput oleh daddy,so dari Office kami terus menghantar Yan balik ke BBU, Memang mengejutkan jalan jem sana sini,disebabkan bazzar Ramadhan di Jalan Padi Ria dan di Jalan Padi Mahsuri..nampaknya terpaksa daddy tukar plan,kami terus ke Bandar mengambil Kakngah dan Adik di Office,anggaran jam 6.30Petang kami sampai di BBU tapi kali ini,alhamdulillah coz line memang clear...So selepas menghantar Anak sedara balik ke Rumah Along,kami terus mengisi gas NGV kereta,sambil itu,aku,kakngah dan adik pergi membeli Air Kotak,Roti sebagai prepare kot-kot kami lambat sampai ke rumah kami di Nusantara...sedang berbual2 didalam kereta alamakk dah jam 7.04 dh nak sampai waktu sungkai...nampaknya kami berbuka didalam kereta je...selamat puasa bagi 3 Ramadhan...

Sampai dirumah,aku lihat mummy dan azrie sedang menikmati juadah yang dimasak oleh mummy,kami pun lepas membuka tudung,simpan beg laptop dan briefcase office terus turun ke ruang makan.ekekeke alahai nikmat sungguh..Alhamdulillah..Ya Allah..Atas segala rezeki yang diberi...selepas makan itu,masing2 menyiapkan diri untuk menunaikan solat.

Selepas solat,aku pun mula landing di katil,almaklumlah sakit dikepalaku datang semula..lepas tu,aku tak tau dah aku wat apa,tiba-tiba je aku dikejutkan oleh Mummy "N bangun,makan ubat dulu,baru tidur".Selepas makan ubat,aku pun ke tandas untuk gosok gigi dan mengambil wuduk dan masuk ke bilik tidur dan terus tidur.

Subuh tadi jam 4.00 pagi,aku dikejutkan oleh adik,suruh bangun ...biasalah sahur aku kena masak untuk juadah ahli keluarga ku,so pagi tadi just buat nasi goreng,ayam goreng,sup sayur je..air nescafe untuk mum & dad, air milo untuk adik,aku biasalah pepagi minum air sejuk...sarsi dan orange ekeke tekak gada2 mummy kata..sebab aku ni,makan memilih skit,kadang-kadang apa yang mereka makan,aku tak leh makan..contohnya Ikan Asam Pedas,sanggup den makan ikan goreng / ikan masin dr makan ikan asam pedas tu...hmmm blur plak

(time ni dh 2.48 Petang,aku dok berym dengan Dj Ibumisali...Ibu Angkat yang berada di Singapore,abis citer usik mengusik keluar)

K lah nanti-nanti if ada citer aku share lagi sesi merapu aku di dalam ni..
Selamat Berpuasa..
Selamat Berbuka Puasa...

21 August 2009

Ramadhan Muncul Lagi

Assalammualaikum

Hari ini terasa seperti nak makan itu ini jer...mentang2lah esok bermulanya puasa bagi Umat Islam di Seluruh Dunia..Kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim....
  • Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

  • Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

  • Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

  • Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya

Bila Ramadhan menjelang pastinya aku teringat zaman aku kecil2 dulu...pastinya setiap kali puasa,daddy dan mummy pasti menjanjikan aku pelbagai imbuhan jika kami mendapat puasa yang penuh,1 hari puasa imbuhannya 1 gelang tangan,begitulah tahun-tahun berikutnya...ini bukan bermakna..Kami berpuasa kerna gelang semata-mata tetapi ini adalah salah satu cara dad n mum mengajar kami untuk melaksanakan perintah Allah swt.Dalam bulan puasa juga aku teringat abg angkat iaitu anak angkat mummy & daddy iaitu Abg Hamdan...dia ni memang menjaga kami dari kami kecil..kelakarnya bila time sahur,biasalah kita ni jarang bangun pepagi buta,untuk makan....sure orang kata nak sahur pon malas...sebabnya mata still ngantok,untuk menjamu selera ...so suasana bersahur biasanya akan sunyi sepi...tetapi nak dijadikan cerita....Bila Abg Hamdan ni naik ke rumah kami utk bersahur memang suasana menjadi kecoh ala2 ribut taufan melanda... skrg ni kalau bersahur sure teringat dengan beliau,skrg beliau dah berkeluarga so susahlah kami nak berpuasa bersama-sama...

Bulan Ramadhan juga selain kita menahan diri daripada makan,minum dan segala yang boleh mengurangkan pahala berpuasa dan yang boleh membatalkan puasa,tidak ketinggalan juga aku menunaikan Solat Sunat Tarawikh,tetapi aku tidak lah fullday pergi menunaikannya,kerna adakalanya aku dan family berbuka diluar..so agak kelam kabut juga...tapi nak citer gak tang solat sunat tarawikh ni...x silap aku 1st time aku menunaikan solat tarawikh ni ketika aku darjah 6...so kami bersolat di Masjid Bandar baru UDA,so tu lah kali pertama aku dan adik beradik yang lain menunaikannya full sehingga 18 raakat x silap aku..biasanya kalau rakaat terakhir tu ada lain skit style dia kan,so bagi mereka yang tidak pernah sampai rakaat akhir, sure jadi kelam kabut seperti kami ...so bila sebut sunat tarawikh sure adik,akak tergelak teringat citer 1st time kami bersolat tarawikh...adoiii

Ok lah..Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapakan Salam Ramadhan buat semua kengkawan yang membaca coloteh saya yang simple2 ni..apa2ntah kn.....semoga kita dapat lakukan Ramadhan ini dengan teratur dan mendapat pahala yang setimpal dengan amalan kita insyaAllah...Amin

19 August 2009

Doa-Doa Dalam Bulan Ramadhan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
s"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam
:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

18 August 2009

Something is Happening

Assalammualaikum....
Something is Happening tu jer aku mampu katakan bila teringat kisah semalam..alahai macam tidak percaya aku terjumpa CA dengan tidak sengaja...ekekeke....rasanya lama juga aku tidak bertemu dengannya.....ada jodoh ke ek?ahaks
Semalam seperti biasalah aku pergi ke SKBU(2) mengambil adha & arief..sebelum tu,aku singgah di kedai JNJ nak fotostat dokumen untuk Alumni SMKBBU..Bila selesai aku pon beredar ke SKBU(2) hehe...mmg arini xde rezeki aku melihat CA ..so bila budak2 balik sekolah aku terus bawa mereka makan di Medan Selera Mahsuri....biasalah port kat kedai Sate Pakcik Zainal....so bila siap order aku pon berbual ngan anak sedara ku..tya tentang study mereka dan macam-macam lagi isu yang sesuai ngan mereka...
Tiba-tiba aku terlihat seseorang..Seperti yang ku Kenali... CA??????? alamak berdegup degup jantungku...alahai..dia turun dari motor..kemudian duduk berdepan dengan meja ku....Alamakkkkk..seram sejuk tanganku...muka tiba2 berpeluh...ahaks...sahh dia didepan ku....
malu pon ada tapi ku control je...alahai awatlah dia ni sweet sangat,geram aku auMmmm...
Yang kelakarnya Daddy pon leh mai plak time tu..sah aku terperangkap dengan dad....kwang2....
Aku Tidak Pernah Rasa Seperti Ini....
Bagaikan Luruh Jantungku...
Bagaikan Terhenti Nafasku...
Bila Ku Lihat Mu...
Dari Jauh ku Lihat ...
Kau Seolah-Olah Memandangku...
Namun Ku Tahu...
Aku Hanya Insan...
Yang Tidak Sesempurna Dirimu....
Aku Hanya Insan Biasa...
Yang Bernafas Selagi Mampu...
Walau Nafas Ku Seakan-Akan Terhenti
Bila Melihat Diri Mu Di Hadapan Ku...
Ya Allah Jika Dia Buat Ku...
Aku Bersyukur Atas Kuriaanmu...
Namun Dia Bukan Milikku...
Aku Redha Atas Mu...
Ketentuan Mu...


Ogos'09

17 August 2009

Perginya Seorang Teman

Assalammualaikum
Kira-kira jam 11.07 Malam pada 14/08/2009 aku menerima SMS dari seorang Rakan ku di Sabah ..Pelik kenapa Roslan SMS memalam buta ni,aku memang tidur awal coz aku kepenatan skit...sekali aku terbaca SMS tersebut....
SMS berbunyi "Berita sedih:Kita telah kehilangan Sahabat Lama Allahyahramah Almida yang telah pergi meninggalkan kita Al-Fatihah"
  • Ya Allah terkedu aku...Baru bulan lepas aku dan arwah bersms kata nak berjumpa...bila aku balik ke Sabah ujung tahun ni....
  • Arwah merupakan salah seorang sahabat aku ketika aku belajar di SK.Likas Kota Kinabalu Sabah Tahun1989 - 1993
  • Setelah lama meninggalkan Sabah 2 tahun lepas kami bertemu di Center Point atas usaha rakan-rakan kelas lama spt roslan,mail dan kami wat gathering kecik di sana.
  • Yang aku dpt info,Roslan mengatakan arwah meninggal disebabkan Accident Di Indonesia ketika bercuti...
  • Hanya Allah Yang Mengetahui segalaNYA....
  • Al-Fatihah Buat Sahabatku.....Semoga Di Tempatkan bersama insan yang soleh & Solehah Aminnnn.....

Birthday Haziq

  • Tarikh : 24/7/09
  • Lokasi : Salt N Pepper Cafe Restaurant,The Zon Hotel,JB
  • Kehadiran :
    ~ Raja Sulaiman Bin Raja Hj Ishak
    ~ Rosni Binti Hj. Naitulah
    ~ Raja Nor Hafiza Binti Raja Sulaiman
    ~ Mohd. Shah Rizal Bin Johar
    ~ Raja Nor Haliza Binti Raja Sulaiman
    ~ Raja Nor Haniza Binti Raja Sulaiman
    ~ Raja Nor Hanina Binti Raja Sulaiman
    ~ Siti NurAdha Binti Mohd Shah Rizal
    ~ Muhammad Hasby Arieff Bin Mohd Shah Rizal
    ~ Muhammad Hakimy Azrie Bin Mohd Shah Rizal
    ~ Muhammad Haziq Adly Bin Mohd Shah Rizal

    Majlis bermula jam 9Malam coz semua keje hari tu...so lambat skit lah..aktiviti pon makan-makan je coz tak sempat nak prepared apa2...so yg aku dpt snap pic pon skit jer...

sempat amik pic ni jer tu pon selepas kenyang melantak...


ehemmmmmm my Mum & My Dad" loving Couple "

Heheh Aku jer x dpt gambo ngan depa ..asyik2 ngan adha jer

Sapa Comey diantara kami????

Happy Birthday Haziq Ke 2 Tahun


Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki


Semoga Menjadi Anak Yang Soleh


Amin

14 August 2009

Perginya Seorang Idola



Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...
ke sana
Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara

Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pastinya anda kenal dengan lirik lagu pergi tak kembali....suara Ustaz Asri yang merdu menyanyikan lagu tersebut membuat diriku ini...merasa kehilangan beliau...semalam dianggarkan jam 11.30 pagi,aku mendapat forwad YM dari seorang Rakan Nasyid,memberitahu bahawa Penyanyi Kesayangaan ku kembali ke rahmatullah kerana sakit jantung...terkejut aku...bagaikan tidak percaya kerna ku lihat fizikalnya yang sihat...tp....mungkin itu yang telah dijanjikan oleh Allah buat diri Arwah...Arwah Meninggal disebabkan serangan Jantung ketika membuat Rakaman bagi Program Syahadah Musim Kelima di Angkasapuri dikatakan pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Pantai,Kuala Lumpur.Arwah Mengembus nafas terakhir pada jam 11 Pagi....Inalillah...Al-Fatihah Semoga Arwah Ditempatkan bersama golongan yang beriman...
Pemergian Arwah umpama kehilangan sebutir permata di Industri Muzik Terutamanya dalam Arena Nasyid Malaysia....

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham ....Semoga tabah menghadapi dugaan ini....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." Petikan kata2 Beliau Di http://asrirabbani.blogspot.com/ salah satu yang memberi kesedaran kepadaku...
Untuk pengetahuan Anda,aku salah seorang peminat arwah sejak dibangku sekolah ketika itu beliau masih bersama Kumpulan Nada Murni sehingga beliau menubuhkan Kumpulan rabbani.Banyak juga lagu-lagu mereka yang aku minati antaranya Pergi Tak Kembali,Cari Pasangan,Assalammualaikum dll.Kebanyakkan Lagu beliau membuat diri ini insaf...memberi Kesedaran kepada Aku.
Di Ketika Kenaikkan Industri Nasyid Di Malaysia Pada Awal Tahun 1996, Rabbani Dan Raihan merupakan kumpulan yang terawal memberi Impak kepada Anak-anak muda ketika itu,dan tidak disangka impak itu masih dirasai oleh Masyarakat Malaysia sehingga Kini....Sehingga pernah suatu ketika dulu,Masyarakat kita pernah menggunakan Fesyen ala-ala Nasyid seperti Baju Raihan,Kopiah Rabbani,Tudung Wahedah dan sebagainya...

Pemergian Arwah umpama kehilangan sebutir permata di Industri Muzik Terutamanya dalam Arena Nasyid Malaysia....

05 August 2009

Diakah Dihati

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Hari ni Aku agak hepi tapi bercampor something2 dalam hati ku...x tau lah sejak berjumpa Akak Sepupu dari Sabah Semlm...Aku terfikir untuk menerima seseorang dalam hati ku....adakah tindakan aku ini betul??sering aku bertanya patutkah aku membuka hati ku kepada insan lain..atau hanya terus menunggu insan yang tidak mungkin menjadi milikku?
Jika apa yang dikatakan oleh akak sedara ku itu, benda yang elok, tidak salah aku mencuba...tapi rasanya macam kelakar pula bila "berkawan" dengan insan yang pernah menjadi rakan sekelas ku di tadika di Tadika Ria Yayasan Sabah...
Sebenarnya cadangan ni dah lama dah x silap 3 tahun lepas,ketika itu aku berbual dengan akak sedara ku Sophia,ntah bagaimana,kak sopi boleh kata nak kenalkan aku dengan seorg guys officemate dia,dia kata muka,cara budak tu sama dengan aku..beberapa bulan selepas itu,aku ada balik ke sabah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Abg sepupu ku Sofian...
Nak di jadikan cerita...aku dan akak sepupu pergi sebuah supermarket untuk membeli perkakas untuk gerai beliau.....so kak sopi mula megusik aku tentang Officemate dia,usik punya usik...aku teringat seorang sahabat sekelas ku di Tadika dulu..yang dikatakan sama penampilannya dengan ku...Ya MN...so aku tya kat sepupu ku
"Kak...Nama orang tu MN ker?dok di Likas?"
Ku lihat wajah kak sopi yang terkjut itu...aku tya "kenapa kak?"
"Mana ani tau?" soal akak ku itu...
hahahaa aku gelak bagaikan apa ja dalam kereta...
so aku beritahu kepada akak sepupu ku..yang MN ni maybe 1 kelas dengan ku...so kak sopi pon call MN dan bertanya kebenaran semua ini...."Memang Sah dialah orangnya"insan yang sama wajah dengan ku...
Bermula saat itulah,aku dan MN berkenalan semula di YM..tp hanya sebagai Sahabat..
Tetapi tidak tahu kenapa kak sopi mengatakan jodohku ialah MN.....
kadang2 aku sendiri.....Adakah MN Yang Diciptakan Untuk Ku?

Bersambung.....

01 August 2009

Pameran Sains SKBU2


25 Julai Lepas aku ada mengikuti Anak sedara ku ke Pameran Sains Di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2,sekolah lama ku...Perghhhh berdebar je rasa hati...ekekekee
Aku sampai lewat sedikit coz sebelum itu,aku teman mummy ke Pakar Puteri buat UltraSound...mum suspect Buah Pinggang...Hope Semuanya Ok..
Dalam perjalanan ke BBU,Kereta Xcident plak..alahai....ngeri jer aku dibuatnya...sampai di SKBU2,Aku ternampak dia Bertugas di bahagiaan DJ..alamakk my sweet.....ahaks...rasanya kalau dia tau aku minat kat dia mcm ne ek...ekekeke ni gara-gara aku selalu mengambil anak sedara ku di SKBU2...Alahai...orangnya tidaklah Handsome,tidak macho pon,cuma aku suka senyuman dan suka tengok mata dia...Ya Rabbi aku ni apa hal plak..kan tadi nak cerita tentang Pameran Sains...ekekeke parah dah ni...isk2...xper nanti aku masukan beberapa keping gambar tentang Pameran tersebut...
Ada baiknya Pameran Seperti itu diadakan,coz banyak info yang aku dapat dari pameran tersebut.lagi-lagi tentang pameran mini zoo...kerjasama antara SKBU2 dengan Zoo Johor...Banyak juga haiwan yang tidak pernah ke temui sebelum ini..antaranya Kucing Batu,Kura-kura Buaya,landak dan beberapa haiwan yang dipamerkan...Selain itu,pameran sebegini juga merapatkan silaturrahim antara guru,ibubapa dan pelajar...memang hepi sangat aritu..
Semoga SKBU2 Akan terus Berjaya .....


Sebahagian Aktiviti iaitu Pasaria

Berani tol adik ni pegang Ulor...aku dan anak sedara aku dok elak2 jer

Burung apa ek lupa dh nama dia ....burung apa tu adha n akim?auntie dh lupa ler

Ni burung Kakak Tua yang sombong,penat aku ckp dia wat bodo jer ekekee maybe dia ni x tau bahasa melayu kotNi adha(Tudung Pink) dok try jawab Kuiz bergerak mengenai Sains


Akim lepak kat bawah khemah dah penat dh ni

ekekek comel kan arief ni geram aku ...ni kami lepak bawah khemah coz tunggu masa nak masuk zoo mini

walawey dak adha ni tgk burung hantu pon siap possing lagi...isk3..fikir iklan tudung ker?


Arief lepak kepenatan

Demam + Cinta

Sepanjang Bulan Julai ni riuh orang mengatakan tentang H1N1... sampai aku pon naik takut gak...kena plak dh ada kes kematian yang melibatkan H1N1 di Malaysia...
Pada 18 Julai Aku mengalami Demam,selesma,Pening kepala,sesak nafas...sehingga 23hb...agak lama juga aku mengalami demam dan selama itu juga aku terpaksa mencutikan diri...
Banyak pengalaman ngeri ketika aku demam tu,pasti ada di antara pembaca yang tidak percaya dengan apa yang ku nyatakan ini..selama beberapa hari ketika aku demam,aku jadi fobia untuk tidur..sebabnya ..setiap kali aku menutup mata untuk tidur,aku pasti bermimpi bertemu sedara mara dan sahabat yang telah tiada...Memang Allah menguji aku dengan ini semua..Aku Redha..
Kalau dulu-dulu orang kata,jika bermimpi Arwah-arwah ni elok doakan mereka,ada juga mengatakan jika kita ikut pelawaan mereka yang tiada,kita pon ready to die...MassyaAllah aku ni..ni Kerja Allah...Dia yang tentukan sgalanya Aku Redha Dengan ketentuannya...Sehingga kini,aku masih mengingati mimpi-mimpi bertemu arwah2...Al-Fatihah Buat Mereka...

Tentang percintaan aku..Aku rasakan sesuatu yang berlaku antara aku dan dia....Aku rasakan dia memang tidak memerlukan aku...Bagiku...Dah masanya aku buang dia dari hati ku....
Aku akan buka buku baru...Harapan ku Semoga aku tidak bertemu insan seperti dia dan Z..Insan yang ku anggap menyakitkan hati...aku tidak tahu berapa ramai lagi mangsa mereka....thank for Rai,kienaz,ira,shai,faris coz sedarkan aku...Semoga hati ku cekal hadapi dugaan yang mendatang
Ku Harapkan Sebuah Cinta Yang Kekal Ke Akhir Hayat Ku Datang.....adakah insan yang berada di hatiku kini?Ku Harapkan begitu...Berdetik dihati bila bertemu dengan nya di sekolah ....

Trip to Kota Kinabalu Sabah 3 ~ 7 Julai 2009


Assalammualaikum...
Rasanya dh sebulan aku x mencoretkan tentang diriku ...ok kita start dari awal bulan k...ahaks

3 Julai ~ 7 Julai 2009
3 Julai~
Aku dan family telah pergi ke Sabah dengan menaiki AirAsia AnyOne Can Fly..ekeke kami bertolak dari rumah KakLong Di BBU dalam jam 6Pagi....Dan sampai dan check apa-apa yang patut dan menaiki Kapal di anggarkan jam 7 Pagi....Aku biasalah sure rebut tempat duduk...ekekek aku berjaya duduk di ujung leh tengok pemandangan....Inilah Kuasa Allah Yang Dapat Ku Lihat...Subahannallah...Keindahan yang tidak ternilai..Semasa diflight sempat gak skodeng-skodeng mana yang patut ahaks....mamat belakang kerusi aku cute..kwang2 Sampai kat Airport KK,Kami disambut oleh My Uncle Yang encem Mr Yunus...Perghhh Uncle aku ni,kalau korang tengok sure teringat dengan John Travoltra...mmg Cute,Macho ,Encem (Uncle Raya Nanti jgn lupa Bagi Duit Raya lebih skit,penat ani promote ur name ni)ahahaha
Kemudian tu,Aku & KakNgah di ambil oleh My Cousin Miss Sophia..Ni akak sedara aku yang sama gile2 ngan aku...kira leh campor lah....Tq Sis...
Dari Airport kami terus ke Restoran Sempelang Di Sembulan..aku makan nasi putih,ayam goreng mayonise,ikan masam manis ngan air Kit chai air ni kat sabah jer ada...selepas makan-makan terus ke Le Meridian Hotel ,Sebuah Hotel yang menghadap Laut...Nampak lah Pulau Gaya tu tu...ekekee..Atas tajaan Uncle Joe...sebuah Bilik yang besar,selama kami disana...dan juga sebuah kereta Perdana V6...sakan tol...
Setelah check in kami pun plan perjalanan,mula2 hantar kak Sophia Di SLDB kemudian kami terus ke Likas jumpa makcik-makcik,Pakcik-pakcik dan sanak sedara....semuanya ok,cuma macam kali ni,aku rasa kekurangan seseorang iaitu Uncle Ahmad,buat pengetahuan korang Uncle Meninggal pada bulan Mac 2009,Uncle Ahmad seorang pakcik Yang baik,bertanggungjawab dan ramai yang hormati beliau termasuklah guru-guru yang pernah mengajar aku di SK Likas dulu,mereka senang bergaul dengan Uncle...biasanya kalau aku balik ke Sabah pastinya aku akan teringat lawak,usikan Uncle Ahmad,tidak lupa juga biasanya aku dan daddy membelikan Uncle Baju,tapi kali ni,aku tidak berbuat demikian....Al-Fatihah Buat Arwah Uncle....Ani sentiasa Ingat Uncle....
setelah berjam-jam di Likas kami balik ke Hotel...Biasanya rest Time....lepak ..tp lapar plak...so aku ngan KakNgah p ke bazar yang berdekatan hotel...apa lagi Sayap Ayam panggang lah menu
kami malam tu,

4 Julai~
~Pagi tu,kami kuar dari hotel dalam jam 8 Pg,kami ke Sinsuran,cari kedai makan untuk sarapan pagi,kemudian hantar baju ke lobby
~Kemudian ke Pasar membeli bahan-bahan untuk kenduri Arwah Uncle.Setelah tu,kami balik ke Likas...Ready to cooking lah...Hari tu aku ditugaskan masakkkkkkk...sian tol depa kena makan masakan aku....tp dgr2 depa kata laku...Alhamdulillah...kenduri dlm jam 4 petang...setelah tu,kami balik ke Hotel..rehat....Malam tu Auntie Boy & Family Melawat kami..

5 Julai ~
Program ke Rumah Kak Ana di Mengatal..Sebelum tu kami ke Tamu Besar DiTuaran Sabah....Sempat lah test power naik Jambatan Gantung ...memang x berubah dari Aku Kecil hingga besar ni,Jambatan tu still ada..setelah membeli belah,kami terus ke rumah kak ana,tetapi dalam perjalanan kami singgah ke Rumah Jiran lama kami di likas aku panggil dia Mini Sui,sebab x ingat apa nama dia...ekekeke dia berpindah ke Tuaran..Setelah tu kami ke Rumah Kak Ana,,,Time for Makan,Kak Ana & Suami wat ambuyat,ikan bakar,ketam rebus..alahai nasib le aku x bape sihat kalau x memang dh abis aku kerja kan...setelah tu kami balik ke Hotel..

6 Julai~
Seperti biasa Bfast di Sempelang,Hantar Baju Ke lobby..Lepas tu kami ke Kuburan Sanak Sedara di Likas,Kemudian melawat Beberapa saudara seperti Aunite Masni yang menjaga kami dari kecil,Kak wati bekas pekerja mummy dulu,lepas tu kami melawat nenek Gugu.setelah itu kami ke 1 Borneo lepak di Old Town Coffea....setelah tu kami otw ke Tg.Aru..tempat mum & dad dating dulu2..ekekeke tersengih je mum dan dad bercerita tentang depa dating2 ni....ekekeke lawak...pastu kami otw ke Hotel..Malam plak kami dibawa oleh Auntie Mastura,Auntie Boy ke Restoran Seri Melaka...Makan Besar lah kami bersama 3 Keluarga.


Ni dia my Kazen MatShah makan jgn x makan,sian shah dok kena paksa makan jer
ni dia tiga "Dara Pinggitan" My Mum ,Auntie Mastura & Auntie Masiah...
3 Jejaka Macho yang mencuri hati Tiga Dara Pinggitan eekeke My Dad,Uncle Rafiq & Uncle Hanan
Ni team Anak2....Anak Sedara + My Kazen
Makan Jangan X makan

7 Julai ~
Kami check Out Awal ...pastu Bfast....Lepas tu ke Pasar Kraftangan untuk membeli beberapa barang untuk dibawa balik ke Johor.Selepas itu,kami ke Likas sehingga petang.Kemudian Kami ke Airport untu balik ke JB..Time kat Airport aku tersempak dengan ex-clasmate aku kat SKBU2 si taufik sedang menghantar wifenyer balik ke JB...Taufik bertugas di Kem Lok Kawi...
Sampai JB dalam jam 11Lebih..kemudian Hantar Adik ke St.Larkin ..coz adik ada kursus di KL selama seminggu.....Sampai dirumah Along Jam 2 Pagi..Sure esok aku x keje hahaha

09 July 2009

Bismillah

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.

Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Kalimah Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.

Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali Kalimah Bismillah di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

63 Petua Bahagia Dr. Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.


36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya
.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

7 Ayat-ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.