22 March 2011

Hijau Daun Suaraku (Berharap)

Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu

~{}~
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya

Masih berharap didalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Oo~Suara dengarkanlah aku

Lagu salah satu S.K nyanyi malam tu...Bagiku..lagu ini banyak yang tersurat & tersirat...

Semakin Hari...Semakin Rindu..Harap Dia Jua Seperti Ku...

19 March 2011

Blurr banget

Hari ni,Alhamdulillah Family wat majlis sambutan besday Aku,Adha & Arief hehehe tQ Mum,Dad,Along,Ita & Adikku Nina...Alhamdulillah...

Pagi tadi,aku terkejut dengan apa yang ku lihat di Wall S.K..rupanya dalam diam,adiknya telah merekemenkan S.K kepada Seniornya di Kolej...Ya Allah sakit ati aku dibuatnya...Tak tahulah apa dugaan yang melanda diketika hatiku sedang bergembira...semoga aku tabah menghadapi segala yang akan ku lalui...

Harapanku agar dia yang terbaik buatku...Amin

(Hati ku menangis dikala ini,namun aku tidak berdaya mengalirkan airmata....kata Ayie & kak liza..sabar jgn cepat melatah...)

18 March 2011

Andai Lelaki Tahu..Apa Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

16 March 2011

Suprise Party For Me!!!

tQ Kak Liza & Yan coz wat suprise for me smlm (15/3/2011) sempena hari kelahiranku...Tak dapatku gambarkan bertapa gembiranya aku semlam...

Seperti dipost smlm,aku menyatakan aku menanti sms dari SK...Rupanya kejutan buatku...Begini ceritanya...Semalam jam 6ptg aku sms dia menyanyakan dia dimana..."Sy br sampai" pada fikiranku maybe baru sampai dirumah,so aku pon suh dia g rehat....dalam 30min aku sms lagi "awak x nak wish my birthday" ketika ni aku berada di My Idol Karaoke Taman U...tapi xde jawapan..so semasa kawan2 buzy diluar..aku didalam seorang2 jer...layan lagu....ntah mcm ner....tiba2........

Pintu dibuka...Ya Allahhhh ....aku menjerit....si Dia Muncul....uwaaaaaaa malunya aku....memang suprise sangat....rupanya dia dah plan bersama Yan.....apa2pon aku cukup bahagia semalam..bertemu dengan SK..
Kami sempat juga berduet lagu "Doa Buat Kekasih" harap kami berkekalan...Amin...Love U SK...

Doa Buat Kekasih

Artist: S K Feat: R N H
Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

15 March 2011

Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me...
Happy Birthday To Me...
Happy Birthday To Me...

Ahaks...Arini dah genap usia ku 29 Tahun....Ya Allah Aku bersyukur atas anugerahMU kepadaku selama ini...

Mummy & Daddy Terima kasih kerna melahirkan,mendidik,menjaga dan semuanya dari Ani kecil hingga ke hari ini...Alhamdulillah Allah berikan Ani ibubapa yang baik seperti Mum & Dad..Penyanyang....Alhamdulillah..Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian...

Buat pengetahun semua,hari ini aku berkongsi hari bahagia bersama my Best Friend Rosniwati & Anak sedaraku Siti Nur Adha...Semoga kalian dilindungi Allah Swt...

Semoga apa yang aku hajati,Akan termakbul.. Dengan izinNya..Amin

04 March 2011

4 March 2011

Hari ni alhamdulillah aku gembira sangat coz dapat memberi simple coklat buatan ku sendiri..harap dia suka....tQ yan coz antarkan coklat buat SK..aku pun x sangka awal pagi terima sms tQ about coklat,coz yang aku tau,yan nak bagi pada keesokan hari...Suprise for me not for him..ekekee..tadi dia kata adik dia pon berminat gara2 mms yang dia antar kepada adiknya...syukur Alhamdulillah.

kerja?seperti biasa gaji belum masuk,pening juga aku dibuatnya....family tanya pasal gaji,bank call pasal loan,memang tension sangat...ini dah masuk 2 bulan.Leh pengsan juga ni....x lama lagi nak g sabah...uwaaaaaaa

Business...alhamdulillah semakin banyak order yang masuk,berkat doa mum,dad,adik beradik serta semua orang sayang pada ku...Alhamdulillah.... www.qasehchocolate.blogspot.com

Persahabatan?buat masa ni,apa pun yang berlaku,aku tetap berkawan dengan semua orang,walaupun mereka membuat aku sakit hati....aku tahu,bukan semua orang boleh terima kita seadanya..tapi tak pe lah....nak wat macam ner,kita xde KUASA yang boleh membaca fikiran dan hati orang lain...hehehee