23 January 2010

Sultan Johor Mangkat ~ Al-Fatihah (22/01/2010)

Rakyat berkabung 7 hari, Semua majlis rasmi dibatal,Pemasyhuran sultan baru hari ini .

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.
Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.
Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi. Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah."Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri."Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya


JENAZAH Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar dari Hospital Pakar Puteri, semalam.


Petikan daripada Berita Harian online.
Note : Al-Fatihah Buat Sultan Johor Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Dari Kami Sekeluarga ( Raja Sulaiman & Keluarga) Semoga Baginda dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman....Amin Amin Amin

04 January 2010

Sekolah Dah Buka !!!!!!!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar semua....Diharap sihat2 sentiasa disamping insan yang tersayang.
Selamat Kembali Bertugas buat sahabat-sahabat yang bergelar Guru seperti Abg Azrin,Abg Omar Nor,Tomot,Saif,fifi,darimi,Abg Azmi,Kak Norasma,Abg Idrem dan guru-guru di Malaysia..Tidak lupa juga buat anak sedara yang akan meneruskan persekolah iaitu Siti Nuradha ( Darjah 4),Muhamad Hasby Arief ( Darjah 2) dan Muhammad Hakimy Azrie (Darjah 1) di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA (2).Pagi tadi sebelum ke office seperti biasa aku akan menghantar mummy ke rumah kaklong...so sempat aku berjumpa Hakimy.....nampaknya dia hepi nak ke sekolah Agama dengan lengkap berbaju melayu & samping...sempat juga dia berpesan agar aku mengambilnya petang ini di SKBU2....seperti tahun yang sudah memang rutin harian ku petang mengambil mereka di sekolah.

Sabtu lepas sempat juga aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA (SMKBBU) untuk menghadiri Mesyuarat Penaja Alumni SMKBBU (ASMUDA) ,pada hari berkenaan juga diadakan hari pendaftaran pelajar untuk tingkatan 1...Kali ni,lokasi di Dewan PIBG dewan yang baru saja siap..sambil menunggu ahli-ahli sampai,sempat aku bersalaman dengan guru yang pernah mengajarku....yang paling aku hepi dapat berjumpa Cikgu Zahriah,my Fov Cikgu...ahaks jangan jeles...Puan Zahriah ni mengajar aku Kemahiran Hidup dari aku form 1 to form 3 memang dulu leh dikatakan aku kalau KH memang manja dengan beliau lagi-lagi bila bab keusahawanan memang nama ku selalu di panggil....ekekeke jangan jeles lah ek..

Selesai Mesyuarat,aku,dik Naim & dik Haziq sempat berjumpa di kantin untuk menyiapkan tugasan kami iaitu minute meeting,coz aku minta Naim catat minute x tau lah nape aku x leh beri tumpuan sabtu lepas...ahaks...dah angau kot...setelah selesai aku terus ke Masjid BBU untuk menunaikan solat Zohor...sempat juga aku teringat kenangan zaman persekolahan....mana tak nya di Masjid ini juga aku jatuh cinta kat seseorang....ahaks MHS ....xper lah abaikan...bukan jodoh kami agaknya...selepas tu aku Naik teksi ke Plaza Angsana untuk bertemu Kaklong ...hari tu along sibuk mencari baju sekolah anak-anaknya dikesempatan itu juga aku naik ke Imanos Cafe untuk melepaskan kelaparan ku ditahap cipan...ahaks so aku makan lagsana & spegati ahaks sedap2....

Sedang dalam proses menguyah makanan,kaklong datang ,dia nak ajak aku ke Giant plak....aku ikut gak lah..lagipon aku nak mencari sedikit barang untuk tempahan hamper.Hah pasal hamper....ni Promosi Jap ..Pada yang nak mencari hadiah sempena birthday,annivesry,kahwin dan apa2 lah ..if berminat nak jadikan perfume sebagai hadiah bolehlah roger2 kat aku...coz aku ada buat dengan harga yang berpatutan...... layari http://mawarniemas-biz.blogspot.com so kat Giant aku beli riben + Bear kecik untuk diletakan di Perfume ahaks...

K lah nak stop...leh sambung nanti k lah Papaiiiii

01 January 2010

Gerhana Bulan Mengakhiri Tahun 2009




"Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.

Kita tak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.

Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan di ambang 2010 malam ini.

Selaku seorang muslim dan umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. seterusnya mengambil iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.Kejadian gerhana dijadikan Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam hadis yang diriwayatkna daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-Nya dengan kedua-duanya."

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk:59)

Dewasa ini ramai antara kita memandang mudah fenomena gerhana ini dan mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta. Mereka tidak terfikir bahawa apa yang mereka kira dan jangka itu adalah tanda kebesaran Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.

Ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, baginda terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.Baginda SAW menjadi cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlauknya kiamat berikutan gerhana tersebut.Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan umatnya. Baginda solat sunat... dan sterusnya berdoa: Wahai Tuhanku! Bukankan Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa engkau tidak akan mengazabkan mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".

Hikmah di sebalik gerhana:

1-Menzahirkan penguasaan Allah terhadap matahari dan bulan (alam semester)2-Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan.3-Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukan4-Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman-Nya: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)

Amalan sunat semasa gerhana

1-Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dam bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".2-Bezikir dan beristighfar3-Berlindung dari azab kubur:-memohon perlindungan dari azab kubur4-Besedekah5-Memerdekakan hamba.

Marilah sama-sama kita renungkan apakah yang telah kita lakukan semasa menghadapi gerhana...sama-samalah kita muhasabah diri kita apakah perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan sehingga Allah menurungkan Peringatan (Gerhana) kepada kita. Fenomena gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.
Info Bloggers Member

Info Johor : Gelang Patah


Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.


Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketikamana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan. Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan mmbawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu. Dan terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama "Gelang Patah" sebagai tanda ingatan.


Terdapat beberapa Taman Perumahan & Kampung Di Gelang Patah ini,Antaranya :
Taman Nusa Perintis 1, 2, 3
Taman Nusa Perdana,

Taman Syed Idrus
Taman Gelang Emas,

Taman Nusantara (Tempat Tinggal Ku)
Taman Mas
Kampung Tiram Duku,

Pekajang
Kampung Melayu,

Tg Adang,

Tg Pelepas,

Tg Kupang
Kampung Ladang,

Kampung Ladang Darat,

Kampung bukit tempurung
Kampung jawa,

Kampung Pok,

Kampung Pendas Laut,

Kampung ulu pulai
Kampung dapur arang,

Kampung simpang arang


Sekolah yang terdapat Di Gelang Patah

SJKC Ming Terk,

Sekolah Tmn Nusa Perintis
SMK Gelang Patah,

SRK Gelang Patah,

SJKT Bukit Tempurung

Sekolah Menengah Taman Nusantara,

Sekolah Rendah Taman Nusajaya


Boleh dikatakan Gelang Patah Ini semuaNya Ada....

Salam Tahun Baru 2010

Assalammualaikum
Selamat Tinggal 2009....Kini Tibalah tahun 2010 ...Semoga Tahun 2010 akan mendatangkan Energy Baru Buat Kita Semua Especially To My Self Coz bagi ku,Tahun 2010 Adalah permulaan aku untuk merealisasikan Perniagaan Aku...Walaupun Orang pandang dengan sebelah mata...almaklumlah Biz "Kecil-kecilan" Tetapi bagi...itu bukan penghalang aku untuk terus berjaya....Kalau dapat RM1 pun aku tetap bersyukur coz diminda aku yang Positif ni "Ada ke sesiapa nak bagi RM1 dalam 1 Hari?" hah tu dia.....Kena lawan balik......

Tahun 2010 Juga No More Couple Mouple Lagi....Cukuplah sekadar Tahun 2008/2009...enough is enough bukan Frust tapi rasanya aku belum bersedia untuk menghadapi segalanya...hikhikhik tetapi kalau dah sampai jodoh aku pada tahun ini....Redha atas Kehendak iLahi.....

Pekerjaan Yerrrrr.....
Setakat ni,aku belum terfikir untuk berhenti kerja....Aku suka berkerja Di Meda Enginners ni...Julai 2010 Genap 7 tahun aku bekerja disini.Dari Gaji aku cukup2 beli rumah,beli itu ini hingga aku pening kepala nak tambah pendapatan sendiri (hope u all tau kot) ahaks ....Tapi aku tetap bersyukur atas rezeki aku di sini sebagai Pelukis Pelan Elektrikal...dari aku duduk di Office Wat Lukisan...Alhamdulillah aku dah mula jejakkan kaki ku ke Majlis Daerah,Tapak Pembinaan (Jumpa Sheila On 7,Ungu,Ari Wibowo ) hahaha ..Selain itu juga aku mula terjebak dengan dunia yang paling aku tak gemari iaitu wat BQ (Bil Of Quantities) Ya Allah penderaan Tol....Tau rr aku ni tak suka tengok Angka banyak nanti leh Migrain ekekekee...Apa-apa pun redha juga ni....demi hasil yang halal.... :p

Keluarga YerRrRrRr
Rasanya tanggungjawab aku semakin banyak yang patut dipikul....coz Mummy dan daddy Tidak Berapa sihat...Mummy still Tidak dapat melihat dengan jelas ...ni berpunca dari kesan Diabetis...Daddy Plak mempunyai Sakit Jantung....Tapi Alhamdulillah still undercontrol....Aku redha atas Ujian yang diberikan kepadaku...Aku berkesempatan bersama mereka....Rasanya tidak ramai yang berpeluang seperti aku...Walaupun berat aku pikul..namun aku mampu tersenyum...coz Allah memilih aku untuk diuji dengan segala dugaan ini...Ini juga bermakna Allah sayang kepada ku.....

Peribadi /Personal Yerr
Hmm rasanya ada yang perlu diubah....Tahun untuk Aku Menurunkan Berat Badan hikhikhik...Rasanya dah tiba masanya.....aku menunaikan kehendak Mummy....sepanjang 27 Tahun aku Hidup dengan Kegemukkan aku rasa biasa tiada apa-apa berlaku...Cuma aku tahu ada insan yang pernah menyukai aku,tetapi bila tahu aku ni sihat walafiat mcm ni.....Terus reject...apa2pon aku doakan lah agar anak or Wife dia x gemuk mcm aku...takut plak kereta tayar pancit tak pun....Kereta sengget sebelah seperti yang pernah dikatakan dulu-dulu...
Walaupun dianugerahkan dengan sifat & fizikal mcm ni,aku tetap bersyukur...Alhamdulillah aku mempunyai kesihatan yang baik,Wajah Yang Lawa (Pasan Jap :p),Pekerjaan yang Baik,Kasih Sayang dari mummy & daddy yang tidak pernah putus,Dikelilingi sahabat-sahabat yang baik.....Aku Bersyukur.....(mcm lepas geram plak dah)

K lah cukup sekadar disini...So Bermula Saat Ini Kuatkan Energy Baru Dalam Diri Kita Teruskan Usaha.......jgn Lupa Layari http://mawarniemas-biz.blogspot.com k