13 September 2011

Puasa Ganti + Puasa Enam ~ Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


07 September 2011

Buat yang tersayang

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin
diucapkan kepada Rakan2 Bloggers,Sahabat2 yang sudi membaca segala isi kandung Coretan Rnizasulaiman ini....Tidak lupa juga buat Adik-beradik seperti Hanina & Hasifi yang selalu membaca blog ini dalam diam2 hehe....

Perjalanan musim perayaan ini alhamdulillah,kami sekeluarga lalui dengan kesyukuran yang teramat kepada Maha Esa Allah SWT...Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk melunaskan kewajipan kami sebagai Umat Islam di dalam bulan Ramadhan kali ini.Walaupun agak berbeza kali ini,kemungkinan keadaan Daddy yang terpaksa masuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selama beberapa hari.Kenangan Ramadhan kali ini yang membuat diri ku sedar ,yang diri ku kini mempunyai tanggungjawab besar terhadap keadaan kesihatan Mummy & Daddy..

"Ya Allah...Engkau Berilah kesihatan yang baik buat ibu dan ayah ku yang tercinta ini,sekiranya nyawaku sebagai ganti mereka,aku redha kau mengambil nyawaku ini demi kasih sayang ku pada Daddy & Mummy..Ya Allah berikan mereka kebahagiaan di usia mereka kini...Aku tidak sanggup melihat keadaan mereka menanggung sakit,walau ku tahu,mereka tidak pernah memberitahu ku,namun dari riak wajah mereka...ku tahu mereka menanggungnya....Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Penyanyang Dan Yang Menyembuh segalanya...Amin "

Berbalik dengan cerita hari raya kali ini,kami hanya beraya ke Kg Daddy di Batu Pahat pada raya ke 4 ..itu pun balik hari saja.Sememangnya kalau beraya di kg Daddy kami tidak lama,sebab dekat saja dengan Johor Bahru,so balik hari saja,tetapi berbeza kalau beraya di kg Mummy di Kota Kinabalu,paling-paling 3,4 hari pasti kami masih di sana..Almaklumlah dengan jarak dan kos yang tinggi...hehehe bukan senang nak pergi balik ...

Kali ini,balik Batu Pahat,kami membawa ahli baru di dalam keluarga kami iaitu Adik Ipar Ku ..Ku Muhammad Hasifi...hehe memang best adik ipar ku ini,tidak banyak karenah..tak banyak karangan yang perlu di karang ...(hehe faham kan adik2ku) ekekee....Ni pasal adik ipar ku ini kan,aku tgk dia ni manja tol ngan my mummy hehe...Alhamdulillah syukur akan jodoh adikku ini.Semoga apa yang mereka hajati akan dimakbulkan.

Tak tahu dah apa ak citer sebenarnya ni.....nantilah citer pasal raya hehehe...Now nak citer lain plak...

Pasal Kerja....
sebenarnya aku dalam perbincangan sama ada ingin menerima tawaran seorang sahabat...namun aku risau about keluarga...lagi-lagi mummy dan daddy.Sememangnya aku gembira kerja di syarikat ini,coz bos pon ok,kawan2 pon ok,cuma yang kurang ok pasal gaji xde kenaikan...sedangkan kos sara hidup kini semakin meningkat dan tanggungjawab ku kepada mereka.Macam mana eh untuk aku mengatasi masalah ini?kalaulah gaji ku dapat naik syukur sangat....bukan apa,kawan-kawan lain gaji dah besar,aku jer gaji kecik..hehe....harap dapatlah aku kerja yang boleh menampung perbelanjaan aku dan family.Aminnn

Pasal Business...
Alhamdulillah time raya syukur memang order masuk...tapi utk 2 bulan ni,memang xde order..asyik order pastu cancel..kalau tahu amik duit deposit ,coz barang-barang aku dh beli,tinggal nak buat jer....maybe bukan rezeki ku...sabar jer..harap adalah rezeki dalam minggu ni....

Pasal Jodoh....
Heheh lom ada yang sesuai dijadikan teman hidup...xper lah....jodoh pasti ada,cuma lambat or cepat jer....redha....

Ok lah nak stop dulu....nanti free sy coret lagi :) luv u all


18 July 2011

Matematik Sedekah 10-1=19

Jika anda mahu harta yang sedia ada berlipat ganda, sedekah adalah jalan yang terbaik. Kerana Allah juga berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud, “Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepulu kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Matematik Sedekah oleh Ustaz Yusuf Mansor

Untuk memudahkan lagi pemahaman kita tentang amalan sedekah ini, mari kita bersama menghayati Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur. Menurutnya, Allah telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita keluarkan untuk bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja menggantikan wang yang telah disedekahkan, tetapi akan menggantikannya sebanyak sepuluh kali ganda dengan nilai yang kita belanjakan. Sebagai contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu kita sedekahkan RM1 kepada seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki sebanyak RM9. kita bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. Wang yang telah disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka, kita akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain.

Orang yang bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu golongan yang bersedekah akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat panas. Selain itu, golongan ini juga akan ringan hisabnya. Mereka juga akan mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat. Tambahan lagi, golongan ini akan meniti Titian Sirat dengan lancar dan pantas. Terakhir, golongan ini akan diangkat darjatnya di dalam syurga.

Inilah rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan sedikit kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan memperolehi manfaat yang tidak ternilai. Dengan niat memberi sedekah untuk menyenangkan bebanan orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan kebaikan itu Allah telah memanjangkan umur kita, menolak bala dan bencana selain membuatkan kita menjadi lebih kaya.

13 July 2011

YM

Salam....Blog
Tadi aku dah puas lepak2 ngan rakan sekerja ku di Office Resort...So aku balik semula ke meja aku...than on YM...ada Offline Message..

Tarikh : 13 Julai 2011
Masa : 7.55A.M

AM: za..abg minta maaf di atas kesalahan abg pd za dulu..abg mengaku abg yg bersalah..za sedikit pon tak salah..za..ampunkan abg

Nape eh....bila aku dah mula cuba untuk melupakan semuanya..mesti ada yang x kena....kenapa dia muncul kembali dalam hidup ku?

03 July 2011

Kelebihan Bulan Syaban

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

23 June 2011

Nak Ceciter sekit

Korang sure tertanya-tanya siapa BestFriend aku kan?hehe...Bestfriend zaman sekolah?zaman kolej?zaman remaja?zaman dewasa?
hhehehe
meh lah aku citer....apa2pon pada yang tersenarai nanti tu....aku ucapkan tQ coz korang menerima aku sebagai sahabat korang...almaklumlah..aku ni insan yang tidak sempurna...
Zaman sekolah...bagiku semuanya sahabat baik....walaupon ada seorang teman iaitu NoorFadilah Johari....Kenalan ku dari Darjah 6 hingga ke SPM...leh dikatakan apa2 semua bersama,dan pernah juga kami meminati Artis & BF yang sama,namun dia dapat lah coz aku ni x cantik seperti dia....hehe
Zaman Kolej...sahabatku di kuliah nama dia Norfadzilah Ahmad..Orang Air Tawar...Ni mmg bestfren ...siap leh lepak2 lagi,time kuliah mmg kami melakat seolah-olah dia ni kembaq aku...sampai sekarang kami masih berkawan,tapi tidak serapat dulu..maybe sebab dia dh berkahwin so jarang berhubung,sama juga dengan NoorFadilah...juga sudah berkeluarga..Alhamdulillah...
Zaman Kerja @Zaman remaja @ Zaman Dewasa :
Sahabat baikku Nama dia NorAzian Johar @Yan.orang Tampoi x jauh dari rumah along...kira kami ni sebaya...memang kalau tengok dia ni macam sombong..tp kalau dh kenal memang x menang tangan melayan lawak,,,macam aku dh kenal dia hampir 8 tahun...so memanglah dah sebati dengan jiwaku...Dengan yan ni,banyak jugak kami share prob,susah senang bersama..family pon dh kenal....x taulah nape kadang-kala kalau dia xde kat office rasa macam bosan jer...maybe xde orang yang memahami aku kot...macam yan ni,dia memang tahu sangat perihal aku...time aku angin kus kus,mood macam pocoyo dia memang tahu,gitu gak aku...kadang2 tau if dia kerisauan....aku pon jadi risau..tapikan yang paling aku pelik...if aku sakit,or tension dia pon akan mengalami benda yang sama.....pelik kan?

nanti sambung lagi lah...tapi aku nak bercerita pasal Yan sahabatku.....tunggu lah yer

13 June 2011

Putu Piring,ChickenPox...

Hehehe Putu Piring...apa eh citer disebalik putu piring ni?heheh sure family aku & rakan2 yang terdekat ngan ku seperti Yan My Bestfriend,Officemate ku Kak Imah & Kak Mai tau betapa susah payahnya aku ingin dapatkan putu piring,walau hujan ribut petir cewahhh sanggup aku reda ke pasar malam...namun masih tidak ku temui...last2 aku dapatkan perkhidmatan seorang member yang mana ku tahu ayah angkatnya mmg berniaga putu piring,namun dia tidak memberi respon...xper lah...namun 1 hari ketika aku berada di office...
Kak Mai : Niza dh try g Adda Height?
aku : ada apa di sana kak?
Kak Mai :x silap akak sana ada jual putu piring
perghhhh dgr jer putu piring semangat ku tiba-tiba ...jeng jeng jeng
tapi time tu aku x nak susahkan sesiapa nak g sana,cuma time aku dan kak imah nak g Maslee (lunch hour) Yan tegur aku di depan kedai letrik...
Yan : nak ikut aku balik rumah x za?
aku : nape?
yan: aku nak antar barang pastu kita g cari putu piring lah
aku : ok je jom lahhh
semangat sey aku....time tu kami g ber3 termasuk kak imah hehehe ..
hari tu memang bersejarah ..Alhamdulillah syukur dapat juga....
(pic akan dimasukan nanti)

Beberapa hari selepas aku dapat makan Putu Piring,badan ku menjadi lemah....timbul plak bintik2 merah ditubuhku...Ya Allah rupanya aku nak kena chickenpox hehe.....cuti gak aku 8 hari dirumah sehingga aku menulis di blog ini...sian kawanku si Yan terpaksa g kelas seorang2...alahai sejak kena c/p nii dugaan sangat kena sapu ubat sendiri..ye lah xkan nak suh orang lain,sure dorang pon xmo.....ihihihih....part yang aku x suka,bila benda ni mendatangkan parut diwajahku..nampaknya lepas ni kena tenyeh semula NDZ & Fair & Lovely lah gamaknya....
apa2pon tQ for My Family & My fren especially Yan coz banyak melayan karenah ku sepanjang aku x sihat ni..siap belikan topup dan hari2 dok layan sms merapu aku...tQ Yan..kaulah sahabat baik ku.....

Ketika dalam hari ini,ada juga aku mendapat business alhamdullillah atas Rezeki Allah beri...

09 June 2011

Jeng jeng jeng

Mimpi Bertunang Dengan SK????Biar betul aku ni...Tapi best gak kalau itu ditakdirkan buat ku...Amin Amin Amin....
Gara-gara mimpi itu,aku terjaga jam 3.30pagi..hahahaa tersenyum sendiri....selepas tu aku bangun sebentar untuk menunaikan solat sunat...alang2 dah terjaga dalam senyuman orang kata.
Pelbagai tafsiran dari rakan-rakan ku mengenai mimpi itu,ada yang kata mimpi x elok,ada yang kata hanya mainan,ada yang kata mungkin dapat sesuatu pekerjaan yang baik...Mana 1 nak caya ni?kalau leh aku nak percaya kepada kebaikan je lah..amin2
"Bermimpi bertunang - akan kawin cepat pada tahun ini"http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2009/08/rahsia-mimpi.html hehehe nak nak nak.....yang ni aku sokong lagi-lagi kalau calonnya SK....Hehehe i Like :)

apa2 pon aku masih tidak mengetahui apa makna sebenarnya..apa2pon aku bersyukur ditemukan SK dalam mimpi ku... :)

03 June 2011

3 Mei 2011

Assalammualaikum Wbt...syukur Alhamdulillah atas segalanya ... 1st day berpuasa dalam bulan Rejab..Alhamdulillah tidak berapa rasa lapar or dahaga..maybe x banyak pergerakan yang ku lakukan..semoga aku terus dapat mengerjakan ibadah sempena bulan Rejab ini..Amin

Mengenai Cinta...Kali ini,aku benar2 ingin mengundur diri dalam arena percintaan ini...Biarlah Allah yang menentukan jodoh ku...Aku Redha...Bukan kerana aku kalah...Tapi aku terasa letih bila terus memikirkan SK...hingga dia tidak ingin menghubungiku lagi...so baik aku beri tumpuan pada Kerjaya aku...dan my Business....

Mengenai Business....Kini aku masih lagi dalam proses mempelajari dan mencari ilmu untuk melengkapkan diri untuk meneraju business ini....

18 May 2011

Suara Hatiku...

Suara Dengarkan Aku..Apa Khabarnya Pujaan Hatiku...

Ya Allah mengapa semakin aku ingin melupakannya..semakin itu aku menjadi rindu padanya....
Apakah disebalik penderitaan hatiku ini masih lagi ingin diuji oleh Mu Ya Allah...

Ya Allah Berilah aku kekuatan...Sekiranya dia jodoh yang kau berikan kepada ku..Kau Permudahkanlah urusan kami..Dan sekiranya dia bukan jodohku...Ku berharap aku dapat melupakannya Ya Allah.....

Ya Allah Semoga Engkau dapat membaca Luahan Hatiku ini...dan semoga keceriaan hatiku..kembali pada ku......Aku Mohon padaMU......Amin Amin Ya Rabbal ala'min

Sememangnya hatiku masih padamu SK...

10 May 2011

10/5/2011

Assalammualaikum & Salam sejahtera.....Syukur dengan nikmat pernafasan yang diberi olehMU Ya Allah...
Semalam 10/5/2011 Alhamdulilah flayerz Qaseh Elite Enterprise dah siap di print...Maknanya aku dan team kenalah stanby untuk mulakan business semula.InsyaAllah....


Ni lah flayers untuk Qaseh Chocolate Homemade..Perkhidmatan yang kami sediakan seperti berikut:(baca kat atas tu) hehehee jangan malas sangat nak belek2 flayers tu(ke aku yang malas nak menaip?) hahaa
Ok semalam selepas amik flayers kat Plaza Angsana,aku dan Yan (selaku business partner & Bestfriend aku jugak) g makan-makan kat Food Court...sambil2 berbual2lah...than lepas tu kami g karaoke..rasa nyesal pon ada coz tempat karoke tu x best langsung...hehe pastu leh plak blackout kekeke maknanyer memang pas ni x yah g lagi lah tempat tu...hehehe...yang best kat Taman U gak...sana lah karaoke tempat aku bertemu dengan SK....(apa khabar dia skrg yer?,aku rindu sangat dengan senyuman darinya)

Pasal SK...sejak dia sms aku dengan kata-kata yang menguris hati ku,aku langsung x contact dia...Namun dihatiku..Makin Aku Sayang Dia...tetapi orang dh x nak..aku terpaksa akur....apa-apa pun aku sentiasa berdoa agar SK sentiasa sihat,bahagia dan segalanya aku redha....Maafkan aku S.K....Namun perlu ke aku menunggu dia lagi?Aku rindu kenangan berkenalan,keluar,sms dan yang aku x leh nak lupa suprise dari dia...My Birthday Party & dia datang My Office....Gembira aku ketika itu..Hehehe tQ Awak......

04 May 2011

Qaseh Chocolate Homemade




saja je post kat sini..kot2 ada yang berminat bolehlah jenguk2 ke www.qasehchocolate.blogspot.com hehehe jangan risau coklat ni tidak menggemukkan anda.....tetapi coklat ni memberi ketenangan kepada minda anda..lagi2 yang selalu stess....tp dark coklat ler....buat yang ada diabetis anda tidak digalakkan makan atau mengambil white @milk chocolate..kang ada yang masuk spital....heheheeeee ok lah dah merapu petang2 ni ada yang saya terlebih2 x ingat nak balik ~~~

No More

Dh berakhir Semalam.......
Nampaknya kena buka buku baru....Kali ini...No More About Love.....

25 April 2011

Rahsia Di Sebalik Waktu Solat & Perubahan Alam

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


• Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


• Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


• Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


• Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


• Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Demikianlah secra ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam. Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan. Allaahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & kerdil. Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat dr ibadah solat yg diwajibkan. Wallaahua'lam

24 April 2011

4.1kg

21 April 2011 Berat aku turun lg 4.1 kg..Alhamdulillah..semoga berterusan usaha murni aku ni...hehe....so maknanya dh turun 13.1kg....alhamdulillah

Hari ni 24 April 2011 hmmm aku kat rumah je dok siapkan tempahan org hehe....byk woo br siap 140 nak siapkan lg 360 lemau tp kena kuat...

Time ujan ni tekak aku ni nak makan nasi & ayam goreng,tapi...... x leh aku kena kuatkan diri aku ni...elakkan mana2 yang perlu..

SK...Rindu ? maybe dah berkurangan..tapi aku tersenyum sendiri bila teringat saat2 manis bersama dia..Ya Allah HambaMU ini rindu Pada Kenangan lalu...Engkau Kuatkanlah semangat diri ini.....

18 April 2011

7 Tahun Yang berlalu sepi...

Macam tak percaya hampir 7 Tahun dia pergi meninggalkan aku.... Namun aku masih belum mempunyai pengganti yang sesuai dengan jiwaku..... teringat saat2 perkenalanku ngan Z di sebuah laman chatting....Tak silapku..time tu aku menjadi Moderator ...seperti biasa,pagi2 sampai ke office,tempat pertama aku kunjungi ialah...PC ku....pastinya ke laman web Chatting....bukan nyer apa,rasa tanggungjawab pada keadaan laman web tersebut...heheh...
nak dijadikan cerita...1 hari, aku nak add seorang tu utk jadikan VoiceChat tetapi aku teradd dia jd Mode..apa lagi kelam kabut tu,aku suh dia keluar dr chat than masuk semula hehehe punyalah lawak antarabangsa sepatutnya aku just klik sebagaimana yang aku add dia..so jadilah dia unmode...hehehee
Sejak detik itulah,aku dan Z berkenalan...kenal punya kenal timbul 1 perasaan sayang antara kami...Allah saja mengetahui segalanya. tapi yang paling buat aku syg dia ni,sebab dia x kisah dengan fizikal ku,dia juga tahu aku mcm ner....hehehe memang hepi sangat time tu...
Tapi selang setahun kemudian,dia memberitahu aku...yang dia akan bertunang dengan pilihan family dia...aku redha dalam keterpaksaan ....Cuma yang kelakar... malam dia hendak bertunang,dia call aku dan kami juga bersms sehingga dia selesai ditunangkan....sedih sangat time tu....2minggu juga aku terpaksa melawan perasaan ku....
Sepanjang dia bergelar Tunangan Orang..2x juga aku dan Z bertemu di KL itu pun alang2 aku ada kerja di KL...hehe...dating ngan tunang orang tanpa pengetahuan tunangnya....Z memang seorang yang baik hati..siap mencabar aku untuk cari calon dalam masa terdekat...gara2 dia xnak aku bersedih.....
Genap bulan Mei 2004-2005 x silap aku...dia menjadi Suami orang...sekali lagi dia buat kejutan untuk aku....Mana tidaknya selesai diijabkabul dia SMS aku " Laling,saya dah sah jadi suami orang.." terharu aku....masih lagi dia gelar diri aku laling....itulah kenangan yang terindah ngam2 zaman itu lagi dari kumpulan Samson yang berjudul Kenangan Terindah popular ketika itu..hehehe

Apa2pon aku bersyukur...antara kami masih lagi bersahabat..dan dia juga memberi aku seorang kenalan yang bernama sumayyah....itulah tanda persahabatan kami ....dan buat pengetahuan kawan2...Su tahu dan penyimpan rahsia cinta antara aku dan Z....sehingga kini...aku masih merasa cinta dan sayang dari Z....walaupun selepas z..aku bercinta dengan seorang Tengku dari Negeri Tganu....Tapi jodoh kami tidak panjang kerana....dia curang ...skandal dengan sahabatku sendiri....

Kini aku masih mencari sebuah cinta yang sejati....Namun ku tahu..Cinta sejati ku ini..Hanya PadaMu Ya Allah...Cinta Yang tidak akan pupus selamanya....Dan Ku Tahu..CInta Yang Sebenarnya Cinta dariNYA.....InsyaAllah..

16 April 2011

16 April 2011


Salam.....Hi ....
Arini program aku ialah.....Jalan-jalan cari makan ke Plaza Angsana JB....
Ehemmmm...tadi keluar ngan Adha & Arief..hujan plak tu..apa2hal arini aku dah selesaikan tugasku untuk menjadi Budak Comel 2 org ni....nasib x banyak songeh.....selamat den...
Tadi time kat angsana, aku tercari-cari kalau SK ada di sana,nampaknya mmg xde..tp x kisahlah..kalau ada pon bukan aku leh jalan ngan dia..almaklumlah orang x suka kite...tp apa aku kisah?
heheheee
kat Angsana tadi sempat gak aku membeli 2 buah buku..iaitu Mufin Manja by Hani Ismail....Dan Aurat Mahkota Wanita By Rusydi Ramli & Haliza Hj.Aris....
Tentang Mufin manja mengisahkan tentang seorang gadis yang bertubuh gempal(mcm aku) tapi usianya br mencecah 18thn(bukan mcm aku) seorang yang pada mulanya 0 or Zero tapi dengan kepandaian & kemahirannya membuat muffin dia telah menjadi seorang usahawan Muffin terkenal ditempatnya....so dari maklumat @ cara dikelolahkan di buku ini,dapat memberi aku ilmu tentang cara business dan resepi muffin yang agak melelehkan air liuQ....heheheee........insyaAllah aku akan buatnya terbaik untuk business aku ni...
Buku no.2 tu dlm proses untuk dibaca..insyaallah esok.....semoga segala yang dibaca akan memberi impak pada diri ini..aminnnnn

15 April 2011

Saja


Lawa x grafik yang aku wat ni?ahaks....wat saja2 sambil dengar Radio LuahanRasa.FM di www.luahanrasa.com hehehe meh dengar ramai2.....

Kemarin Siang (14/4/11) dia ada reply my sms...tp x seperti dulu...so aku kena faham semua ini.... lebih baik aku sendiri...dan terus bersendiri....tapi x perlah coz my family selalu disamping ku... Alhamdulillah :)

Sememang hati ini hanya untuk nya..namun sekiranya dia terus sebegini...apa harus ku laku kan?Hanya diamkan diri?Dan terus diam?

Alhamdulillah

Leh wat baju tunang jer hehehe (plan baek punyer...insyaAllah)

Turun 9Kg dalam masa sebulan.....syukur pada MU Ya Allah....
tadi aku timbang kat Jusco Tebrau gara2 temankan kak imah (My Officemate) selepas balik dr TNB Bandar...

So dengan turunnya 9Kg tu...Aku pon g shopping skit pakaian baru......Skrit Labuh & Suar Panjang...Semoga aku akan lebih bersemangat lagi.....
Sampai Office plak....Kak Mai(Officemate gak) ada berikan aku Jubah Dari Mekah...Jubah Kaler Hijau....Syukur....Nanti ada kesempatan aku uploadkan pic ok.....

Semoga Semangat Aku Akan Berpanjangan InsyaAllah


12 April 2011

Hari ini genap 4 hari dia tidak menghubungi aku...Tanpa alasan,tanpa penyebab dari mana-mana pihak.Kadang-kadang terdetik dihati ini bertanya secara langsung apa yang tidak kena pada persahabatan kami...Hanya Allah yang mengetahui segalanya...Semakin hari.semakin aku rasa beban je di hati....Di mana kesudahan perhubungan kami?

Program Diet tanpa dia....
Alhamdulillah memang aku mampu lakukan...cuma penyeri hati kini terasa suram..tiada lagi keceriaan terpacar di hatiku....Mungkin kalian melihat gelak ketawa aku diluaran...namun jiwa ku kini menangis....
Walaupun dia mendiamkan diri..namun aku masih memegang janji aku padanya...InsyaAllah aku akan buktikan....

Setakat ini, Alhamdulillah ada perubahan pada diri ini,baju lama boleh sudah aku pakai..Alhamdulillah.... Wajah pun alhamdulillah semakin bersih...Solat pun aku mula rasa selesa,tidak rasa termegah-megah...Syukur Alhamdulillah....

tQ Awak kerana membuka hati dan minda untuk membuatkan diri ini menjadi sebagai seorang Muslimah yang sejati insyaAllah dengan izinNYA....

10 April 2011

Keyakinan Membara

Aku baru saja abis membaca tips diet dari seorang yang istimewa bernama Lydia Ezrina...cerita beliau ada terpapar di Metro Ahad....Beliau berjaya menurunkan berat badan dari 105kg ke 49kg ...
Aku bersemangat kini untuk mendapat berat yang ideal dan juga untuk membuktikan pada Family,Rakan2 dan juga SK yang aku berjaya tanpa dia contact ku lagi....semoga dengan keizinan Allah....aku pasti berjaya........

Aku pasti dapat menurunkan berat badan ini......Insyaallah tempoh 1 Tahun......

No More Nasi.... No More Goreng2.... No More Manis2...

No More Nasi
Sebab...
Aku kesian kat pakcik2 & makcik dok banting tulang dibendang selama 28Tahun ni
No More Goreng2
Sebab...
Harga minyak dah naik...sian ngan gaji aku yang small ini.....

No More Manis2
sebab...
Sememangnya aku dah manis.....

Itulah hakikatnya...........yang Nyata :)

07 April 2011

Hanya Sebab Aku.......ComeL

Pernahkah kamu merasa,apa yang aku rasa disaat dihina, diperli, dikutuk, dipersendakan dengan gelak ketawa atau senang dengan bahasa sainstifiknya "Bahan" kerna sebab fizikal?

Kenapa kalau gemuk dicaci,dihina....Yang kurus,cantik dipuji?apa yang tak kena?bukan ke kita dilahirkan didunia ni,semua sama?Sedih tol...

Seperti aku memang dilahirkan dengan keadaan berisi atau bahasa x sopannya Gemuk....Tapi aku tetap bersyukur,walaupon aku gemuk,aku tidak menyusahkan orang lain.... Aku tetap bersyukur bila ada keluarga,sahabat sentiasa berada sisiku...namun kadangkala aku terfikir kenapa isu gemuk di ini seringkali dpandang hina disisi masyarakat...

Walaupun gemuk, bagiku....aku mempunyai keisitimewaan yang tersendiri... dan ramai juga orang yang gemuk berjaya didalam hidup mereka contoh Adibah Noor,Afdlin Syauki, Shanie etc...Syukur Atas Nikmat Allah...

Walaupon aku selalu dihina,dikutuk....itu tidak membuat aku berputus asa,tetap sebaliknya membuatkan diri ini terus bersemangat dalam menempuhi segala ujian di dunia ini....Segalanya diperolehi adalah sebagai pinjaman dari Allah Swt....

Dalam usia berjangkau 30-an ini...Aku nekad untuk menurunkan berat badan ini..InsyaAllah semoga aku akan terus berjaya... Dengan sokongan dari Mummy, daddy,Adik beradik,kawan-kawan dan Si dia...InsyaAllah aku mampu lakukan....Dengan izinNYA.....

Pesanan buat diri sendiri :

Buat yang terbaik buat diri sendiri,bukan sebab orang lain.. sakit,derita,gembira,duka orang xkan bersama kita...percayalah..segalanya akan berakhir...teruskan berdoa agar mendapat keredhaannya....InsyaAllah

04 April 2011

Sedtik Lebih ~ Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Note : Lagu yang penuh makna......Best2

02 April 2011

Gembira

Hai Hanina & Hasifi...tQ menjadi pembaca setia akak kamu ni :p

Hari ni 2/4/2011 .... hari ini aku melangkah kaki menuju ke kursus Variasi Muffin bersama Kak Imah (Rakan seoffice) kat Kolej Komuniti Pasir Gudang...Best jugak..Alhamdulillah boleh wat biz...

Semalam (1/4/2011) hari yang paling mengembirakan aku,bila dapat bersms dengan S.k ..macam-macam kami bualkan..Alhamdulillah dia still memberi aku semangat utk mencapai impian ku... InsyaAllah...yang paling aku x leh lupa bila,kami saling usik mengusik..gara2 make up..alahai...kan best kalau dia ... :)

30/3/2011...Dia datang ke office ku..ehem2..lawak sungguh...tu lah sapa suh wat aku merajuk...kan dah kena jejak kaki ke office..ni semua gara-gara si ayie lah...plan dia kena kan aku...apa2 pon tQ ayie ...

Pasal diet pon alhamdulillah,aku masih bertahan .... memang xde rasa lapar langsung....tapi orang kata aku menyeksa diri..sedangkan memang aku xde mood nak makan.... apa2pon semoga aku berjaya... canyokkkkk berusaha ..... tQ mum,dad,family,kawan2 & awak coz beri saya semangat untuk meneruskan usaha murni ini..hehehe

22 March 2011

Hijau Daun Suaraku (Berharap)

Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu

~{}~
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya

Masih berharap didalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Oo~Suara dengarkanlah aku

Lagu salah satu S.K nyanyi malam tu...Bagiku..lagu ini banyak yang tersurat & tersirat...

Semakin Hari...Semakin Rindu..Harap Dia Jua Seperti Ku...

19 March 2011

Blurr banget

Hari ni,Alhamdulillah Family wat majlis sambutan besday Aku,Adha & Arief hehehe tQ Mum,Dad,Along,Ita & Adikku Nina...Alhamdulillah...

Pagi tadi,aku terkejut dengan apa yang ku lihat di Wall S.K..rupanya dalam diam,adiknya telah merekemenkan S.K kepada Seniornya di Kolej...Ya Allah sakit ati aku dibuatnya...Tak tahulah apa dugaan yang melanda diketika hatiku sedang bergembira...semoga aku tabah menghadapi segala yang akan ku lalui...

Harapanku agar dia yang terbaik buatku...Amin

(Hati ku menangis dikala ini,namun aku tidak berdaya mengalirkan airmata....kata Ayie & kak liza..sabar jgn cepat melatah...)

18 March 2011

Andai Lelaki Tahu..Apa Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

16 March 2011

Suprise Party For Me!!!

tQ Kak Liza & Yan coz wat suprise for me smlm (15/3/2011) sempena hari kelahiranku...Tak dapatku gambarkan bertapa gembiranya aku semlam...

Seperti dipost smlm,aku menyatakan aku menanti sms dari SK...Rupanya kejutan buatku...Begini ceritanya...Semalam jam 6ptg aku sms dia menyanyakan dia dimana..."Sy br sampai" pada fikiranku maybe baru sampai dirumah,so aku pon suh dia g rehat....dalam 30min aku sms lagi "awak x nak wish my birthday" ketika ni aku berada di My Idol Karaoke Taman U...tapi xde jawapan..so semasa kawan2 buzy diluar..aku didalam seorang2 jer...layan lagu....ntah mcm ner....tiba2........

Pintu dibuka...Ya Allahhhh ....aku menjerit....si Dia Muncul....uwaaaaaaa malunya aku....memang suprise sangat....rupanya dia dah plan bersama Yan.....apa2pon aku cukup bahagia semalam..bertemu dengan SK..
Kami sempat juga berduet lagu "Doa Buat Kekasih" harap kami berkekalan...Amin...Love U SK...

Doa Buat Kekasih

Artist: S K Feat: R N H
Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih