03 July 2008

Menitis Dalam Hamparan Maya

Menitis Dalam Hamparan Maya...

Lirikan Pena Yang Tertumpah ..
Di Hamparan Maya,
Merah Pekat Tiada Terhakis..
Celoreng Menitis Dalam ..
Ku Bungkam..
Menari Lagi Di Atas Hamparan Maya..
Biarpun Tadi Terbengkalai..

Riak Bosan Marah Memercik.
Dalam Peluh Yang Dingin.
Masih Ada Sisa Keluhan.
Terlontar Dalam Diam….

Terus Terlarik Di Hamparan Maya..
Kisah Cinta Dua Insan.....
Cinta Terabadi Dalam Dunia Maya.....
Antara Kau Dan Aku..
Yang Mengamit Resah Di Nurani......
Mungkinkah Bersatu Nanti?..

Tarian Pena Dalam Hamparan Maya..
Diari Berceloreng Dengan Bingkisan Rindu,,
Yang Semakin Melampiri Sayang ..
Kian Menguntum…Mengapai Harapan..

Mukadimah Dalam Hamparan Maya..
Merelus Cinta Yang Hakiki..
Moga Termaktub Kasih Yang Abadi.
Sesuci Dan Tiada Dicemari..

Dipertengahan Hamparan Maya..
Ku Menitiskan Lagi Pena Biru..
Yang Beralun Dalam Ungkapan.
Moga Tiada Talak Meriba ..
Kerana Penyatuan Yang Di Jerat Hati..

Di Akhir Kalam Hamparan Maya..
Doa Kudus Dan Harapan Yang Bergemilang..
Moga Cinta Ini Terabadi.
Biar Pun Di Hamparan Maya..
Ternoktah Segalanya..
Moga Di Hamparan Maya
Seperti Pada Titis Pena Biru,
Moga Itu Di Reality Hidupku..
Cinta Cyber Moga Ku Abadikan..
Akhir Salam Di Hamparan Maya..

CinTa MaYa MemBuaTKan DiRiKu HanYa
SeBagai BoNeKa....
PeRmaInaN InsAn YaNg HanYa
Ku KeNaLi SeBaGai InSaN MaYa...
MeMbUaT HaTi Ku TeRlUkaBiLa TeRinGat DiRinYa...
Ku TaHu InI HanYa DuGaaN BuaT DiRiKu...
SeLaGi Ku BeLum Ku Temui PaNah SaNg ARjuNa...
Aku Kah SaNg "RinDu^aRjuNa"
Yang MeNanTi SaNg aRjuNa...
Di HampRaN MaYa Ini...
Ku TutuPi CoReTan InI
AgaR IaNya HanyA Hadir buaT keNaGaN Ku....

~ aRchi ~

Kata Hati Ku

kata hatiku.......
hanya aku yang tahu
rasa ini tak pernah layu
walau kasih kian berlalu
meninggalkan aku dan sesuatu...

kata hatiku......
biarlah menjadi cerita
satu terindah dalam hidupku
hanya tinggal kesan
yang tak mgkn padam
sesungguhnya yang pasti..
aku pernah bahagia...

kata hatiku.......
aku harus teruskan...
ada atau tanpa hadirnya
masa terus beredar
dan membawa aku pada jiwa yang lain..

Kata hatiku.....
Menyintai bukan pada yang satu
pada cerita nan layu
pada hamba yang bakal mati
pada kenangan lalu

Kata hatiku....
izinkan aku memiliki
pada rasa yang ada
untuk insan insan tercinta
tertanam dalam cerita
yang bakal menjadi senyuman esok hari.

~ aRcHi ~

27 June 2008

Coretan Buat Sahabatku...

Kawan...bila rasa ingin menangis..

Hubungilah aku..

Bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...

Tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...


Kawan... jika terasa tiba2 nak melarikan diri...jauh dari masalah...

Hubungilah aku...

Aku tak kan suruh kau berhenti..

Tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

Kawan.. jika kau kecewa keluarga mu tak bahagia..

Beritahulah aku..

Aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..

Tapi..terimalah segala ketentuan Allah dan berusahalah m'jadi anak yg soleh..


Tetapi kawan...

Jika suatu hari aku berdiam diri..

Aku tidakmembalas messagemu..

Aku tidak angkat panggilan darimu...

Tiada khabar berita drpdku...

Abadikan segala kenangan indah bersama dalam memorimu..


Jika hari ini saya terlalu gembira sedarkanlah saya dengan amaran-amaran Allah.

Jika saya bersedih tanpa kata, pujuklah dengan tarbiah pencipta.

Jika Saya lemah tidak berdaya, ingkatkanlah saya dengan kehebatan syurga.

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah saya meleraikannya segera.

Jika pernah hatimu terluka,luahkanlah agar saya berubah dan jika esok saya lena tanpa terjaga....

Iringilah lenaku dengan kalungan doa

16 June 2008

Buat Insan Yang tersayang....Adiza 4EveR

Untukmu Sayang
By Amuk/Febians
Keindahan Pelangi
adalah keindahan wajahmu sayang .....
yang sering bermain
di mata hatiku ini
kasih sayang ku ini
hanyalah untukmu
ku telah berjanji
kau lah yang satu
dalam hati ini
untuk selamanya...
oh kasih...
untukmu sayang

Lagu ini sering kali membuat aku teringat insan yang aku sayang...Aku bersyukur dapat mengenali dia...Buat masa ni,aku tidak dapat nak menunjukan wajahnya....nak kena minta izin dari dia....semakin hari semakin sayang...aku berharap ada yang baik berlaku antara kami...aku tidak mahu lagu diuji seperti cinta lama ku....sungguh menyakitkan hati....tapi aku redha jika apa yang aku tidak ingini terjadi atas kami.....kerna ku tahu....Kami Hanya Merancang Allah yang Menentukan semuanya...Aku hanya mampu berdoa......
Apa-apa pun aku selalu bermohon padaNYA supaya diberi sebuah cinta yang sejati dalam diriku....Amin ....insyaAllah

13 June 2008

Alam Persekolahan ~~~


Aku Mendapat pendidikan awal Pra-Sekolah Di Sekolah Tadika Ria Yayasan Sabah semestinya di Kota Kinabalu Sabah (1987-1988)......anggaran 5minit naik kereta dari rumah aku...ekekek tapi aku dulu biasalah pekeja mum n dad yang uruskan aku pergi dan balik sekolah sebab mereka berdua agak bz dengan kerja mereka.Di sekolah ni yang aku tak boleh lupakan bubur ayam hehehe memang fov aku....pastu time masuk bilik seni....kreatif gak aku ni....pernah sekali lukisan aku dipamerkan cuma yg buat "lawaknya" aku lukis kucing diatas langit....apa2pun tetap glamer sebab terpilih sebagai pelajar yang kreatif.....sekolah tadika ni kiranya agak elit kat sabah...suasana tepi laut China Selatan...kiranya sejuk jer......tapi bende yang aku x leh lupa....1 jer...kitaorang curi buah limau kat tokong hehehe mmg sweet memory..tapi kami tak makan....kami beri kat mereka yang duduk sebelah sekolah tu....hehehee

Setelah tamat Pra-Sekolah pada tahun 1988,aku didaftarkan di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu dan juga Sekolah Ugama Likas Kota Kinabalu.....aku bersekolah disini hanya sehingga Darjah 5...Aku bersyukur walaupun ketika itu aku pelajar yang nakal,tapi aku diserapkan masuk ke "Kelas Project" ketika tu aku darjah 4 dan 5 ketika belajar di SK.Likas aku merupakan pelajar yang boleh dikatakan aktif dengan persatuan,kelab,sukan dan juga memegang jawatan di unit displin sekolah....dari darjah 1 sehingga aku darjah 5...kira glamer ler konon2...kena plak aku merupakan anak makcik kantin hehehee ...mummy berniaga di kantin sekolah sehingga aku darjah 5 memang orang kata aku nak makan,amik jer kat kantin sekolah....disini aku berjumpa dengan berbagai jenis kawan,antaranya aku berkawan dengan Dayang Uking,Shima,roslan,syazana,normah dll....mmg kelas kami ni boleh dikatakan glamer sebab pelajar yang aktif dengan sukan,persatuan dll...siapa yang tidak kenal dengan 4,5 Biru??sure orang kenal....alahai berlagak aku......ekekekee setelah itu aku berpindah di Johor aku belajar di sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2 disin semuanya berubah.......celik mata aku utk bersaing dalam pelajaran.....berbeza dengan di sabah dulu,aku banyak enjoy.....Alhamdulillah dad bawa aku berpindah awal...kalau x sure aku x tau apa terjadi kat aku sekarang ni......Kat Johor ni lah aku dapat kesedaran dalam pelajaran...tentang kepayahan mum n dad bekerja sebab ketika di johor mereka tidak mempunyai perniagaan yang banyak....tapi Alhamdulillah mereka masih mampu memberi kami pendidikan....kiranya tidak mempersiakan kami adik beradik....



Setelah Tamat darjah 6 aku didaftarkan disekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA...ketika ini aku berumur 13Tahun....Pada tahun yang sama juga aku masih menuntut disekolah Agama Kompleks Bandar Baru UDA,Disinilah aku berjumpa Dengan Muhammad Hafiz Shaari..seorang pelajar lelaki yang kira tua setahun dr aku...aku sendiri tak pasti adakah ini dia cinta ketika sekolah.....tapi yang lawak,dia merupakan anak penolong kanan disekolah menengah aku....tapi kalau nak tahu,aku masih menyimpan gambar dia diwallet aku,aku terlalu sayang kat gambar tu,rasanya kalau bf aku tau semua kena syarahan....dah 14tahun lamanya aku simpan....Ya Ampunzzzz rasanya hafiz kini dah berkawen kot...Apa2pun aku doakan dia berbahagia dengan insan yang dia cinta....adeh deh deh silap time citer tang cinta...ok kat SMKBBU ini juga aku aktif dengan beberapa persatuan antaranya Kelab Fotografi,Kelab Komputer,PBSM,Brigded Rakan Perdana dll..Pengalaman yang aku tak leh lupakan diSMKBBU ni bila aku menjadi pengawas sekolah,dimana aku kena menjadi M.C diperhimpunan..fuh speaking English aku....tp Funny giler mana tak nya aku English memang hancus,bila aku Menjadi MC Pn Aishah terbeliak tgk aku,hahaha dak yang dia x kenan leh berbahasa english...miahahahaaa dari situ juga aku menjadi rapat dengan dia,sehingga kini aku masih menghubungi beliau....hehehe....ada lagi 1 cerita,dimana aku dengan rakan kelas aku didenda kutip sampah dan berdiri diperhimpunan kerna kelas sebelah main kapal kertas dan juga buang bom asap dari tingkat 4 ...kira sebelah kelas aku ler....dah ler time tu dak nak SPM.....depa tu isk2 mmg aku x maafkan kecuali yg dah jd Arwah.....hehheee




Selepas Tamat SPM aku sambung pelajaran Di Kolej Swasta di Johor Bahru...Aku amik secara gamble jer coz tidak mahu berpisah dengan mum n dad....Kalau tidak sure aku sudah tercampak kat UITM Shah Alam.....kat Business Study.....Aku kat Kolej Swasta ni aku amik course Alam Bina iaitu Sijil Pelukis pelan Senibina dan Seterusnya aku sambung Diperingkat Diploma in Architect....Disini memang aku jadi mengong sebab silibus lecture amik dari Poli Singapore....Tapi Alhamdulillah Aku salah seorang best student bukan saja dari segi akademik,tetapi ko-kurikulum...aku juga pelajar perempuan yang mendapat pointer tertinggi diantara pelajar 5 course yang lain....Disini juga aku menjadi Naib Pengerusi Jabatan Senibina....Otai...hikhihkik alahai memang best lah....Disini juga aku banyak berdikari,sebab setiap bulan akan buat project diluar JB....Kluang,Kota tinggi,Melaka dan gunung Lumut antara tempat2 yang meninggalkan kenangan manis bagi aku.....Selepas tamat Study Diploma ..Aku ditawar mengikuti Ijazah 3+1 disebuah kolej di Kuala Lumpur tapi aku tolak atas sebab tertentu,kalau tidak sure aku berada 2 tahun di KL dan 1tahun Di United Kingdom hehehe maybe bukan rezeki aku....Apa2 aku bersyukur......

Kenali aku~~~~~

Assalammualaikum ...Hai pembaca semua....Hari ini buat kali pertamanya aku menulis di blog ini..Mari aku perkenalkan diri aku yang tidak seberapa ini...
Aku Dilahirkan pada 15 March 1982 di Queen Elizebeth Hospital ,Kota Kinabalu.....Tidak silap aku,aku dilahirkan pada hari siang....tapi mummy kata,ramai-ramai anak dia lahirkan,aku lah yang paling kelakar....sebab sebelum aku dilahirkan dihospital...sebenarnya aku dah tak sabar melihat dunia ciptaan Allah ini...aku dilahirkan didalam kereta makcik aku...iaitu Puan Aishah....unik kelahiran ku.....
Aku dibernama Raja NorHaniza Binti Raja Sulaiman....Hani....atau Honey itulah sebab aku manis jer dipandang...(pasan skit)....Aku mempunyai empat orang sedara kandung iaitu Raja NorHafiza Raja Sulaiman (KakLong),Raja NorHaliza Raja Sulaiman (KakNgah) dan seorang dinda bernama Raja NorHanina Raja Sulaiman (Adik)....kesemuanya Srikandi RosMan......Orang aku sayang semestinya Y.M Raja Sulaiman Bin Raja Hj.Ishak seorang ayahanda yang aku hormati,Dan Puan Rosni Binti Hj.Naitulah seorang Bonda yang penyanyang...Aku Bersyukur mempunyai Ayah Dan Bonda yang dianggap sempurna dimata dan dihatiku.....
Kaklong aku sudah bernikah dengan jejaka pilihan dia iaitu Mohd.ShahRizal Bin Johar,dan kini dikurniakan dengan empat orang Cahaya Mata ....iaitu Siti NurAdha,Muhammad Hasby Arieff,Muhammad Hakimy Azrie dan Muhammad Haziq Adly.......comel-comel semuanya....
KakNgah plak macam aku lah....tapi rasanya dah ada calon.....ntahlah dia ek.....Adik pulak Alhamdulillah baru saja kena risik dengan teman seuniversiti adik iaitu Ku Hasifi Ku Yahya...orang Utara.....Aku??masih tinggal Tanda tanya.... :)
Kini aku menceritakan tentang Pendidikan aku pula...Aku pada awalnya diberi pendidikan PraSekolah Di Tadika Swasta Yayasan Sabah Kota Kinabalu pada tahun 1987 - 1988 disini lah bermulanya bakat seni aku dicungkil....aku lebih suka pada seni lukis,kraf...berbeza dengan adik beradik lain....mereka lebih pada seni muzik....agak pelik juga......kerna bakat aku dalam seni lukis,aku simpan cita-cita aku sebagai Architect bila besar nanti.....
Selepas tamat pra sekolah, Aku didaftar di sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu dan juga Di Sekolah Ugama Likas Kota Kinabalu...aku belajar disini sehingga akhir tahun 1993 kiranya sehingga Darjah 5 sahaja,kerna selepas itu aku dibawa oleh family berpindah di Negeri Johor...Agak berbeza sekali kehidupan ku bila berhijrah ke Johor Ini....Bukan nyer apa...Cuma di Sabah Aku banyak lalai dalam pelajaran...Almaklumlah orang kata anak taukey....Untuk pengetahuan semua....Mummy Dan Daddy boleh dikatakan Mempunyai rangkaian perniagaan yang maju...Mum penarju Syarikat Mawarni Enterprise...Dibawah syarikat Mum Ada beberapa Kantin sekolah,kantin2 Pejabat Kerajaan,Asrama Sekolah,restoran,sebuah kilang keropok dan sebuah kilang memproses makanan laut kering....kiranya agak senang juga keluarga kami diSbah dulu...
Sehingga akhir Tahun 1993 aku berpindah ke Johor Bahru...memang agak sedih ketika itu kerna terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang aku sayang dan juga saudara mara yang lain....Di Johor Bahru,Aku disekolah di sebuah sekolah yang boleh dikatakan antara sekolah yang terbaik Di Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar UDA(2) manakala sebelah petang aku belajar di Sekolah Agama Kompleks Uda......ketika aku mendaftar disekolah Agama ini,aku menangis sebab terpaksa mengulangi Kelas Darjah 3 atas alasan sukatan pelajaran Sekolah Agama Johor Lebih tinggi berbandingkan sekolah agama di negeri-negeri lain...tapi yang menaikkan semangat aku bila didalam kelas aku....ramai pula abang-abang dan kakak-kakak yang lebih tua dari aku.....kira aku paling muda lah......alhamdulillah...Aku Dapat menghabiskan Pelajaran disekolah agama ini sehingga mendapat Sijil Darjah 6 Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor....Leh jadi Ustazah tapi mungkin bukan jiwa aku....
Pada tahun 1994 sehingga tahun 1999 aku belajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA...kira PMR,SPM Semuanya disini.....aku pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran selepas PMR disekolah Teknik tapi aku terpaksa menolak...sebab ketika itu aku masih kurang pengetahuan mengenai bidang teknikal.......Selepas tamat SPM aku menyambung pelajar Di Sebuah Kolej Swasta di Negeri Johor aku mengikuti Sijil Pelukis Pelan Senibina Kemudian Menyambung ke Diploma In Architecture Di kolej yang sama....
~~~~~~ Sambung Nanti penat dah ni