27 March 2009

26 March 09

Assalammualaikum..
Hari ini ada perisitiwa berlaku...Hari ini di anggarkan jam 6.30 Petang tadi,sedang aku bergayut ngan adik mucuk ku Dj iRa.....aku dapat berita,Abang Mummy meninggal Di Sabah...Kerna Sakit Asthma...Al- Fatihah Semoga Arwah Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan bersama insan2 yang beriman.....
Tadi kira-kira jam 7 lebih,Aku bersama dad ke Danga Bay untuk membeli tiket Air Asia,esok mum,dad,along dan aziq akan berangkat ke Kota Kinabalu bagi menziarahi Arwah Uncle....Untuk pengetahuan korang, Uncle ni seorang yang suka bergurau,kalau aku balik ke KK,sure aku akan diusik ngan mcm2 lawak,uncle ni salah seorg yang aku respek,bukan itu saja,beliau jugak seorg ketua keluarga yang aku sayang selain mum dan dad....walau ku tahu,ada sesuatu yang berlaku di sabah,namun aku dari ketulusan hati uncle ...beliau masih menyayangi akak,adik2 serta sanak saudara yang lain....
Sejak kebelakangan ini,aku asyik bermimpi yang aku berjumpa beliau,tapi bagi ku,itu hanya kekuatan bagi aku yang ingin mengadakan hari keluarga pada bulan 10 nanti,tapi nampaknya kehilangan beliau amat terasa dalam hati kami yang berjauhan dari beliau....Aku berharap dapat mengucup dahi beliau pada esok hari,tp niat ku x kesampaian,kerna esok hari aku ada kes urgent di office...so aku tidak dapat meningkut family ke KK...
Apa-apa pon aku berdoa agar Arwah Ditempatkan Bersama insan2 yang beriman.....

23 March 2009

Ceria OnLine Network

Assalammualaikum Buat Sahabat2 yang Saya Sayangi......Ni Bukan Promotion Semata-mata tapi ni adalah salah satu percubaan Saya Dan Juga Sahabat Saya Fina membuka laman Chatting iaitu www.ceriachat.net or www.ceriachatz.net atau anda boleh mengunakan server /server 72.8.134.47 ..... Sambil2 itu anda boleh mendengari Coleteh-coleteh dari beberapa orang Dj's Ceria FM....Jika kebetulan mereka On-Air With CeriaFM.....Kalau tidak,Anda Boleh Mendengar lagu2 Baru dan Juga Lagu2 lama yang kami putarkan.....dari pelbagai genre antaranya pop yeah yeah,Nasyid,Metal,Rock,Balada,irama Malaysia,Dangdut ,keronocong ,hindi etc...meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu,Cina,Tamil,Jepun,Spanish,Korea etc. So jangan ketinggalan untuk mendengar Siaran Radio Online Alternative Internet Only >>> Radio CeriaFM Lebih Ceria Daripada Biasa >> http://72.8.134.55:8080/listen.pls << Berilah sokongan kepada Saya,Fina & All Ceria Team...tQ

Happy Birthday To Me



Alhamdulillah 15 March 2009 Genap 27Tahun Umur Ku...Alahai Macam tidak percaya jer...ekekeke mana tidaknya orang umur 27 perangai kira matang,aku ??? ahaks macam budak2 sekolah lagi...ekekeke dulu Azam ku cecah umur 26Tahun nak Tunang or nak jadi isteri orang nampaknya kena tangguh lagi,almaklumlah " i'm Single" ekekee lawak tol.....


Sambutan Besday kali ni, agak kureng skit,tp still hepi coz celeb ngan family....mula2 p mamam chicken Chop uwaaaaa ngan ABC aiskrim...ahaks tp kini dah x leh makan bende2 ni almaklumlah aku kini "Under Control" with my family Semoga Impian mereka melihat aku "kecik" akan menjadi kenyataan.....


perghhh sedapnyer ...opsss pose2 ekekekee
adoilah leleh air melihat kek & Abc ni...cuma pic chicken Chop jer aku x sempat nak rakam almaklum ler.....time tu mmg lapar miahahahaaa....

Buat Pengetahuan Semua,Besday ni aku sambut ngan Anak sedara ku iaitu Siti Nur Adha berumur 9tahun...Happy Birthday Laling Auntie ...Alahai mcm ner lah Kaklong leh nak samakan tarikh kami ni nyer.....ekekekekeek Adha diamik sempena Hari Raya AidilAdha...9 tahun yang lalu ketika itu,aku berada di tahun akhir Diploma Architecture.....

Kini aku sudah hidup selama 27Tahun....Alhamdulillah.....Ya Allah....Mekasih For My Mum n My Dad coz Melahirkan,menjaga,mendidik aku menjadi insan yang berguna..Terima Kasih sekali lagi Atas Doa Mum & Dad Wat Ani......Cuma "nak Hantu"yang Mum N Dad Nak kan,Ani Lom Leh beri Lagi...So Tgk pada Jodoh ekekeke...Alahai den ni kalau bab merapu mmg no.1... K Lah nak siapkan bende lain plak...k Chow

20 March 2009

Disebalik Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2008


NILAH RUMAH SAYA -Nik Nur Madihah

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur. Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
p/s Kagum dengan kecekalan Nik Nur Madihah Menharungi kehidupan ini dengan kehidupan yang serba kekurangan tetapi disebalik kekurangan itu,ada Sinaran Yang Terselindung Yang Akan Menerangi Kehidupan Keluarga Mereka...Buat Adik2 Yang Diluar sana,Jangan Menganggap Kesenangan dalam kehidupan merupakan kejayaaan yang akan kekal lama,manakala Kesusahan yang dilalui merupakan satu punca kejatuahan...Contohilah semangat Adik Nik Nur Madihah......Semoga Nik Nur Madihah Akan terus menyinar demi mengubah dan kebahagiaan keluarga beliau....Tahniah Sekali lagi