04 January 2010

Sekolah Dah Buka !!!!!!!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar semua....Diharap sihat2 sentiasa disamping insan yang tersayang.
Selamat Kembali Bertugas buat sahabat-sahabat yang bergelar Guru seperti Abg Azrin,Abg Omar Nor,Tomot,Saif,fifi,darimi,Abg Azmi,Kak Norasma,Abg Idrem dan guru-guru di Malaysia..Tidak lupa juga buat anak sedara yang akan meneruskan persekolah iaitu Siti Nuradha ( Darjah 4),Muhamad Hasby Arief ( Darjah 2) dan Muhammad Hakimy Azrie (Darjah 1) di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA (2).Pagi tadi sebelum ke office seperti biasa aku akan menghantar mummy ke rumah kaklong...so sempat aku berjumpa Hakimy.....nampaknya dia hepi nak ke sekolah Agama dengan lengkap berbaju melayu & samping...sempat juga dia berpesan agar aku mengambilnya petang ini di SKBU2....seperti tahun yang sudah memang rutin harian ku petang mengambil mereka di sekolah.

Sabtu lepas sempat juga aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA (SMKBBU) untuk menghadiri Mesyuarat Penaja Alumni SMKBBU (ASMUDA) ,pada hari berkenaan juga diadakan hari pendaftaran pelajar untuk tingkatan 1...Kali ni,lokasi di Dewan PIBG dewan yang baru saja siap..sambil menunggu ahli-ahli sampai,sempat aku bersalaman dengan guru yang pernah mengajarku....yang paling aku hepi dapat berjumpa Cikgu Zahriah,my Fov Cikgu...ahaks jangan jeles...Puan Zahriah ni mengajar aku Kemahiran Hidup dari aku form 1 to form 3 memang dulu leh dikatakan aku kalau KH memang manja dengan beliau lagi-lagi bila bab keusahawanan memang nama ku selalu di panggil....ekekeke jangan jeles lah ek..

Selesai Mesyuarat,aku,dik Naim & dik Haziq sempat berjumpa di kantin untuk menyiapkan tugasan kami iaitu minute meeting,coz aku minta Naim catat minute x tau lah nape aku x leh beri tumpuan sabtu lepas...ahaks...dah angau kot...setelah selesai aku terus ke Masjid BBU untuk menunaikan solat Zohor...sempat juga aku teringat kenangan zaman persekolahan....mana tak nya di Masjid ini juga aku jatuh cinta kat seseorang....ahaks MHS ....xper lah abaikan...bukan jodoh kami agaknya...selepas tu aku Naik teksi ke Plaza Angsana untuk bertemu Kaklong ...hari tu along sibuk mencari baju sekolah anak-anaknya dikesempatan itu juga aku naik ke Imanos Cafe untuk melepaskan kelaparan ku ditahap cipan...ahaks so aku makan lagsana & spegati ahaks sedap2....

Sedang dalam proses menguyah makanan,kaklong datang ,dia nak ajak aku ke Giant plak....aku ikut gak lah..lagipon aku nak mencari sedikit barang untuk tempahan hamper.Hah pasal hamper....ni Promosi Jap ..Pada yang nak mencari hadiah sempena birthday,annivesry,kahwin dan apa2 lah ..if berminat nak jadikan perfume sebagai hadiah bolehlah roger2 kat aku...coz aku ada buat dengan harga yang berpatutan...... layari http://mawarniemas-biz.blogspot.com so kat Giant aku beli riben + Bear kecik untuk diletakan di Perfume ahaks...

K lah nak stop...leh sambung nanti k lah Papaiiiii

No comments: