14 August 2009

Perginya Seorang Idola



Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...
ke sana
Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara

Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pastinya anda kenal dengan lirik lagu pergi tak kembali....suara Ustaz Asri yang merdu menyanyikan lagu tersebut membuat diriku ini...merasa kehilangan beliau...semalam dianggarkan jam 11.30 pagi,aku mendapat forwad YM dari seorang Rakan Nasyid,memberitahu bahawa Penyanyi Kesayangaan ku kembali ke rahmatullah kerana sakit jantung...terkejut aku...bagaikan tidak percaya kerna ku lihat fizikalnya yang sihat...tp....mungkin itu yang telah dijanjikan oleh Allah buat diri Arwah...Arwah Meninggal disebabkan serangan Jantung ketika membuat Rakaman bagi Program Syahadah Musim Kelima di Angkasapuri dikatakan pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Pantai,Kuala Lumpur.Arwah Mengembus nafas terakhir pada jam 11 Pagi....Inalillah...Al-Fatihah Semoga Arwah Ditempatkan bersama golongan yang beriman...
Pemergian Arwah umpama kehilangan sebutir permata di Industri Muzik Terutamanya dalam Arena Nasyid Malaysia....

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham ....Semoga tabah menghadapi dugaan ini....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." Petikan kata2 Beliau Di http://asrirabbani.blogspot.com/ salah satu yang memberi kesedaran kepadaku...
Untuk pengetahuan Anda,aku salah seorang peminat arwah sejak dibangku sekolah ketika itu beliau masih bersama Kumpulan Nada Murni sehingga beliau menubuhkan Kumpulan rabbani.Banyak juga lagu-lagu mereka yang aku minati antaranya Pergi Tak Kembali,Cari Pasangan,Assalammualaikum dll.Kebanyakkan Lagu beliau membuat diri ini insaf...memberi Kesedaran kepada Aku.
Di Ketika Kenaikkan Industri Nasyid Di Malaysia Pada Awal Tahun 1996, Rabbani Dan Raihan merupakan kumpulan yang terawal memberi Impak kepada Anak-anak muda ketika itu,dan tidak disangka impak itu masih dirasai oleh Masyarakat Malaysia sehingga Kini....Sehingga pernah suatu ketika dulu,Masyarakat kita pernah menggunakan Fesyen ala-ala Nasyid seperti Baju Raihan,Kopiah Rabbani,Tudung Wahedah dan sebagainya...

Pemergian Arwah umpama kehilangan sebutir permata di Industri Muzik Terutamanya dalam Arena Nasyid Malaysia....