18 May 2011

Suara Hatiku...

Suara Dengarkan Aku..Apa Khabarnya Pujaan Hatiku...

Ya Allah mengapa semakin aku ingin melupakannya..semakin itu aku menjadi rindu padanya....
Apakah disebalik penderitaan hatiku ini masih lagi ingin diuji oleh Mu Ya Allah...

Ya Allah Berilah aku kekuatan...Sekiranya dia jodoh yang kau berikan kepada ku..Kau Permudahkanlah urusan kami..Dan sekiranya dia bukan jodohku...Ku berharap aku dapat melupakannya Ya Allah.....

Ya Allah Semoga Engkau dapat membaca Luahan Hatiku ini...dan semoga keceriaan hatiku..kembali pada ku......Aku Mohon padaMU......Amin Amin Ya Rabbal ala'min

Sememangnya hatiku masih padamu SK...

10 May 2011

10/5/2011

Assalammualaikum & Salam sejahtera.....Syukur dengan nikmat pernafasan yang diberi olehMU Ya Allah...
Semalam 10/5/2011 Alhamdulilah flayerz Qaseh Elite Enterprise dah siap di print...Maknanya aku dan team kenalah stanby untuk mulakan business semula.InsyaAllah....


Ni lah flayers untuk Qaseh Chocolate Homemade..Perkhidmatan yang kami sediakan seperti berikut:(baca kat atas tu) hehehee jangan malas sangat nak belek2 flayers tu(ke aku yang malas nak menaip?) hahaa
Ok semalam selepas amik flayers kat Plaza Angsana,aku dan Yan (selaku business partner & Bestfriend aku jugak) g makan-makan kat Food Court...sambil2 berbual2lah...than lepas tu kami g karaoke..rasa nyesal pon ada coz tempat karoke tu x best langsung...hehe pastu leh plak blackout kekeke maknanyer memang pas ni x yah g lagi lah tempat tu...hehehe...yang best kat Taman U gak...sana lah karaoke tempat aku bertemu dengan SK....(apa khabar dia skrg yer?,aku rindu sangat dengan senyuman darinya)

Pasal SK...sejak dia sms aku dengan kata-kata yang menguris hati ku,aku langsung x contact dia...Namun dihatiku..Makin Aku Sayang Dia...tetapi orang dh x nak..aku terpaksa akur....apa-apa pun aku sentiasa berdoa agar SK sentiasa sihat,bahagia dan segalanya aku redha....Maafkan aku S.K....Namun perlu ke aku menunggu dia lagi?Aku rindu kenangan berkenalan,keluar,sms dan yang aku x leh nak lupa suprise dari dia...My Birthday Party & dia datang My Office....Gembira aku ketika itu..Hehehe tQ Awak......

04 May 2011

Qaseh Chocolate Homemade




saja je post kat sini..kot2 ada yang berminat bolehlah jenguk2 ke www.qasehchocolate.blogspot.com hehehe jangan risau coklat ni tidak menggemukkan anda.....tetapi coklat ni memberi ketenangan kepada minda anda..lagi2 yang selalu stess....tp dark coklat ler....buat yang ada diabetis anda tidak digalakkan makan atau mengambil white @milk chocolate..kang ada yang masuk spital....heheheeeee ok lah dah merapu petang2 ni ada yang saya terlebih2 x ingat nak balik ~~~

No More

Dh berakhir Semalam.......
Nampaknya kena buka buku baru....Kali ini...No More About Love.....

25 April 2011

Rahsia Di Sebalik Waktu Solat & Perubahan Alam

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


• Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


• Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


• Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


• Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


• Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Demikianlah secra ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam. Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan. Allaahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & kerdil. Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat dr ibadah solat yg diwajibkan. Wallaahua'lam