19 June 2009

Tag By iRa

Assalammualaikum..
Sebenarnya aku x tau pe tag2 ni..tp aku jawab gak atas permintaan Adik ku si iRa CoMoT hahaha

1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
ntah ek,byk sgt aku beli tp yg td..aku beli burger Ayam Special 5 biji,teh ais,teh tarik & Roti Canai sekeping Harga Semua RM15.50 Kat Restoran Awana Taman Nusa Perintis...

2. Apakah paling penting dlm hidup kamu
Mum,Dad,Adik Beradik,Saudara Mara,Kawan2 Dan Hati Aku Sendiri

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tempat Perkahwinan Kat Bilik hahhhh....Tapi Kalau Majlis Pernikahan Kat Rumah Depan Mum & Dad...Tempat Sanding Kat Rumah Pon Ok...Janji Kawan2 Leh Datang...Lagi Pon Ada Yang Kata Wat Walimatul Urus ni baik Kat rumah...Berkat Beb...Ahaks

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Hubungan??Hubungan Apa ek?
Kalau Ngan Family Sure lah dari Aku lahir hingga Kini..
Kalau Ngan Kawan2 Selagi Aku mampu menerima Mereka sebagai kawan,Tapi biasanya aku sukar nak putus persahabatan coz aku sayang sebuah ikatan persahabatan....Sahabat ni..Seolah2 Darah Daging gak..
Kalau Hubungan CInta ek....Sebenarnya aku X tau selama ni aku bercinta or x...almaklum rr cinta internet tapi paling lama 1 tahun 3 bulan.....

5. Adakah anda sedang dilamun cinta?
Apa Ada Pada Cinta?Macamana ek dilamun cinta tu?Tapi Aku teradmire Ngan Seorang Cikgu Kat SKBU2 ahaks...So cute tp xde maknanyer..Aku Nak Macam Watak Iskandar Dalam ManjaLara...ahaks Suke Suke Suke....


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Kat Mana ek....Restoran ek....Kat Nusantara jer kot....Tempat Mamat jual Tomyam tu

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Buku Membina Laman Web ngan Buku Pemprograman Web..

8. Apakah nama penuh kamu?
Raja Nor Haniza Binti Raja Sulaiman

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak?
Ngan Dua2 Ler...Mana Leh Main Pilih Salah Satu apa rrrr

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya?
Mummy Dan Daddy ler

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.buat masa skrg?
1)Dak Comot Si Ira
2)Sumayyah (Sahabat Lama)
3)Fina
4)Meera (Hari2 Ajak den Dating)
5)Rai (Awek ni mmg Best hahah ..apa yg best??? shyyyy Rai kang kantoi..
6)Nana (adik Dari YM)
7)Azfarul..yg suka kaco den kat YM
8)X tau dh

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
Zaman Dah Moden....sure rr mechine jer

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
Kat tepi pantai yang aku leh dokdiam2 yg leh ilang semua kekusutan dikepala ni....

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu?
~Cute
~Nampak Brutal Tapi Tisu
~Adik Yang Baik
~Kaki Buli akuuuuu ni yg paling aku x suka hahahhahahaha
~Leh join sekepala ngan aku

15. 8 perkara yang amat saya gilai?
~Laptop
~Camera
~Tidur
~Berblog r......
~DUIT duit2 dimana kau duit
~Citer ManjaLara...Sebab Aku tgk dia beri dorongan kat aku ....Sama Comey ahaks
~HP ..Tanpa HP sure aku susah nak contact2 ni......Very Important
~Chatting r

16. Pelukan atau ciuman?
Dua2 aku suka ahahahha tp kan bukan utk org dewasa ...Kiss dr Mum n dad..tapi kat dahi jer...
Pelukan & Ciuman Dari anak sedara yg 4 org tu (Adha,Arief,Akim & Aziq) kiss pp jer rr

17. 8 perkataan yang sering diucapkan?
~Erk
~Ahaks
~Ye Kot
~Sure Boleh
~Nak penumbuk ker?
~Ala Sayang Auntie Ann
~Sayang Aziq
~Sakit Pale Den

18. 8 buah buku yang paling baru di baca?
~Buku 5 erkkk Buku ke tu?wakakkakaa
~Buku Sekolah BM anak sedara ....Dia minta ajar
~Buku Catatan ~ dlm ni penuh informasi
~Buku Kaler Coklat (Dlm ni penuh ngan maklumat Projek)
~Buku Dokumen Tender (Br Td Enginner Suh Tgk Tebal seyyy)
~Buku Masakan ~~ Biasa rr org Pompuan
~Buku
~Buku

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali?
~Untuk Mu Sayang ~ Amuk
~Ku Merindu ~ Ella & Shah
~Mere MehBob Mere Sanam
~Hanizah ~ Jamiul Hayat
~Juwita ~ 2By2
~Kejora ~Search
~Paint My Love ~MLTR
~U took My Heart Away ~ MLTR
~~~~~ Ni semua Ada Kenangan Suka & Duka

20. Mari men'TAG' 8 orang lain...sape yg ske kna tag ek
~Fina
~Epul
~Kak Shuwen
~Kak Minimoys
~Dj Ricky
~Cherry
~Chedet (Kalau Tun Baca lah)
~Dr.Zambry (Kalau YB Baca)


K Dah JAwaB SemUa Tu Ahaks


18 June 2009

Award From iRa

Wahhh Terima Kasih Diucapkan Wat iRa kerna memberi award ini.....Tidak lupa juga buat insan2 yg tersayang wakakaka ala2 (Anugerah Bintang Fofular plak) ahaks

08 June 2009

Gula-gula kapas



Masihkah anda ingat gula-gula kapas yang pernah kita nikmati ketika zaman kanak-kanak dahulu?dulu kalau x silap harga dalam rm0.20 hingga ke rm1.00...tol x?

Baru-baru ini, aku dan family ada lepak di Tesco Plentong,just makan-makan.so otw nak ke kereta, anak sedaraku Arif & Hakimy mengajak aku membeli junkfood...so sambil menanti mereka memilih kegemaran mereka,aku pon cuci mata melihat makanan yg ada,aku terpandang beberapa bekas lutsinar,didalamnya berbagai warna ada biru,pink,purple,ijo dan kuning,aku teliti memerhati,laaaaaa rupanya gula-gula kapas...hai zaman dah berubah....cara perniagaan pon semakin maju.......kalau dulu hanya dibungkus mengunakan plastik biasa,tetapi kini diisi didala, bekas plastik yang tahan lasak.....harga pon naik gak....x silap aku RM2.50 sebekas ......

I nilah dia dikatakan zaman berubah,walaupun bende x pernah berubah...tetapi....harga make up terlalu tinggi..nasiblah anak sedara x minta lebih2.....depa share jer....eekekekeee sekarang ni pelbagai cara dibuat untuk mendapatkan duit tol x?....hehehe aku fikir nak try niaga......harga keropok 20sen dalm plastik aku nak masukan dalam bekas plastik..n letak harga rm2.00 rasa2 laku x? ahaks.....

Ambuyat

Ni Dia salah satu makanan tradisional bumiputera Sabah dari beberapa suku kaum diNegeri Sabah.Memandangkan Mummy mempunyai darah Bajau,secara tidak langsung,aku pon ada darah Bajau.....so arini aku nak perkenalkan salah satu makanan kegemaran aku beli balik ke Kota Kinabalu iaitu Ambuyat a.k.a gam...kalau tengok memang macam gam 100% tapi kalau nak tau rasanya sila ler cuba...biasanya sagu dijual dalam bentuk plastik berharga rm1.oo,mana kala kuahnyer buat sendiri lah ala2 sup ikan mcm tu.
Proses membuat Ambuyat ni,ialah dengan mengunakan air panas,tetapi kena belajar dulu lah,coz aku pon x abis menuntut lagi..tetapi kalau nak belajar leh lah berjumpa my mum,insyaAllah dia leh ajar........disini saya sediakan beberapa keping gambar mengenai ambuyat...so leh lah tengok...k


Ni dia hasil daripada sagu Sabah....Kini menjadi ala2 gam yang boleh dimakan....


Kuah sup ikan yang telah dibuang tulang.kemudian isi ikan itu dihancur-hancurkan bersama mangga atau lada/cili untuk menambah pedas


Ni Ambuyat yang telah siap dicampurkan kuah ikan......


Sedia untuk dimakan ...nyum nyuM...Lazat...Selera Anak Bajau.....
p/s x kan ilang Bajau Didunia :)

Bandar Nusajaya

Assalammualaikum & Salam Sayang Buat Semua

Disini aku ingin berkongsi sedikit beberapa keping gambar mengenai Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor Darul Takzim iaitu Di Bandar NusaJaya...... Walaupun masih dalam pembinaan namun ada beberapa kawasan sudah beroperasi...Aku dapat lah mengambil beberapa keping gambar kerana,nak amik banyak2 tidak berkesempatan hehe...almaklumlah time tu aku agak bz nak cepat balik ke rumah,tetapi InsyaAllah nanti aku try amik lagi beberapa pic coz rumah aku ngan Nusajaya ni leh dikatakan dekat juga dlm 20min gitu....

Ni Papan tanda untuk menujukkan beberapa bangunan ...contohnyer Dewan Negeri Johor







Ni Dia Satu Bangunan yang diadaptasikan oleh Bangunan Asal Pentadbiran Banguna Sultan Ibrahim atau dikenali sebagai "Bukit Timbalan"

Salah Satu sudut menujukkan persekitaran Pintu masuk ke Bangunan Awam Di Nusajaya

tQ for Adha & Azrie

Untuk pengetahuan anda,Bangunan Pentadbiran Nusajaya ini merupakan salah satu kebanggan Rakyat Negeri Johor.Dipersekitaran Nusajaya ini terdapat beberapa perumahan iaitu Taman Nusantara dimana terdapat beberapa Fasa pembinaan yg sedang mantap dibina,selain itu kauters kerajaan juga terdapat di Nusantara ini,selain Taman Nusantara terdapat juga beberapa kawasan perumahan seperti Taman Nusa Perintis,Taman Eko Setia Tropika dll,taman reakreasi (Puteri Lagun x silap ler ek) x silap di Puteri ini terdapat kawasan rekreasi untuk santai bersama keluarga ....Terdapat juga sebuah Golf Club & resort diarea ni,cuma x sempat nak amik namanya...Dan ada juga dikatakan pada tahun 2010 akan dibina Disneyland's Malaysia.Pusat2 perniagaan yang akan meningkatkan ekomomi Negara.

Apa-apa pon semoga Negeri Johor Darul Takzim Terus Membangun Dibawah Naungan Sultan Johor, Kerajaan Negeri serta Kerajaan Barisan Nasional....

02 June 2009

Wish

~ Happy Mother Day to My Love Mum : Rosni Haji Naitullah ~
Mummy Terima Kasih Melahirkan Ani....Menjaga Ani,Ani Sayang Mummy Walaupun Ani Jarang Menungkapkan Kata-kata sayang Dekat Mummy...Tapi Mummy selalu Dihati Ani...Sampai Bila2...Mummy,Ani Mohon maaf kalau Ada terkasar bahasa,silap tanpa ani sedari...
i'm Your Srikandi RosMan.... I love U Mum....
~ Happy Father's Day to My Love Daddy : Raja Sulaiman Raja Hj Ishak ~
Daddy Terima Kasih Menjaga Ani..Dari KeciL hingga dewasa ini...Ani tidak tahu bagaimana nak balas jasa daddy....Daddy Selalu dihati ani,ke mana sahaja Ani pergi.....tanpa Daddy dan Mummy Ani Rasa tidak lengkap dunia ani......
I Love U ...i'm Your SriKandi RosMaN

~ Happy Birthday Day to :MyFren,My Sis,My Bro~
Happy Bithday To All .....Semoga Panjang Umur Dan dimurahkan Rezeki espically to My Sis Raja NorHafiza (13 April) Abg Yusri (Mei) Raja NorHaliza (Coming soon 6 June) Kak Imah (1 June) Kak Ummi (10 June) My Little Bro Azrin & Dj Faz (Mei) dan mereka2 lah ek,dh x ingat dh....

~ Happy Teacher's Day's~
Selamat Hari Guru To All Teachers....Jaga Mu Tetap ku kenang....Especially to All Teacher Tadika Ria Yayasan Sabah,Sekolah Agama Likas,Sekolah Kebangsaan Likas,Sekolah Kebangsaan Bandar UDA (2), Sekolah Agama Kompleks UDA,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Institut Bina Usahawan Johor,Team Lecturer AutoCAD Cosmpoint JB,dan orang perseorangan yang pernah mengajar saya....
~ Happy Friendship Day's ~
Sebenarnya Aku x tau bila Frenday ni...Tapi Aku wish ajer rr....Sempena korang Sudi jadi sahabat aku.....Selamat Hari Persahabatan Buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini..semoga ikatan persahabatan ini kekal ingga ke akhir hayat..Especially to Fina, Sumayyah,Sifu,Fadilah,Rai... Korang Sahabat terbaik buat ku....korang bukan sahaja sahabat...tapi keluarga ku......semoga ikatan ini selamanya dihati kita...Amin
::: To My Self :::
Semoga Teruskan usaha...Yakin Boleh...Aku Boleh...Aku Yakin...Aku Pasti Perolehi Kejayaan....Kuatkan Semangat Diri ini Wahai Raja Nor Haniza Binti Raja Sulaiman... Kegagalan Masa lalu Tidak Akan terus Berulang Jadikan Ia Sempadan.....Jangan Mengaku Kalah...Jangan Terus Mengalah ..Usaha lebih...Usah Dengar omong2 kosong yang menjadi kritikan yang tidak berasas...Aku Tahu Kebolehan Aku.....Untuk Siapa?Untuk Aku Jua.....Untuk Mum,Dad,Family,My fren....
I'm SriKandi RosMan

01 June 2009

kiOk kiOk kiOk

Assalammualaikum
rasanya lama aku x menulis kat sini kan...rasanya dh 2 bulan ada kot.Arini rasanya xde info yang berguna aku nak masukkan just nak beberapa citer maybe menarik or x menarik aku x tau lah kan...
Sejak kebelakangan ni aku agak kiOk kiOk kiOk gak maybe hati aku x berapa tenang x tau lah ek sejak aku ditinggalkan ngan insan yang aku sayang selepas hari kelahiranku yg ke 27 pada bulan Mac aritu,aku memang agak tertekan sangat,bukan kerna aku putus cinta,tetapi aku serba salah dalam hal ni,sebab dia pergi tanpa pesan,aku plak maybe dh letih nak contact2 dia,so aku biarkan dia...tapi aku rasa itu yang terbaik buat aku dan dia...banyak sangat dugaan selama 1 tahun 3 bulan bersamanya..tapi aku tidak pernah menyesal...sebab aku tau dia masih sayangkan aku...tapi betul ke dia sayangkan aku??kalau betul dia sayang aku,pastinya dia tidak buat diri aku seperti ini..Benar kata-kata sabahat aku..."Iza dan Dia xde peluang untuk bersama,aku nampak jalan korang kosong jer,xkan sampai ke mana2 " kini aku tahu dan faham apa yg dimaksudkan oleh sahabat aku itu.
Sejak aku ditinggalkan,kesihatan,pekerjaan,diri sendiri aku tidak terurus sebab terlalu kecewa...Tapi aku rasa tidak berbaloi,sepatutnya,aku harus bersyukur atas hikmah yang Allah berikan pertunjuk buat ku...Aku redHa segalanya ...
Semalam aku ke Majlis Persandingan Anak kawan daddy di Bandar Baru UDA...Kawan Daddy iaitu Pakcik Zainal yang telah lama aku dan family mengenali keluarga beliau....Aku lihat Pakcik Semakin Sihat ....buat pengetahuan korang,Pakcik Zainal menghidap sakit leukimia...selalu mendapat terapi di Kelantan,rasanya lama aku tidak melihat beliau,coz biasanya aku akan singgah ke warung beliau bila aku mengambil anak sedara ku di sekolah...Apa2 pon Aku Doakan Agar Pakcik Zainal,Mummy,Daddy,Ahli keluarga ku,Sahabatku Sentiasa Sihat....
Balik dari majlis persandingan tu,aku singgah ke Plaza Angsana untuk ke kedai Camera,sebab CamCoder aku rosak x tau lah skrin LCD x berfungsi..puas aku buka tutup skrin tu....tp still kiOk kiOk kiOk..so sampai kat kedai tu,mereka cadang aku pergi semula ke courts Mammoth sebab CamCoder tu aku beli x sampai setahun,maybe ada warranty lagi...so lepas keluar dari angsana,kami terus balik ke Taman Nusantara,aku rehat2 dibilik sambil tertidur...ekekekee
Aku sedar dari Tidur dalam jam 6 lebih,daddy yang bangunkan sebab nak p airport Senai nak hantar adik ke Penang..Adikku Nina menyambung Study di USM tapi As Student Partime lah..Aku pon nak sambung study,tapi aku target dalam next year,coz aku rasa kewangan aku still x stabil...Niat sambung study still aku simpan dalam hati ini.....
Dalam perjalanan balik dari Airport Senai aku sms ngan sahabatku dari KL,ntahlah macam mana kami leh terbuka citer tang seorg teman...Teman Tapi Mesra ku 2,3 tahun lepas iaitu Sifu...Baru aku tahu selama ini Sifu Cinta Pertama ku....Selama ni aku fikirkan Hafiz Shaari Cinta Pertama ku...Tapi Hafiz Cinta Sekolah ku...Untuk pegetahuan korang Sifu bukan saja seorang lelaki yg aku kenali dari segi kasih sayang,tapi seorang teman yang akhrab dengan ku suatu tika dulu....aku bahagia dengan dia..keserasian kami memang pernah heboh di beberapa chatroom dulu...bila teringat citer2 lama kami,sure aku gelak,bukan nyer apa,aku mcm x sangka aku pernah ada rasa cinta dari dia....ingat lagi sewaktu dia nak bertunang,ekekek alahai,memang aku frust,tapi demi kebaikan dia,aku lepaskan jua.....tapi x per....walaupon kami xde jodoh sebagai "ehem2" namun jodoh itu diberi padaku sebagai jodoh persabahatan....dari sifu juga,aku kenali seorang rakan chat iaitu Sumayyah....seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan simbolik sebuah nama wanita yang tabah pada zaman Rasullullah....Dianggarkan aku,sifu n sumayyah berkawan hampir 5 tahun.....disamping itu...aku mempunyai seorang sahabat yang leh dikatakan insan yang paling rapat ngan aku walaupon dia jauh di Penang aku di Johor...iaitu Fina....My BestFren... "Ya Allah Terima Kasih Kerna Memberi Aku Sahabat Seperti Fina,Su,Sifu dan insan-insan yang menyayangi aku "
CeriaNetwork,aku lihat ada macam ada something yang berlaku,tapi insyaAllah aku dan fina akan try wat yang terbaik....sukar nak percaya kawan-kawan yg ada seperti Ri... bila ada prob,mcm2 alasan nak tinggalkan tanggungjawab....sedangkan perjanjian sama2 bangunkan ceria network setelah aku ramai kehilangan kawan,dan bertambah musuh didunia Chatting ni,tapi tak pe lah...aku akan teruskan perjuangan ini...tanpa dia...Aku Tidak Akan Mengaku Kalah.....Aku kan Srikandi RosMan...... :)
k lah rasanya dah nak choW....rasanya arini skit jer aku nak membebel....ahaks...wsalamzzz