25 August 2009

Start Merapu di 4 Ramadhan

Assalammualaikum..& Salam Sejahtera To All Members
Arini dh masuk 4 Hari kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai Umat Islam dimuka bumi ini.Alhamdulillah walaupun kelihatan tidak bermaya,tidak terdaya namun alhamdulillah aku kagum melihat 3 orang anak sedaraku yang berusia lingkungan 6 hingga 9 tahun menunaikan puasa kali ini.walaupun mereka seringkali merengek-rengek kerana kehausan...namun mummy dan daddy tidak memanjakan mereka..kerna ingin melatih mereka menunaikan ibadah puasa kali ini..Aku sendiri di usia mereka pernah merasakan berpuasa "Setengah" hari itu pun kerna daddy dan mummy ingin melatih aku ketika itu,namun bila melihat Adha,Arief dan Azrie berpuasa penuh diusia muda,rasa diri ini tercabar...walaupon mereka ini masih kecil...Istilah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya agak sesuai buat mereka bertiga.Cuma aku risaukan bila mereka akan ke sekolah pada minggu hadapan...pastinya mereka akan menghadapi dugaan yang paling bermakna dalam bulan puasa ini.Dengan keadaan Cuaca di Johor ini,adakalanya Hujan,adakalanya panas..aku sendiri kebelakangan ini asyik sakit-sakit kepala,dan dada..ku harapkan mereka tabah hadapi segalanya.Begitu juga buat diriku,ahli keluargaku ,sahabat-sahabat dan juga umat Islam diseluruh dunia.

Bagi kita di Malaysia boleh dikatakan Hidup mewah,aman,selesa....pernahkah anda terfikir jika anda berada di Palestin,Afrika @ di Negara-negara yang seangkatan dengan negara-negara yang ku sebut td...Negara yang penuh dengan kekejaman,perang sana sini,pernahkah anda terfikir bagaimana umat Islam dinegera tersebut menunaikan kewajipan mereka dibulan Ramadhan ini?pastinya dugaan,ujian bagi mereka terlalu berat berbanding kita yang berada di Malaysia ini...Negara yang aman,selesa dibawah naungan Kerajaan Malaysia....Aku sentiasa bersyukur bila Malaysia ini masih ditadbir dengan Kerajaan Barisan Nasional....Alhamdulillah Ya Allah...Ku harapkan Yang terbaik buat Generasi kita yang akan datang..Semoga Malaysia terus Maju Dibawah naungan Barisan Nasional...Terima kasih Pemimpin Kita...

Berbalik tentang aku,semalam kami di Meda Engineers diberi kelonggaran balik pada jam 4.30Petang,so tepat jam 4.30 petang aku pun seperti biasa dijemput oleh daddy,so dari Office kami terus menghantar Yan balik ke BBU, Memang mengejutkan jalan jem sana sini,disebabkan bazzar Ramadhan di Jalan Padi Ria dan di Jalan Padi Mahsuri..nampaknya terpaksa daddy tukar plan,kami terus ke Bandar mengambil Kakngah dan Adik di Office,anggaran jam 6.30Petang kami sampai di BBU tapi kali ini,alhamdulillah coz line memang clear...So selepas menghantar Anak sedara balik ke Rumah Along,kami terus mengisi gas NGV kereta,sambil itu,aku,kakngah dan adik pergi membeli Air Kotak,Roti sebagai prepare kot-kot kami lambat sampai ke rumah kami di Nusantara...sedang berbual2 didalam kereta alamakk dah jam 7.04 dh nak sampai waktu sungkai...nampaknya kami berbuka didalam kereta je...selamat puasa bagi 3 Ramadhan...

Sampai dirumah,aku lihat mummy dan azrie sedang menikmati juadah yang dimasak oleh mummy,kami pun lepas membuka tudung,simpan beg laptop dan briefcase office terus turun ke ruang makan.ekekeke alahai nikmat sungguh..Alhamdulillah..Ya Allah..Atas segala rezeki yang diberi...selepas makan itu,masing2 menyiapkan diri untuk menunaikan solat.

Selepas solat,aku pun mula landing di katil,almaklumlah sakit dikepalaku datang semula..lepas tu,aku tak tau dah aku wat apa,tiba-tiba je aku dikejutkan oleh Mummy "N bangun,makan ubat dulu,baru tidur".Selepas makan ubat,aku pun ke tandas untuk gosok gigi dan mengambil wuduk dan masuk ke bilik tidur dan terus tidur.

Subuh tadi jam 4.00 pagi,aku dikejutkan oleh adik,suruh bangun ...biasalah sahur aku kena masak untuk juadah ahli keluarga ku,so pagi tadi just buat nasi goreng,ayam goreng,sup sayur je..air nescafe untuk mum & dad, air milo untuk adik,aku biasalah pepagi minum air sejuk...sarsi dan orange ekeke tekak gada2 mummy kata..sebab aku ni,makan memilih skit,kadang-kadang apa yang mereka makan,aku tak leh makan..contohnya Ikan Asam Pedas,sanggup den makan ikan goreng / ikan masin dr makan ikan asam pedas tu...hmmm blur plak

(time ni dh 2.48 Petang,aku dok berym dengan Dj Ibumisali...Ibu Angkat yang berada di Singapore,abis citer usik mengusik keluar)

K lah nanti-nanti if ada citer aku share lagi sesi merapu aku di dalam ni..
Selamat Berpuasa..
Selamat Berbuka Puasa...

21 August 2009

Ramadhan Muncul Lagi

Assalammualaikum

Hari ini terasa seperti nak makan itu ini jer...mentang2lah esok bermulanya puasa bagi Umat Islam di Seluruh Dunia..Kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim....
  • Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

  • Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

  • Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

  • Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya

Bila Ramadhan menjelang pastinya aku teringat zaman aku kecil2 dulu...pastinya setiap kali puasa,daddy dan mummy pasti menjanjikan aku pelbagai imbuhan jika kami mendapat puasa yang penuh,1 hari puasa imbuhannya 1 gelang tangan,begitulah tahun-tahun berikutnya...ini bukan bermakna..Kami berpuasa kerna gelang semata-mata tetapi ini adalah salah satu cara dad n mum mengajar kami untuk melaksanakan perintah Allah swt.Dalam bulan puasa juga aku teringat abg angkat iaitu anak angkat mummy & daddy iaitu Abg Hamdan...dia ni memang menjaga kami dari kami kecil..kelakarnya bila time sahur,biasalah kita ni jarang bangun pepagi buta,untuk makan....sure orang kata nak sahur pon malas...sebabnya mata still ngantok,untuk menjamu selera ...so suasana bersahur biasanya akan sunyi sepi...tetapi nak dijadikan cerita....Bila Abg Hamdan ni naik ke rumah kami utk bersahur memang suasana menjadi kecoh ala2 ribut taufan melanda... skrg ni kalau bersahur sure teringat dengan beliau,skrg beliau dah berkeluarga so susahlah kami nak berpuasa bersama-sama...

Bulan Ramadhan juga selain kita menahan diri daripada makan,minum dan segala yang boleh mengurangkan pahala berpuasa dan yang boleh membatalkan puasa,tidak ketinggalan juga aku menunaikan Solat Sunat Tarawikh,tetapi aku tidak lah fullday pergi menunaikannya,kerna adakalanya aku dan family berbuka diluar..so agak kelam kabut juga...tapi nak citer gak tang solat sunat tarawikh ni...x silap aku 1st time aku menunaikan solat tarawikh ni ketika aku darjah 6...so kami bersolat di Masjid Bandar baru UDA,so tu lah kali pertama aku dan adik beradik yang lain menunaikannya full sehingga 18 raakat x silap aku..biasanya kalau rakaat terakhir tu ada lain skit style dia kan,so bagi mereka yang tidak pernah sampai rakaat akhir, sure jadi kelam kabut seperti kami ...so bila sebut sunat tarawikh sure adik,akak tergelak teringat citer 1st time kami bersolat tarawikh...adoiii

Ok lah..Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapakan Salam Ramadhan buat semua kengkawan yang membaca coloteh saya yang simple2 ni..apa2ntah kn.....semoga kita dapat lakukan Ramadhan ini dengan teratur dan mendapat pahala yang setimpal dengan amalan kita insyaAllah...Amin

19 August 2009

Doa-Doa Dalam Bulan Ramadhan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
s"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam
:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

18 August 2009

Something is Happening

Assalammualaikum....
Something is Happening tu jer aku mampu katakan bila teringat kisah semalam..alahai macam tidak percaya aku terjumpa CA dengan tidak sengaja...ekekeke....rasanya lama juga aku tidak bertemu dengannya.....ada jodoh ke ek?ahaks
Semalam seperti biasalah aku pergi ke SKBU(2) mengambil adha & arief..sebelum tu,aku singgah di kedai JNJ nak fotostat dokumen untuk Alumni SMKBBU..Bila selesai aku pon beredar ke SKBU(2) hehe...mmg arini xde rezeki aku melihat CA ..so bila budak2 balik sekolah aku terus bawa mereka makan di Medan Selera Mahsuri....biasalah port kat kedai Sate Pakcik Zainal....so bila siap order aku pon berbual ngan anak sedara ku..tya tentang study mereka dan macam-macam lagi isu yang sesuai ngan mereka...
Tiba-tiba aku terlihat seseorang..Seperti yang ku Kenali... CA??????? alamak berdegup degup jantungku...alahai..dia turun dari motor..kemudian duduk berdepan dengan meja ku....Alamakkkkk..seram sejuk tanganku...muka tiba2 berpeluh...ahaks...sahh dia didepan ku....
malu pon ada tapi ku control je...alahai awatlah dia ni sweet sangat,geram aku auMmmm...
Yang kelakarnya Daddy pon leh mai plak time tu..sah aku terperangkap dengan dad....kwang2....
Aku Tidak Pernah Rasa Seperti Ini....
Bagaikan Luruh Jantungku...
Bagaikan Terhenti Nafasku...
Bila Ku Lihat Mu...
Dari Jauh ku Lihat ...
Kau Seolah-Olah Memandangku...
Namun Ku Tahu...
Aku Hanya Insan...
Yang Tidak Sesempurna Dirimu....
Aku Hanya Insan Biasa...
Yang Bernafas Selagi Mampu...
Walau Nafas Ku Seakan-Akan Terhenti
Bila Melihat Diri Mu Di Hadapan Ku...
Ya Allah Jika Dia Buat Ku...
Aku Bersyukur Atas Kuriaanmu...
Namun Dia Bukan Milikku...
Aku Redha Atas Mu...
Ketentuan Mu...


Ogos'09

17 August 2009

Perginya Seorang Teman

Assalammualaikum
Kira-kira jam 11.07 Malam pada 14/08/2009 aku menerima SMS dari seorang Rakan ku di Sabah ..Pelik kenapa Roslan SMS memalam buta ni,aku memang tidur awal coz aku kepenatan skit...sekali aku terbaca SMS tersebut....
SMS berbunyi "Berita sedih:Kita telah kehilangan Sahabat Lama Allahyahramah Almida yang telah pergi meninggalkan kita Al-Fatihah"
  • Ya Allah terkedu aku...Baru bulan lepas aku dan arwah bersms kata nak berjumpa...bila aku balik ke Sabah ujung tahun ni....
  • Arwah merupakan salah seorang sahabat aku ketika aku belajar di SK.Likas Kota Kinabalu Sabah Tahun1989 - 1993
  • Setelah lama meninggalkan Sabah 2 tahun lepas kami bertemu di Center Point atas usaha rakan-rakan kelas lama spt roslan,mail dan kami wat gathering kecik di sana.
  • Yang aku dpt info,Roslan mengatakan arwah meninggal disebabkan Accident Di Indonesia ketika bercuti...
  • Hanya Allah Yang Mengetahui segalaNYA....
  • Al-Fatihah Buat Sahabatku.....Semoga Di Tempatkan bersama insan yang soleh & Solehah Aminnnn.....

Birthday Haziq

  • Tarikh : 24/7/09
  • Lokasi : Salt N Pepper Cafe Restaurant,The Zon Hotel,JB
  • Kehadiran :
    ~ Raja Sulaiman Bin Raja Hj Ishak
    ~ Rosni Binti Hj. Naitulah
    ~ Raja Nor Hafiza Binti Raja Sulaiman
    ~ Mohd. Shah Rizal Bin Johar
    ~ Raja Nor Haliza Binti Raja Sulaiman
    ~ Raja Nor Haniza Binti Raja Sulaiman
    ~ Raja Nor Hanina Binti Raja Sulaiman
    ~ Siti NurAdha Binti Mohd Shah Rizal
    ~ Muhammad Hasby Arieff Bin Mohd Shah Rizal
    ~ Muhammad Hakimy Azrie Bin Mohd Shah Rizal
    ~ Muhammad Haziq Adly Bin Mohd Shah Rizal

    Majlis bermula jam 9Malam coz semua keje hari tu...so lambat skit lah..aktiviti pon makan-makan je coz tak sempat nak prepared apa2...so yg aku dpt snap pic pon skit jer...

sempat amik pic ni jer tu pon selepas kenyang melantak...


ehemmmmmm my Mum & My Dad" loving Couple "

Heheh Aku jer x dpt gambo ngan depa ..asyik2 ngan adha jer

Sapa Comey diantara kami????

Happy Birthday Haziq Ke 2 Tahun


Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki


Semoga Menjadi Anak Yang Soleh


Amin

14 August 2009

Perginya Seorang Idola



Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...
ke sana
Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara

Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pastinya anda kenal dengan lirik lagu pergi tak kembali....suara Ustaz Asri yang merdu menyanyikan lagu tersebut membuat diriku ini...merasa kehilangan beliau...semalam dianggarkan jam 11.30 pagi,aku mendapat forwad YM dari seorang Rakan Nasyid,memberitahu bahawa Penyanyi Kesayangaan ku kembali ke rahmatullah kerana sakit jantung...terkejut aku...bagaikan tidak percaya kerna ku lihat fizikalnya yang sihat...tp....mungkin itu yang telah dijanjikan oleh Allah buat diri Arwah...Arwah Meninggal disebabkan serangan Jantung ketika membuat Rakaman bagi Program Syahadah Musim Kelima di Angkasapuri dikatakan pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Pantai,Kuala Lumpur.Arwah Mengembus nafas terakhir pada jam 11 Pagi....Inalillah...Al-Fatihah Semoga Arwah Ditempatkan bersama golongan yang beriman...
Pemergian Arwah umpama kehilangan sebutir permata di Industri Muzik Terutamanya dalam Arena Nasyid Malaysia....

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham ....Semoga tabah menghadapi dugaan ini....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." Petikan kata2 Beliau Di http://asrirabbani.blogspot.com/ salah satu yang memberi kesedaran kepadaku...
Untuk pengetahuan Anda,aku salah seorang peminat arwah sejak dibangku sekolah ketika itu beliau masih bersama Kumpulan Nada Murni sehingga beliau menubuhkan Kumpulan rabbani.Banyak juga lagu-lagu mereka yang aku minati antaranya Pergi Tak Kembali,Cari Pasangan,Assalammualaikum dll.Kebanyakkan Lagu beliau membuat diri ini insaf...memberi Kesedaran kepada Aku.
Di Ketika Kenaikkan Industri Nasyid Di Malaysia Pada Awal Tahun 1996, Rabbani Dan Raihan merupakan kumpulan yang terawal memberi Impak kepada Anak-anak muda ketika itu,dan tidak disangka impak itu masih dirasai oleh Masyarakat Malaysia sehingga Kini....Sehingga pernah suatu ketika dulu,Masyarakat kita pernah menggunakan Fesyen ala-ala Nasyid seperti Baju Raihan,Kopiah Rabbani,Tudung Wahedah dan sebagainya...

Pemergian Arwah umpama kehilangan sebutir permata di Industri Muzik Terutamanya dalam Arena Nasyid Malaysia....

05 August 2009

Diakah Dihati

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Hari ni Aku agak hepi tapi bercampor something2 dalam hati ku...x tau lah sejak berjumpa Akak Sepupu dari Sabah Semlm...Aku terfikir untuk menerima seseorang dalam hati ku....adakah tindakan aku ini betul??sering aku bertanya patutkah aku membuka hati ku kepada insan lain..atau hanya terus menunggu insan yang tidak mungkin menjadi milikku?
Jika apa yang dikatakan oleh akak sedara ku itu, benda yang elok, tidak salah aku mencuba...tapi rasanya macam kelakar pula bila "berkawan" dengan insan yang pernah menjadi rakan sekelas ku di tadika di Tadika Ria Yayasan Sabah...
Sebenarnya cadangan ni dah lama dah x silap 3 tahun lepas,ketika itu aku berbual dengan akak sedara ku Sophia,ntah bagaimana,kak sopi boleh kata nak kenalkan aku dengan seorg guys officemate dia,dia kata muka,cara budak tu sama dengan aku..beberapa bulan selepas itu,aku ada balik ke sabah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Abg sepupu ku Sofian...
Nak di jadikan cerita...aku dan akak sepupu pergi sebuah supermarket untuk membeli perkakas untuk gerai beliau.....so kak sopi mula megusik aku tentang Officemate dia,usik punya usik...aku teringat seorang sahabat sekelas ku di Tadika dulu..yang dikatakan sama penampilannya dengan ku...Ya MN...so aku tya kat sepupu ku
"Kak...Nama orang tu MN ker?dok di Likas?"
Ku lihat wajah kak sopi yang terkjut itu...aku tya "kenapa kak?"
"Mana ani tau?" soal akak ku itu...
hahahaa aku gelak bagaikan apa ja dalam kereta...
so aku beritahu kepada akak sepupu ku..yang MN ni maybe 1 kelas dengan ku...so kak sopi pon call MN dan bertanya kebenaran semua ini...."Memang Sah dialah orangnya"insan yang sama wajah dengan ku...
Bermula saat itulah,aku dan MN berkenalan semula di YM..tp hanya sebagai Sahabat..
Tetapi tidak tahu kenapa kak sopi mengatakan jodohku ialah MN.....
kadang2 aku sendiri.....Adakah MN Yang Diciptakan Untuk Ku?

Bersambung.....

01 August 2009

Pameran Sains SKBU2


25 Julai Lepas aku ada mengikuti Anak sedara ku ke Pameran Sains Di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2,sekolah lama ku...Perghhhh berdebar je rasa hati...ekekekee
Aku sampai lewat sedikit coz sebelum itu,aku teman mummy ke Pakar Puteri buat UltraSound...mum suspect Buah Pinggang...Hope Semuanya Ok..
Dalam perjalanan ke BBU,Kereta Xcident plak..alahai....ngeri jer aku dibuatnya...sampai di SKBU2,Aku ternampak dia Bertugas di bahagiaan DJ..alamakk my sweet.....ahaks...rasanya kalau dia tau aku minat kat dia mcm ne ek...ekekeke ni gara-gara aku selalu mengambil anak sedara ku di SKBU2...Alahai...orangnya tidaklah Handsome,tidak macho pon,cuma aku suka senyuman dan suka tengok mata dia...Ya Rabbi aku ni apa hal plak..kan tadi nak cerita tentang Pameran Sains...ekekeke parah dah ni...isk2...xper nanti aku masukan beberapa keping gambar tentang Pameran tersebut...
Ada baiknya Pameran Seperti itu diadakan,coz banyak info yang aku dapat dari pameran tersebut.lagi-lagi tentang pameran mini zoo...kerjasama antara SKBU2 dengan Zoo Johor...Banyak juga haiwan yang tidak pernah ke temui sebelum ini..antaranya Kucing Batu,Kura-kura Buaya,landak dan beberapa haiwan yang dipamerkan...Selain itu,pameran sebegini juga merapatkan silaturrahim antara guru,ibubapa dan pelajar...memang hepi sangat aritu..
Semoga SKBU2 Akan terus Berjaya .....


Sebahagian Aktiviti iaitu Pasaria

Berani tol adik ni pegang Ulor...aku dan anak sedara aku dok elak2 jer

Burung apa ek lupa dh nama dia ....burung apa tu adha n akim?auntie dh lupa ler

Ni burung Kakak Tua yang sombong,penat aku ckp dia wat bodo jer ekekee maybe dia ni x tau bahasa melayu kotNi adha(Tudung Pink) dok try jawab Kuiz bergerak mengenai Sains


Akim lepak kat bawah khemah dah penat dh ni

ekekek comel kan arief ni geram aku ...ni kami lepak bawah khemah coz tunggu masa nak masuk zoo mini

walawey dak adha ni tgk burung hantu pon siap possing lagi...isk3..fikir iklan tudung ker?


Arief lepak kepenatan

Demam + Cinta

Sepanjang Bulan Julai ni riuh orang mengatakan tentang H1N1... sampai aku pon naik takut gak...kena plak dh ada kes kematian yang melibatkan H1N1 di Malaysia...
Pada 18 Julai Aku mengalami Demam,selesma,Pening kepala,sesak nafas...sehingga 23hb...agak lama juga aku mengalami demam dan selama itu juga aku terpaksa mencutikan diri...
Banyak pengalaman ngeri ketika aku demam tu,pasti ada di antara pembaca yang tidak percaya dengan apa yang ku nyatakan ini..selama beberapa hari ketika aku demam,aku jadi fobia untuk tidur..sebabnya ..setiap kali aku menutup mata untuk tidur,aku pasti bermimpi bertemu sedara mara dan sahabat yang telah tiada...Memang Allah menguji aku dengan ini semua..Aku Redha..
Kalau dulu-dulu orang kata,jika bermimpi Arwah-arwah ni elok doakan mereka,ada juga mengatakan jika kita ikut pelawaan mereka yang tiada,kita pon ready to die...MassyaAllah aku ni..ni Kerja Allah...Dia yang tentukan sgalanya Aku Redha Dengan ketentuannya...Sehingga kini,aku masih mengingati mimpi-mimpi bertemu arwah2...Al-Fatihah Buat Mereka...

Tentang percintaan aku..Aku rasakan sesuatu yang berlaku antara aku dan dia....Aku rasakan dia memang tidak memerlukan aku...Bagiku...Dah masanya aku buang dia dari hati ku....
Aku akan buka buku baru...Harapan ku Semoga aku tidak bertemu insan seperti dia dan Z..Insan yang ku anggap menyakitkan hati...aku tidak tahu berapa ramai lagi mangsa mereka....thank for Rai,kienaz,ira,shai,faris coz sedarkan aku...Semoga hati ku cekal hadapi dugaan yang mendatang
Ku Harapkan Sebuah Cinta Yang Kekal Ke Akhir Hayat Ku Datang.....adakah insan yang berada di hatiku kini?Ku Harapkan begitu...Berdetik dihati bila bertemu dengan nya di sekolah ....

Trip to Kota Kinabalu Sabah 3 ~ 7 Julai 2009


Assalammualaikum...
Rasanya dh sebulan aku x mencoretkan tentang diriku ...ok kita start dari awal bulan k...ahaks

3 Julai ~ 7 Julai 2009
3 Julai~
Aku dan family telah pergi ke Sabah dengan menaiki AirAsia AnyOne Can Fly..ekeke kami bertolak dari rumah KakLong Di BBU dalam jam 6Pagi....Dan sampai dan check apa-apa yang patut dan menaiki Kapal di anggarkan jam 7 Pagi....Aku biasalah sure rebut tempat duduk...ekekek aku berjaya duduk di ujung leh tengok pemandangan....Inilah Kuasa Allah Yang Dapat Ku Lihat...Subahannallah...Keindahan yang tidak ternilai..Semasa diflight sempat gak skodeng-skodeng mana yang patut ahaks....mamat belakang kerusi aku cute..kwang2 Sampai kat Airport KK,Kami disambut oleh My Uncle Yang encem Mr Yunus...Perghhh Uncle aku ni,kalau korang tengok sure teringat dengan John Travoltra...mmg Cute,Macho ,Encem (Uncle Raya Nanti jgn lupa Bagi Duit Raya lebih skit,penat ani promote ur name ni)ahahaha
Kemudian tu,Aku & KakNgah di ambil oleh My Cousin Miss Sophia..Ni akak sedara aku yang sama gile2 ngan aku...kira leh campor lah....Tq Sis...
Dari Airport kami terus ke Restoran Sempelang Di Sembulan..aku makan nasi putih,ayam goreng mayonise,ikan masam manis ngan air Kit chai air ni kat sabah jer ada...selepas makan-makan terus ke Le Meridian Hotel ,Sebuah Hotel yang menghadap Laut...Nampak lah Pulau Gaya tu tu...ekekee..Atas tajaan Uncle Joe...sebuah Bilik yang besar,selama kami disana...dan juga sebuah kereta Perdana V6...sakan tol...
Setelah check in kami pun plan perjalanan,mula2 hantar kak Sophia Di SLDB kemudian kami terus ke Likas jumpa makcik-makcik,Pakcik-pakcik dan sanak sedara....semuanya ok,cuma macam kali ni,aku rasa kekurangan seseorang iaitu Uncle Ahmad,buat pengetahuan korang Uncle Meninggal pada bulan Mac 2009,Uncle Ahmad seorang pakcik Yang baik,bertanggungjawab dan ramai yang hormati beliau termasuklah guru-guru yang pernah mengajar aku di SK Likas dulu,mereka senang bergaul dengan Uncle...biasanya kalau aku balik ke Sabah pastinya aku akan teringat lawak,usikan Uncle Ahmad,tidak lupa juga biasanya aku dan daddy membelikan Uncle Baju,tapi kali ni,aku tidak berbuat demikian....Al-Fatihah Buat Arwah Uncle....Ani sentiasa Ingat Uncle....
setelah berjam-jam di Likas kami balik ke Hotel...Biasanya rest Time....lepak ..tp lapar plak...so aku ngan KakNgah p ke bazar yang berdekatan hotel...apa lagi Sayap Ayam panggang lah menu
kami malam tu,

4 Julai~
~Pagi tu,kami kuar dari hotel dalam jam 8 Pg,kami ke Sinsuran,cari kedai makan untuk sarapan pagi,kemudian hantar baju ke lobby
~Kemudian ke Pasar membeli bahan-bahan untuk kenduri Arwah Uncle.Setelah tu,kami balik ke Likas...Ready to cooking lah...Hari tu aku ditugaskan masakkkkkkk...sian tol depa kena makan masakan aku....tp dgr2 depa kata laku...Alhamdulillah...kenduri dlm jam 4 petang...setelah tu,kami balik ke Hotel..rehat....Malam tu Auntie Boy & Family Melawat kami..

5 Julai ~
Program ke Rumah Kak Ana di Mengatal..Sebelum tu kami ke Tamu Besar DiTuaran Sabah....Sempat lah test power naik Jambatan Gantung ...memang x berubah dari Aku Kecil hingga besar ni,Jambatan tu still ada..setelah membeli belah,kami terus ke rumah kak ana,tetapi dalam perjalanan kami singgah ke Rumah Jiran lama kami di likas aku panggil dia Mini Sui,sebab x ingat apa nama dia...ekekeke dia berpindah ke Tuaran..Setelah tu kami ke Rumah Kak Ana,,,Time for Makan,Kak Ana & Suami wat ambuyat,ikan bakar,ketam rebus..alahai nasib le aku x bape sihat kalau x memang dh abis aku kerja kan...setelah tu kami balik ke Hotel..

6 Julai~
Seperti biasa Bfast di Sempelang,Hantar Baju Ke lobby..Lepas tu kami ke Kuburan Sanak Sedara di Likas,Kemudian melawat Beberapa saudara seperti Aunite Masni yang menjaga kami dari kecil,Kak wati bekas pekerja mummy dulu,lepas tu kami melawat nenek Gugu.setelah itu kami ke 1 Borneo lepak di Old Town Coffea....setelah tu kami otw ke Tg.Aru..tempat mum & dad dating dulu2..ekekeke tersengih je mum dan dad bercerita tentang depa dating2 ni....ekekeke lawak...pastu kami otw ke Hotel..Malam plak kami dibawa oleh Auntie Mastura,Auntie Boy ke Restoran Seri Melaka...Makan Besar lah kami bersama 3 Keluarga.


Ni dia my Kazen MatShah makan jgn x makan,sian shah dok kena paksa makan jer
ni dia tiga "Dara Pinggitan" My Mum ,Auntie Mastura & Auntie Masiah...
3 Jejaka Macho yang mencuri hati Tiga Dara Pinggitan eekeke My Dad,Uncle Rafiq & Uncle Hanan
Ni team Anak2....Anak Sedara + My Kazen
Makan Jangan X makan

7 Julai ~
Kami check Out Awal ...pastu Bfast....Lepas tu ke Pasar Kraftangan untuk membeli beberapa barang untuk dibawa balik ke Johor.Selepas itu,kami ke Likas sehingga petang.Kemudian Kami ke Airport untu balik ke JB..Time kat Airport aku tersempak dengan ex-clasmate aku kat SKBU2 si taufik sedang menghantar wifenyer balik ke JB...Taufik bertugas di Kem Lok Kawi...
Sampai JB dalam jam 11Lebih..kemudian Hantar Adik ke St.Larkin ..coz adik ada kursus di KL selama seminggu.....Sampai dirumah Along Jam 2 Pagi..Sure esok aku x keje hahaha