28 January 2012

~~~

Entah kenapa malam ni aku teringat ngan mereka yang pernah menyakiti hati ku...tiba-tiba aku teringat tengku,pompuan dot3 tu....apa agaknya silap dan salah ku sehingga mereka menikam ku....Memang ku tahu jodoh ku dengan tengku sudah berakhir,namun aku masih tidak dapat memaafkan dia dan pompuan dot2 tu....

Bila difikirkan.....kenapa harus aku meningati kejadian yang sudah menjangkau 4 tahun itu?adakah masih tersemat sebuah dendam yang pastinya tidak akan terluput dari hatiku?........

Kehadiran tengku awal tahun ni,masih lagi seperti dulu seolah2 dia tidak pernah melukakan hati ku.....namun bagi ku....dia adalah musuh yang patut aku lenyapkan dari diary hidup ku...

Harapanku moga aku tidak bertemu dengan mereka yang telah menghancurkan kebahagiaan ku.....

28 Jan 2012
02.32 am

20 January 2012

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).
Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti:
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).
Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).
Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.
Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut:
“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan:
“Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).
Meskipun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai rasa malu, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .
Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada Rasulullah dengan menyampaikan pesanan Khadijah ra:
“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).
Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya:
Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan: Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata:
“Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari: Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah:
“Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya”. (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).
Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.
“Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).
Islam adalah agama yang syumul. Hiduplah dibawah panduan syariat semoga bermanfaat di dunia dan akhirat. InshaAllah.
Waallahualam
Copy By Raihan

02 January 2012

Potpet Di Pagi tahun Baru

Assalammualaikum & Salam Tahun 2012....Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk mengharugi liku-liku kehidupan yang baru ini.....
Biasanya bila tiba tahun baru....pastinya Azam akan menjadi taruhan wat diri kita...x kisah lah di mana2 berasa..isu Azam pastinya terus menyinari...Yang pastinya Azam aku tahun ni,nak settlekan azam 2011 yang masih lum tercapai...iaitu nak turunkan berat ...hahahaaa asyik separuh jalan jer...apa nak jadi aku pon x tau....
(Azam : Try lagi...usaha pasti menjadi)
Tentang kerja pula.....awal tadi dah nekad nak kuatkan semangat..tapi apakan daya ada mangkok ayun wat ati aku hancur ......Staff baru masuk kerja dengan gaji RM1700/= memang wat angin aku kali ni...aku yang dah 8 tahun berkerja masih lagi tidak mencapai gaji itu...apa ntah masalah bos aku ni...memang wat sakit hati jer bila aku ingat....kali ni
(Azam : Aku pasti mendapat pekerjaan lain...pasti antar surat resign)
Tentang perniagaan Aku..Hmm nampaknya aku akan mengubah nama company aku ni,berikutan my partner tidak tahu kesudahannya...dan akhir bulan 1 ni..insyaAllah aku akan mengedarkan sample chocolate for member.....
(Azam : Edar jangan x edar.......Dan Semoga Tahun ni akan menjadikan aku seorg usahawan yang berjaya..amin2)
Untuk Keluargaku...My Mum & My Dad..InsyaAllah aku akan lebih berusaha untuk memenuhi impian kalian...InsyaAllah...
(Azam : Cari harta banyak....bagi kegembiraan wat mereka)
About Love?? Hmmm Setelah berkecai...akan difikirkan untuk mendapat cinta..namun aku tidak perlu terburu-buru....sebab Tanpa Cinta..aku pasti boleh hidup seperti biasa.....hehehe...betol x? Betol betol betol....
(Azam : x tau apa nak diazamkan pada bab cinta ni)

Yang lain2......semua ku mohon lawati ke www.qasehchocolate.blogspot.com ......singgah jangan x singah than jangan lupa untuk order k...