Tanggal 31,Bulan lapan lima puluh tujuh, Merdeka ! Merdeka !, Tetaplah merdeka ,Ia pasti menjadi sejarah, Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh, Hari yang mulia, Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka, Mari kita seluruh warga negara, Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh.. Hari mulia negaraku merdeka
Pasti anda tertanya-tanya siapakah gerangan penulis lirik yang mempunyai semangat patriotik yang sangat dalam dijiwa.Beliau yang saya maksudkan Ahmad CB yang berasal dari Indonesia.Beliau menulis lirik tersebut pada awal setahun sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan iaitu pada awal tahun 1956.Menurut cerita,Beliau sanggup berduyung ke Tanah Melayu iaitu ke Negeri Melaka dari Indonesia semata-mata ingin bertemu atau lebih senang dikata iaitu melihat Allahyarham Tuanku Abdul Rahman iaitu Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu mengunjung Ke Melaka bagi melunaskan misi kemerdekaan.Sepatutnya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1959,tetapi Pihak British memberi pelepasan awal apabila melihat semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh Tuanku Abdul Rahman dan orang-orang yang berada di tanah melayu yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu,Cina dan India yang diwakili dengan UMNO,MCA dan MIC.Dari pakatan inilah Negara kita dapat dikembalikan setelah lama dijajah oleh orang luar.
Bagi kita yang dikatogerikan sebagai warga “Pasca Kemerdekaan” ini,tidak dapat merasai atau membayangkan datuk nenek moyang kita di zaman darurat sehingga ada yang terkorban, diseksa, dirogol ,ada juga kehilangan keluarga ,dipaksa menjadi hamba abdi untuk membina landasan keretapi yang menuju ke Negara Burma yang dikenali sebagai “ Landasan Maut” dan lain-lain dugaan dan ujian yang mereka lalui, Namun dari filem-filem yang ditayangkan seperti Embun, Leftenan Adnan, Aishah, Bukit Kepong kita dapat melihat bertapa peritnya mereka lalui kehidupan ketika zaman darurat sehingga mendapat kemerdekaan dari British pada tahun 1957.
Ya Allah pelbagai ujian dan dugaan dilalui oleh bangsaku, bagi membebaskan negaraku dari jajahan oleh anasir luar.Semoga negera Malaysia terus maju,bebas dari penjajahan.Semangat dijulang,jiwa disatukan dengan hati yng berkobar-kobar bagi memertabatkan 1 Malaysia yang tercinta.
Seharusnya golongan muda seperti aku,dapat membuka mata,hati dan minda bagi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan Negara,bukanya mengikut darah muda yang boleh memporak perandakan Negara seperti mengikut demotrasi seperti yang dilakukan oleh Negara luar sana. Celikkan mata kita,cuba kita renungkan,jika kisah lama berulanh,pastinya generasi anak cucu kita akan hidup merempat dinegara sendiri, seperti yang berlaku dibeberapa Negara..rasanya tidak payah aku nyatakan sini.
Di kesempatan ini juga,aku ingin mengajak pembaca bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat perajurit, datuk nenek,moyang kita yang telah terkorban akibat peristiwa hitam ini. Pemergian mereka,adalah pemergian srikandi Merdeka, pemerigian Syahid kerana memperjuangkan dan merealisasikan sebuah kemerdekaan buat Negara kita yang tercinta iaitu Malaysia.
Al-Fatihah
Terima Kasih buat para pemimpin Negara. Semoga 1 Malaysia dapat direalisasikan tanpa gangguan dari pihak yang seolah-olah ingin menjadi Pemusnah Bangsa Sendiri……
1 comment:
Merdeka!
Post a Comment