21 August 2009

Ramadhan Muncul Lagi

Assalammualaikum

Hari ini terasa seperti nak makan itu ini jer...mentang2lah esok bermulanya puasa bagi Umat Islam di Seluruh Dunia..Kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim....
  • Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

  • Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

  • Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

  • Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya

Bila Ramadhan menjelang pastinya aku teringat zaman aku kecil2 dulu...pastinya setiap kali puasa,daddy dan mummy pasti menjanjikan aku pelbagai imbuhan jika kami mendapat puasa yang penuh,1 hari puasa imbuhannya 1 gelang tangan,begitulah tahun-tahun berikutnya...ini bukan bermakna..Kami berpuasa kerna gelang semata-mata tetapi ini adalah salah satu cara dad n mum mengajar kami untuk melaksanakan perintah Allah swt.Dalam bulan puasa juga aku teringat abg angkat iaitu anak angkat mummy & daddy iaitu Abg Hamdan...dia ni memang menjaga kami dari kami kecil..kelakarnya bila time sahur,biasalah kita ni jarang bangun pepagi buta,untuk makan....sure orang kata nak sahur pon malas...sebabnya mata still ngantok,untuk menjamu selera ...so suasana bersahur biasanya akan sunyi sepi...tetapi nak dijadikan cerita....Bila Abg Hamdan ni naik ke rumah kami utk bersahur memang suasana menjadi kecoh ala2 ribut taufan melanda... skrg ni kalau bersahur sure teringat dengan beliau,skrg beliau dah berkeluarga so susahlah kami nak berpuasa bersama-sama...

Bulan Ramadhan juga selain kita menahan diri daripada makan,minum dan segala yang boleh mengurangkan pahala berpuasa dan yang boleh membatalkan puasa,tidak ketinggalan juga aku menunaikan Solat Sunat Tarawikh,tetapi aku tidak lah fullday pergi menunaikannya,kerna adakalanya aku dan family berbuka diluar..so agak kelam kabut juga...tapi nak citer gak tang solat sunat tarawikh ni...x silap aku 1st time aku menunaikan solat tarawikh ni ketika aku darjah 6...so kami bersolat di Masjid Bandar baru UDA,so tu lah kali pertama aku dan adik beradik yang lain menunaikannya full sehingga 18 raakat x silap aku..biasanya kalau rakaat terakhir tu ada lain skit style dia kan,so bagi mereka yang tidak pernah sampai rakaat akhir, sure jadi kelam kabut seperti kami ...so bila sebut sunat tarawikh sure adik,akak tergelak teringat citer 1st time kami bersolat tarawikh...adoiii

Ok lah..Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapakan Salam Ramadhan buat semua kengkawan yang membaca coloteh saya yang simple2 ni..apa2ntah kn.....semoga kita dapat lakukan Ramadhan ini dengan teratur dan mendapat pahala yang setimpal dengan amalan kita insyaAllah...Amin

3 comments:

Norawi said...

paparan yang menarik untuk direnungi.Teruskan dik!

relevan said...

Salam sayang dari abang dibln ramadan..moge iza tabah dlm mnghdpi segala c2ac..

Haniza Sulaiman said...

tQ All.....Abg Norawi & Abg Syed...

To Abg Syed...Duit Raya jgn lupa ek ahaks...jgn lupa sampaikan salam kat akak ipor den