13 June 2008

Kenali aku~~~~~

Assalammualaikum ...Hai pembaca semua....Hari ini buat kali pertamanya aku menulis di blog ini..Mari aku perkenalkan diri aku yang tidak seberapa ini...
Aku Dilahirkan pada 15 March 1982 di Queen Elizebeth Hospital ,Kota Kinabalu.....Tidak silap aku,aku dilahirkan pada hari siang....tapi mummy kata,ramai-ramai anak dia lahirkan,aku lah yang paling kelakar....sebab sebelum aku dilahirkan dihospital...sebenarnya aku dah tak sabar melihat dunia ciptaan Allah ini...aku dilahirkan didalam kereta makcik aku...iaitu Puan Aishah....unik kelahiran ku.....
Aku dibernama Raja NorHaniza Binti Raja Sulaiman....Hani....atau Honey itulah sebab aku manis jer dipandang...(pasan skit)....Aku mempunyai empat orang sedara kandung iaitu Raja NorHafiza Raja Sulaiman (KakLong),Raja NorHaliza Raja Sulaiman (KakNgah) dan seorang dinda bernama Raja NorHanina Raja Sulaiman (Adik)....kesemuanya Srikandi RosMan......Orang aku sayang semestinya Y.M Raja Sulaiman Bin Raja Hj.Ishak seorang ayahanda yang aku hormati,Dan Puan Rosni Binti Hj.Naitulah seorang Bonda yang penyanyang...Aku Bersyukur mempunyai Ayah Dan Bonda yang dianggap sempurna dimata dan dihatiku.....
Kaklong aku sudah bernikah dengan jejaka pilihan dia iaitu Mohd.ShahRizal Bin Johar,dan kini dikurniakan dengan empat orang Cahaya Mata ....iaitu Siti NurAdha,Muhammad Hasby Arieff,Muhammad Hakimy Azrie dan Muhammad Haziq Adly.......comel-comel semuanya....
KakNgah plak macam aku lah....tapi rasanya dah ada calon.....ntahlah dia ek.....Adik pulak Alhamdulillah baru saja kena risik dengan teman seuniversiti adik iaitu Ku Hasifi Ku Yahya...orang Utara.....Aku??masih tinggal Tanda tanya.... :)
Kini aku menceritakan tentang Pendidikan aku pula...Aku pada awalnya diberi pendidikan PraSekolah Di Tadika Swasta Yayasan Sabah Kota Kinabalu pada tahun 1987 - 1988 disini lah bermulanya bakat seni aku dicungkil....aku lebih suka pada seni lukis,kraf...berbeza dengan adik beradik lain....mereka lebih pada seni muzik....agak pelik juga......kerna bakat aku dalam seni lukis,aku simpan cita-cita aku sebagai Architect bila besar nanti.....
Selepas tamat pra sekolah, Aku didaftar di sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu dan juga Di Sekolah Ugama Likas Kota Kinabalu...aku belajar disini sehingga akhir tahun 1993 kiranya sehingga Darjah 5 sahaja,kerna selepas itu aku dibawa oleh family berpindah di Negeri Johor...Agak berbeza sekali kehidupan ku bila berhijrah ke Johor Ini....Bukan nyer apa...Cuma di Sabah Aku banyak lalai dalam pelajaran...Almaklumlah orang kata anak taukey....Untuk pengetahuan semua....Mummy Dan Daddy boleh dikatakan Mempunyai rangkaian perniagaan yang maju...Mum penarju Syarikat Mawarni Enterprise...Dibawah syarikat Mum Ada beberapa Kantin sekolah,kantin2 Pejabat Kerajaan,Asrama Sekolah,restoran,sebuah kilang keropok dan sebuah kilang memproses makanan laut kering....kiranya agak senang juga keluarga kami diSbah dulu...
Sehingga akhir Tahun 1993 aku berpindah ke Johor Bahru...memang agak sedih ketika itu kerna terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang aku sayang dan juga saudara mara yang lain....Di Johor Bahru,Aku disekolah di sebuah sekolah yang boleh dikatakan antara sekolah yang terbaik Di Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar UDA(2) manakala sebelah petang aku belajar di Sekolah Agama Kompleks Uda......ketika aku mendaftar disekolah Agama ini,aku menangis sebab terpaksa mengulangi Kelas Darjah 3 atas alasan sukatan pelajaran Sekolah Agama Johor Lebih tinggi berbandingkan sekolah agama di negeri-negeri lain...tapi yang menaikkan semangat aku bila didalam kelas aku....ramai pula abang-abang dan kakak-kakak yang lebih tua dari aku.....kira aku paling muda lah......alhamdulillah...Aku Dapat menghabiskan Pelajaran disekolah agama ini sehingga mendapat Sijil Darjah 6 Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor....Leh jadi Ustazah tapi mungkin bukan jiwa aku....
Pada tahun 1994 sehingga tahun 1999 aku belajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA...kira PMR,SPM Semuanya disini.....aku pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran selepas PMR disekolah Teknik tapi aku terpaksa menolak...sebab ketika itu aku masih kurang pengetahuan mengenai bidang teknikal.......Selepas tamat SPM aku menyambung pelajar Di Sebuah Kolej Swasta di Negeri Johor aku mengikuti Sijil Pelukis Pelan Senibina Kemudian Menyambung ke Diploma In Architecture Di kolej yang sama....
~~~~~~ Sambung Nanti penat dah ni

No comments: