01 January 2010

Info Johor : Gelang Patah


Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.


Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketikamana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan. Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan mmbawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu. Dan terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama "Gelang Patah" sebagai tanda ingatan.


Terdapat beberapa Taman Perumahan & Kampung Di Gelang Patah ini,Antaranya :
Taman Nusa Perintis 1, 2, 3
Taman Nusa Perdana,

Taman Syed Idrus
Taman Gelang Emas,

Taman Nusantara (Tempat Tinggal Ku)
Taman Mas
Kampung Tiram Duku,

Pekajang
Kampung Melayu,

Tg Adang,

Tg Pelepas,

Tg Kupang
Kampung Ladang,

Kampung Ladang Darat,

Kampung bukit tempurung
Kampung jawa,

Kampung Pok,

Kampung Pendas Laut,

Kampung ulu pulai
Kampung dapur arang,

Kampung simpang arang


Sekolah yang terdapat Di Gelang Patah

SJKC Ming Terk,

Sekolah Tmn Nusa Perintis
SMK Gelang Patah,

SRK Gelang Patah,

SJKT Bukit Tempurung

Sekolah Menengah Taman Nusantara,

Sekolah Rendah Taman Nusajaya


Boleh dikatakan Gelang Patah Ini semuaNya Ada....

No comments: