"Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi.
“Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.
Kita tak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.
Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan di ambang 2010 malam ini.
Selaku seorang muslim dan umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. seterusnya mengambil iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.Kejadian gerhana dijadikan Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.
Di dalam hadis yang diriwayatkna daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-Nya dengan kedua-duanya."
Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk:59)
Dewasa ini ramai antara kita memandang mudah fenomena gerhana ini dan mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta. Mereka tidak terfikir bahawa apa yang mereka kira dan jangka itu adalah tanda kebesaran Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.
Ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, baginda terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.Baginda SAW menjadi cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlauknya kiamat berikutan gerhana tersebut.Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan umatnya. Baginda solat sunat... dan sterusnya berdoa: Wahai Tuhanku! Bukankan Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa engkau tidak akan mengazabkan mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".
Hikmah di sebalik gerhana:
1-Menzahirkan penguasaan Allah terhadap matahari dan bulan (alam semester)2-Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan.3-Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukan4-Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman-Nya: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)
Amalan sunat semasa gerhana
1-Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dam bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".2-Bezikir dan beristighfar3-Berlindung dari azab kubur:-memohon perlindungan dari azab kubur4-Besedekah5-Memerdekakan hamba.
Marilah sama-sama kita renungkan apakah yang telah kita lakukan semasa menghadapi gerhana...sama-samalah kita muhasabah diri kita apakah perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan sehingga Allah menurungkan Peringatan (Gerhana) kepada kita. Fenomena gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.

Info Bloggers Member
No comments:
Post a Comment