20 October 2009

Kisah benar Dari Mekah

Empat Tahun Di Beri Makan Ulat

Mekah, tanah suci yang diidam-idamkan oleh umat Islam untuk menjejakkan kaki dan menunaikan fardu Haji. Rakyat Malaysia khususnya, ramai yang sudah berkerja, bermastautin dan menjadi warganegara Arab Saudi

Dikisahkan sepasang suami isteri Melayu Malaysia yang sudah lama bermastatutin di Arab Saudi. Walaupun mereka pemastautin tetap namun anak mereka sudah warga negara Arab Saudi. Ahmed dan isterinya Fatimah (bukan nama sebenar) tinggal dimekah hampir 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki, Muhamad(bukan nama sebenar). Fatimah bekerja sebagai guru manakala Ahmed pula bekerja dengan syarikat swasta. Oleh kerana Kedua-dua mereka bekerja sepenuh masa, mereka mengambil seorang amah, Tini(bukan nama sebenar) selepas Muhamad dilahirkan.

Kini, telah empat tahun Muhamad diasuh dan dibesarkan oleh Tini, namun Muhamad bukannya semakin aktif malah semakin kurus, kecil dan selalu sahaja sakit-sakit. Paling ketara apabila selepas hari raya aidilfitri, Muhamad langsung tidak berselera makan, lemah, tidak bemain seperti kanak-kanak lain dan selalu demam bila malam hari. Melihat Muhamad selalu sakit, Ahmed membawa Muhamad ke Hospital untuk diperiksa. Apabila diperiksa tiada pula tanda2 menunjukkan Muhamad sakit serius.

Apabila disuap sendiri oleh Fatimah dengan makanan, hanya sedikit sahaja yang dimakan oleh Muhamad. Apabila ditanya kepada amahnya, Tini menjawab begitulah Muhamad apabila disuap,hanya sedikit sahaja yang dimakan. Fatimah berasa risau dengan perubahan itu. Masuk minggu kedua, Muhamad semakin teruk. Badan semakin kurus, darah keluar dari hidung dan suhu badan meningkat dengan tiba-tiba. Ahmed dan Fatimah panik, mereka terus ke hospital. Apabila di x-ray seluruh badan, tiada kesan atau tanda2 penyakit. Namun, satu sahaja yang tidak dibuat oleh pihak Hospital, iaitu x-ray kepala Muhamad. Muhamad dirawat sehingga sihat dan segar serta dibenarkan pulang.

Namun tiga hari kemudian, Muhamad kembali sakit. Sekali lagi mereka terpaksa berulang lagi ke hospital. Apabila agak sihat Muhamad dibenarkan pulang semula. Waktu itu Ahmed berasa agak hairan apabila setiap kali pulang daripada hospital Tini berkelakuan resah.Dia syak ada sesuatu yang disembunyikan oleh amahnya itu..Lalu Ahmad dan Fatimah cuba berusaha dan berpakat melakukan sesuatu..

Oleh kerana mereka rasa tidak sedap hati, kedua-dua berpakat dan membuat rancangan keesokkan harinya. Esoknya seperti biasa, mereka bersiap untuk pergi kerja. Fatimah pun meninggalkan pesan kepada Tini. "hari ini saya pergi kerja sebab cuti dah habis. Jadi, saya akan balik dan bawa Muhamad ke Hospital petang nanti. Tini jagalah Muhamad baik2 sebab dia dah sihat sikit hari ini ya!". Tini mengangguk dan menundukkan kepala tanda hormat. Pada masa yang sama Fatimah membawa kunci pendua rumahnya untuk rancangan yang mereka buat semalam.sebaik sahaja kereta keluar pagar rumah, Tini terus mengunci pintu dan masuk ke dalam. Ahmed berpatah balik dan menurunkan Fatimah di depan rumah. Secara senyap2 Fatimah masuk ke dalam dan bersembunyi di dalam alamari pakaian Tini. Fatimah membuka sedikit pintu almari untuk melihat keadaan luar..Setengah jam kemudian Tini masuk dengan membawa sebiji mangkuk bersama anaknya.Fatimah tertanya-tanya apa yang hendak dilakukan oleh Tini.

Beristigfar panjang Fatimah apabila melihat dalam mangkuk itu adalah ulat-ulat bangkai. Bertambah terkejut apabila dia melihat Tini menyumbatkan ulat-ulat bangkai itu ke dalam mulut dan hidung anaknya. Muhamad yang meronta-ronta sempat berkata. " sudahlah tu Kak! Nak bagi pun sikit2 cukuplah. Saya tak tahan lagi hari2 kakak bagi".Sayu suara Muhamad meminta belas kasihan. Menyirap darah Fatimah melihat kejadian itu.Segera dia membuka pintu almari dan menerkam Tini. Tini tidak sempat melarikan diri. Fatimah yang sedang marah memukul Tini sepuas hatinya. Apabila sudah lemah, Tini diikat supaya tidak dapat melarikan diri. Fatimah menghubungi suaminya. Setengah jam kemudian apabila Ahmed tiba, sekali lagi Tini dikerjakan kemudian barulah mereka menghubungi pihak polis untuk tindakan susulan.
Muhamad pula dibawa kehospital untuk diperiksa sekali lagi.Dan kali ini kepala pula di x-ray. Rupa-rupanya selama ini, Setiap hari Muhamad disumbat ulat oleh Tini ulat-ulat itulah yang memakan otak Muhamad sedikit demi sedikit. Oleh kerana ulat itu tidak boleh bertahan lama, maka Tini menyumbatnya setiap hari supaya Muhamad terus sakit dan tidak menyusahkan dia lagi.Apabila diperiksa oleh Fatimah di dapurnya, ulat2 itu didapati dari daging mentah yang sengaja disimpan lama sehingga keluar ulat. Tini dijatuhkan hukuman sewajarnya dan bagi Ahmed dan Fatimah , peristiwa itu memberi pengajaran kepada mereka sekeluarga. Dan berharap tidak akan berulang lagi kepada mereka atau org lain.

kelolaan : Wan Mahani Wan Hassan bersama : Ustaz Hj. Md.Daud Che Ngah

Mengenai Kanser

KANSER
Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kita telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kita. Untuk mengelakkan darah kita menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.

PENGETAHUAN AM
Gigi manusia menunjukkan bahawa kami sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging. Kitab Al-Quran pun dah beri petunjuk bahawa kita perlu makan sedikit daging sahaja.

PENYEBAB KANSER
Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap roskok sekali lebih 600 kali berbahaya daripada menghidu asap daripada kenderaan awam.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :
a) Makanan yang di BBQ
b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )
g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kita memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.
h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.

UBAT KANSER SEMULAJADI
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kita dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).
Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

Sebarkan emel ini kepada semua kawan-kawan. Mungkin dapat menolong menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada yang menderita.

Wallahua'lam.

Jodoh

Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpautat kala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "



Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Teknik Bagaimana menjadi seorang pendengar yang terbaik

Apabila seorang Datuk Bendahara berkata kepada sultan, “patik kurang periksa, tuanku,” ia tidak bermaksud beliau sebagai orang besar tidak mempunyai kapasiti untuk memeriksa sesuatu hal. Ia secara tersirat bermaksud, “aku tak tahulah!”
Jika seorang ayah berkata kepada satu rombongan peminangan, “anak saya baru saja habis belajar, belum pun dapat kerja lagi,” ia bukan bermaksud beliau menyuruh rombongan itu datang semula selepas anaknya mendapat pekerjaan. Ia secara tersirat bermaksud, “aku rasa anak aku tak sesuai kahwin dengan anak engkau.”
Dua orang insan dari myJodoh yang bertemu dan berbual panjang untuk kali pertama sudah tentu mempunyai harapan yang tinggi. Ketika salah seorang berkata, “saya masuk myJodoh ini bukan untuk cari jodoh pun, tetapi untuk menambah kenalan,” ia tidak memberi maksud beliau tidak berniat untuk berkahwin atau main-main menyertai myJodoh. Ia secara tersirat bermaksud, “aku memang nak kahwin, tetapi bukan dengan engkau, engkau ok untuk dijadikan seorang kawan sahaja.”
Ini adalah bahasa-bahasa tersirat yang sering digunakan agar tidak melukakan pihak lain. Masalah sering timbul apabila mesej yang cuba disampaikan tidak diterima dengan baik, lalu disalah anggap.
Jika mesej tidak diterima dengan betul, sultan tadi mungkin berkata, “kalau kurang periksa, pergilah periksa sampai habis.”
Jika mesej tidak diterima dengan betul, pihak rombongan meminang tadi mungkin berkata, “bertunanglah dahulu, nanti dah dapat kerja, kahwinlah.”
Jika mesej tidak diterima dengan betul, salah seorang pasangan yang bertemu tadi mungkin berkata, “ceh! dia ni tak serius, jahat, buat apa orang macam ni dalam myJodoh? Main-main saja! Kenapa dalam myJodoh banyak orang macam ni?”
Bahasa-bahasa tersirat ini banyak digunakan setiap hari, banyak didengari tetapi tidak difahami. Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!
Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya) .”
Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah anda berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah? Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete. Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.
Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera.
Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, anda sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Di dalam Tafsir At-Tabari, Imam At-tabari telah merekodkan kenyataan Ibnu Mas’ud, bahawa beliau dan para sabahat dahulu mempelajari tidak lebih dari sepuluh ayat Al-Quran setiap kali, mereka tidak akan melampauinya sebelum betul-betul memahami secara benar maknanya dan mengamalkannya. [1]
Wallahu’alam.
Selamat mengkaji dan merenung!

Note : Petikan daripada email

Ketampanan Nabi Yusuf Diuji

NABI Yusuf ingin hidup tenang dan tenteram di rumah pembesar Mesir. Baginda mendapat sepenuh kepercayaan daripada majikannya untuk menguruskan segala hal-hal rumah tangga mereka dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.
Pertumbuhan fizikal dan mental Nabi Yusuf menjadi seorang pemuda yang cukup tampan dan gagah telah menarik perhatian isteri pembesar Mesir tersebut.
Zulaikha sangat tertawan melihat ketampanan Yusuf. Dia selalu menggoda Yusuf dengan pelbagai cara sama ada secara terang ataupun tersembunyi. Pantang ada kesempatan, maka akan digunakan oleh Zulaikha dengan sepenuhnya.
Setiap hari dia akan berpakaian cantik dan memakai wangi-wangian semata-mata untuk menggoda Nabi Yusuf agar terpikat kepadanya.
Perbuatan dan tingkah laku Zulaikha yang selalu menggoda Yusuf itu lama-kelamaan menjadi buah mulut penduduk Mesir.
Sebagai isteri kepada orang yang sangat berpengaruh, Zulaikha terasa sangat teruji dan malu dengan perbuatannya sendiri. Dia pun merancang satu strategi untuk menutup perbuatannya.
Pada suatu hari, dia telah memanggil rakan-rakannya yang terdiri daripada isteri-isteri pembesar dan kaum-kaum wanita yang berpengaruh di daerah itu untuk menjamu mereka di rumahnya.
Setiap tetamu yang datang akan diberikan tempat duduk yang sangat selesa kepada mereka dan dihidangkan dengan makanan yang lazat serta sebilah pisau setiap seorang untuk memotong makanan itu.
Apabila semua tetamu telah sampai, Zulaikha pun mempersilakan mereka makan.
Sedang tetamu-tetamunya asyik makan, Zualikha memerintahkan Nabi Yusuf supaya keluar dan berjalan di hadapan mereka. Nabi Yusuf pun keluar dan berjalan dari bahagian hadapan hinggalah ke belakang meja itu.
Para wanita yang melihatnya terdiam seketika dan terngangalah mulut masing-masing. Mata mereka bulat memerhatikan ketampanan Yusuf. Tidak kurang juga ada yang menjerit kerana terkejut. Lagipun seumur hidup mereka sebelum ini tidak pernah melihat orang lelaki setampan Nabi Yusuf.
Oleh sebab terlampau terkejut dan terpukau dengan ketampanan Nabi Yusuf, mereka telah memotong jari masing-masing sehingga luka. Sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah di luar kawalan mereka.
Zulaikha memerhatikan mereka dengan perasaan suka hati. Dia pun bertepuk tangan dan mengarahkan Nabi Yusuf masuk ke dalam bilik semula. Setelah Nabi Yusuf hilang daripada pandangan, barulah wanita-wanita itu tersedar daripada lamunan dan mula menyedari tangan masing-masing telah terluka.
"Sesungguhnya apa yang kami lihat itu tadi bukanlah manusia tetapi malaikat," kata mereka. Zulaikha pun berkata: Kamu telah melukai tangan masing-masing, padahal kamu hanya melihatnya sekali sahaja. Tetapi aku melihatnya setiap hari, daripada usianya 12 tahun sehinggalah dia menjadi pemuda yang tampan begini. Jadi salahkah aku kerana menyukainya?"
Pelbagai nasihat yang diberikan oleh wanita-wanita itu tadi supaya Nabi Yusuf menerima cinta Zulaikha. Jika menerima cinta Zulaikha, Yusuf akan mendapat kesenangan hidup dan pelbagai ganjaran yang lain. Namun begitu kata-kata nasihat yang diberikan tidak menarik minat di hati Nabi Yusuf.
Baginda berdoa kepada Allah agar dirinya ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan godaan wanita-wanita itu. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku lebih rela dipenjarakan kerana sekiranya berada di luar aku bimbang akan terpaksa menurut hawa nafsu wanita-wanita itu. Lindungilah aku wahai Tuhanku daripada rayuan dan tipu daya mereka," ucap baginda.
Pembesar Mesir mengetahui hal itu, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Demi menyelamatkan keadaan, dia telah menurut kata isterinya supaya memenjarakan Nabi Yusuf. Akhirnya tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara.

09 October 2009

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Adilfitri 2009


Buat semua sahabat-sahabat ...

p/s : Cari rumah yang ada Khemah / Canopy 2 buah Kaler Biru

01 October 2009

Hehehe Hepi

Assalammualaikum
Semalam aku seperti biasa ...amik dak2 sekolah...pada mulanya ..aku tercari-cari gak CA...windu plak tgk muka dia..alahai..apo kono eh jang...ahaks...
Lama gak aku berdiri disana....Tiba-tiba...ada pengummuman dari speaker sekolah....terkejut aku....sore dia......ahaks...tapi orangnya xde...
So aku perati jer kot-kot dia kuar dari pejabat....Yessssss memang dia ada....dia mcm tgk jer....ekeke hepi sgt semlm...
Tapi korang tau x,apa yang paling aku rasa hepi semalam????Nak tau x?????
ekekek semalam kali pertama aku dengar dia membaca Ayat Quran...Surah Al-As...Tersentuh hati aku mendengar alunan suara dia membaca...Ya Allah...Aku rasa kalau menjadi...pasti dia dapat menjadi Suami yang Soleh....Itulah ciri-ciri calon idaman ku....ekekee

Rasanya sejak naik keje ni.....boleh dikatakan hari-hari aku jumpa dia....senyum jer rrr nak wat macam ne...segan aku ni..

:)