Hari ini genap 11 hari kita berpuasa di Bulan yang Mulia ini.
Alhamdulillah, bersyukur atas kekurangan yang diberi olehNYA iaitu skit yang aku hadapi sejak beberapa tahun ini.Aku tahu,disebalik kekurangan ini,ada kelebihan yang tersembunyi, aku bersyukur atas segala aturan yang dikau berikan kepadaku.Bukannya mudah dan bukan senang dapat berpuasa penuh dibulan Ramadhan lebih-lebih lagi buat gadis seperti aku,lainlah jika mereka hamil atau monopouse (hehehe). Aku bersyukur pada Mu Ya Allah.
Walaupun aku sering dipersendakan atas kekurangan ini,namun aku tidak pernah rasa ianya menjatuhkan semangatku untuk meneruskan kehidupan ini sebagai khalifah mu…
Tadi petang aku sampai ke SKBU2 tepat jam 5 petang.Sejuk sangat cuaca hari ini,mana tidaknya dari subuh memang dah hujan,nikmat berpuasa kali ini,memang istimewa,rugi bagi mereka yang ponteng puasa.Namun kenikmatan berpuasa dalam musim sejuk/hujan seperti ini,aku simpati pada mereka yang diuji dengan pelbagai ujian seperti kes banjir yang berlaku di Langkawi Kedah baru-baru ini.Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.Amin
Berbalik pada petang tadi,tepat jam 5.30 petang anak sedara ku keluar dari sekolah,ku tercari-cari wajah yang ku rindu iaitu CA. Tiba-tiba aku terpandang CA berbaju putih,berseluar hitam.Tiba-tiba hati ini bagai berbunga-bunga pula.(hahaha).Lama juga aku mengambil peluang melihat CA didataran bersama kawan-kawannya.Adakalanya ku lihat seolah-olah dia melihatku..namun aku tidak pasti….hahahah Undercoverline ni..
Setelah selesai aku pun pergi ke Bazar Ramadhan di Medan Selera Mahsuri, Kebanyakkan peniaga terdiri daripada rakan-rakan mummy dan daddy. So bagi menyokong mereka,aku pun belilah juadah..Yelah siapa lagi yang harus menyokong warga peniaga Melayu kalau bukan kita sendiri tul x?... Buat pengetahuan semua, aku dilahirkan,dibesarkan ,disekolahkan sehingga aku mendapat Diploma Architect ini adalah menggunakan hasil duit titik peluh mummy dan daddy berniaga, dan aku sendiri pernah membantu mereka berniaga di kantin sekolah,kantin kilang, digerai terutamanya di Medan Selera Mahsuri,sebab itulah aku katakana tadi,yang berniaga di sana ramai terdiri daripada rakan-rakan seperjuangan daddy dan mummy.Antaranya Pakcik Aris popular dengan nasi ayamnya ,Pakcik Zainal yang popular dengan sate dan supnya, Pakcik Mat Corner yang popular dengan Nasi ambang BBU,Abang din air,Pakcik Zalie dengan baksonya dan ramai lagilah…rasanya kalau aku sebut buat perut aku ni lapar semula.
Tapi apa yang pasti di Medan Selera Mahsuri ini juga tempat aku dan CA jelling menjeling hhahahaha cover beb!!!!!
Setelah membeli juadah untuk anak saudaraku, kami pun balik ke rumah along dan aku terus balik ke Taman Nusantara. Kami tiba dirumah anggaran jam 7.10 Malam kelam kabut juga sebab nak berbuka puasa. So time berbuka tu,aku bercerita dengan adik tentang aku terjumpa CA, tiba-tiba mummy kata “Ntah-ntah CA tu tidak pandang ko pun,ko jer syok sendiri” adoiii terkena sebiji kat muka aku.Alahai sedih juga dibuatnya.Aku ni tidak sesuai untuk bercinta ke? Namun ku jawab dengan gelak ketawa,coz aku ni mals nak melawan,namun dihatiku bagai dihiris jer. Maybe ada betulnya kata-kata mummy tu,sebab selama ni pun,aku hanya ada “BF Chatting” je seolah-olah orang yang reality tidak pernah “usher” aku.Namun aku tidak kisah langsung tentang cinta,sebabnya bagi ku,ada Family,ada sahabat-sahabat sudah cukup sempurna didiri ini.Tentang jodoh biarlah,nanti-nanti adalah….insyaAllah.Jika tidak ada aku redha sebab itu dah ditetapkan sejak azali lagi….
Lepas mummy membebel,aku pekakkan je telinga,sebabnya aku malas amik port sangat,Biarlahhhhhhh.
Aku sentiasa ingat Allah itu Maha Adil,Pasti ada jodoh buatku yang boleh menerima diri ini seadaanya…Maybe CA…Maybe CA….Maybe CA Amin insyaAllah………..Amin ….CA ahaks..sengal dah ni….
Berundur dulu …. CA Hadir di Realiti … Ku Bawa CA Ke Fantasi ku…..
No comments:
Post a Comment