30 January 2009

Berakhirkah Ikatan Cinta

KATA orang, jika salah memilih pasangan, anda akan terjebak dalam kehidupan yang tidak aman dan mengalami kemurungan sehingga boleh mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal.Bahkan, masalah yang dialami itu akan terus menghimpit situasi ketidakstabilan ekonomi atau anda menjadi mangsa korban keganasan rumah tangga.Walaupun penceraian boleh dihadapi tetapi setiap pasangan perlu bersedia mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu atau bapa tunggal gara-gara tersalah memilih pasangan.Dalam mengharungi alam rumah tangga, apa yang paling menyedihkan ialah apabila muncul rasa ragu dan tidak keserasian di antara pasangan. Ada sesuatu yang membuatkan kamu berasa tidak tenteram tetapi kamu tidak mengetahui apakah masalahnya, sehingga dengan mudah kamu memutus hubungan dengan pasangan.Tentu sahaja pelbagai masalah akan terus menghimpit jiwa dan perasaan dek kerana keputusan yang telah dilakukan.Sekiranya, hubungan kamu berdua kini umpama retak menanti belah, cubalah menjawab dan tanda beberapa soalan di bawah ini.Ia bertujuan untuk memberi kamu sedikit gambaran, adakah hubungan yang kamu jalinkan itu layak dipertahankan atau lebih baik diputuskan sahaja.

1. Adakah kamu meletakkan 1001 harapan bagaimana ingin mencipta sebuah kehidupan baru dalam perhubungan, namun si dia seringkali merasa kecewa kerana harapan itu gagal ditunaikan?
2. Adakah timbul rasa cemburu dalam diri kamu ketika melihat betapa romantisnya hubungan cinta pasangan lain?
3. Adakah kamu memiliki rasa kecewa terhadap hubungan yang dijalinkan sebelumnya dan hal itu mempengaruhi hubungan kamu pada saat ini?
4. Adakah kamu menginginkan pasangan lebih romantis dalam perhubungan ini?
5. Adakah kamu rasa tidak tenteram ketika bersama dengan pasangan dan merasakan ada sesuatu yang berselindung di sebaliknya?
6. Adakah kamu sering berasa khuatir untuk mengungkapkan persoalan yang bermain di fikiran kamu, kerana takut akan timbulnya masalah?
7. Adakah kamu berasa ingin mengubah pasangan atau sebaliknya, dia berusaha mengubah diri kamu?
8. Adakah kamu atau pasangan selalu membiarkan masalah terus ‘membara’ dan kemudian ‘meledak’?
9. Adakah kamu selalu berusaha menjauhkan diri atau ‘lari’ di saat sesuatu yang buruk akan terjadi?
10. Adakah kamu pernah merasakan lebih gemar menghabiskan waktu di rumah atau tempat lain untuk mengelak bertemu dengan pasangan?
11. Pernahkah kamu menerima teguran daripada teman yang menyuruh kamu memilih orang lain atau menjauhi pasangan sedia ada?

* Jika kamu menjawab ‘ya’ untuk lima soalan ini atau lebih, itu bermakna hubungan kamu berdua berada dalam situasi berbahaya.Ini bukan bererti kamu mesti segera mengakhiri hubungan tetapi, sebaik-baiknya kamu harus berbincang dengan pasangan dan mencari langkah terbaik untuk mengekalkan hubungan.

* Jika kamu menjawab ‘ya’ sebanyak dua kali atau lebih, bererti kamu harus memberi perhatian lebih kepada hubungan yang kamu bina bersama pasangan.Oleh itu, kamu mestilah bersikap bijak dalam memilih pasangan hidup, jangan biarkan kamu menjadi ‘buta’ kerana cinta.Selain itu, jangan terlalu terbawa perasaan untuk memutuskan, ‘ya, ini jodoh saya’.

p/s banyak sangat YA.....Haruskah Aku pergi meninggalkan Dia? Cinta Tidak Sepertinya Memiliki....Sayang Tidak Semestinya Bersama.....Apakah Kesudahan CintaKu?Hanya Aku Mampu Melihat Si Dia Bersama Insan Lain....Aku Sentiasa MenDoakan Dia .....

Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan

A - Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda

B - Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung

C - Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh

D - Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain

E - Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka

F - Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja

G - Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun

H - Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi

I - Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis

J - Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas

K - Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri

L - Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa

M - Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala

N - Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O - Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman

P - Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros

Q - Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi

R - Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah

S - Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak

T - Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah

U - Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai

V - Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W - Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan

X - Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya

Y - Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat

Z - Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri

Tujuh Kalimah Suci

Assalamu’alaikum,
Sabda Rasulullah SAW: "barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."
1. Bismillahhirrahmanni rrahim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah : Jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataillahbillah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.... amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Cahaya Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.
" Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.Kelima, orang yang suka minum arak.
"Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semogamenjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan dimasjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.


Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yanglalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali keranaianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.
Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akanmendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimikmukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuahhadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jikatidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragamaIslam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yangberkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kitatakut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yangdapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgnizinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-samamenghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelusemasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. aminYarobbala'lamin.."

28 January 2009

Rahsia Wanita

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin.Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur TanahTanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air.Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga.
Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam.
Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.Penasihat yang baik kepada suami.Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.Pandai bermain kata dan memujuk rayu.Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.Bijak mewujudkan suasana selesa.Hati yang cepat berubah ubah.


p/s Mengikut fakta yang dibaca tadi yer...Aku merupakan wanita Api....Nasib lah dikatakan wanita api ni dikatogerikan sebagai seorang yang cekap menguruskan hal rumahtangga lega lah calon suami ku nanti.ahaksss tapi ini kemungkinan hanya kajian mereka sahaja yang penting tepuk dada tanya hati sendiri..... kalau ada persamaan tu maybe kebetulan sahaja....U See Ur Heart ....Ahakss

22 January 2009

Asal Usul Solat

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. ¤ Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. ¤ Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. ¤ Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. ¤ Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. ¤ Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. ¤ Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: ¤ Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. ¤ Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. ¤ Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. ¤ Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: ¤ Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. ¤ Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. ¤ Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. ¤ Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. ¤ Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. ¤ Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. ¤ Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun

15 January 2009

Kembara Melaka


Assalammualaikum Seperti yang dijanji pada blog yang lepas,aku ingin berkongsikan serba sedikit mengenai perjalananku dan family ke Kota Bersejarah ini iaitu Melaka...Bandaraya yang penuh perlbagai artifak2 sejarah Kesultanan Melayu dan Juga yang dikenali sebagai laluan emas kepada pedangang asing suatu tika dahulu....Tidak kurang juga Melaka ini dikenali dengan keperkasaan pahlawan2 yang terunggul antaranya Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi dimana mereka ini sekali sebagai pahlawan yang terbilang......

Bermula perjalanan ku dari Kota Metropolitan Kuala Lumpur bertolak dari Terminal Bas Pudu Raya pada jam 4 petang,aku ditemani fina dan juga wokyoh...mereka yang menghantarku diterminal berkenaaan....so dianggarkan jam 6petang aku sampai di Melaka Central...Alhamdulillah sampai je aku terus melefon daddy ...coz perjanjian kami mereka bertolak dari JB manakala aku dari KL dan berjumpa di Melaka Sentral...sebuah terminal yang ku lihat sungguh berbeza pada kali pertama ku jejak kaki ke melaka bersama-sama teman sekolej awal tahun 2002... setelah berjumpa family..kami pon bertolak ke Naza Hotel yang telah ditempah oleh KakLong & abgLong ....so malam tu kami menginap disana...

Malam tu,kami keluar makan di sekitar bandar melaka ,ikut plan nak pergi umbai..tapi memandang mum dan kakngah tiada,kami tunda keesokan hari.Sedang menjamu selera ,aku mendapat panggilan dari Dj Ricky mengatakan ada suprise untuk ku....so aku pon tertanya-tanya juga apa lah yang suprise sangat tu...so lepas makan kami ronda bandar melaka terus balik ke Naza Hotel...dari jauh dah nampak Dj Ricky dengan seorang awek kecik jer sebelah dia....so selepas menghantar haziq ke kaklong,aku menjemput mereka ke lobby hotel.so ricky mengenalkan gadis molek tu rupanya Moderator Di CeriaChat iaitu Tatia..selama ni ku ingatkan tatia is real indonesia gurl...alahai tertiba dah aku...sebab selama ni aku dok ngomong indon dengan that gurl.ahakss...

Setelah berborak bersama Ricky n Tatia,mereka meminta izin untuk balik,coz Tatia ni rupanya student salah sebuah Universiti di Melaka...setelah menghantar mereka diparking,aku pon balik ke Bilik....berbual ngan family than tidor...Keesokan harinya,kami breakfast diCafe Naza Hotel...Makanan leh lah tahan...cuma adalah something yg kureng tapi masih boleh dimaafkan...selepas tu kami ke bilik untuk mengambil barang dan check-out...

Setelah check-out kami pun mulakan perjalanan kami ke kota A Famosa,disana aku dapat melihat beberapa artifak yang bersejarah antaranya Tugu AFamosa sendiri yang mempunyai nilai tersendiri yang boleh dikatogerikan sebagai sejarah Malaysia..Kaklong,adik dan anak sedara sempatlah naik beca yang warna warni ,aku nak naik??? memang nak tapi kesian tengak pakcik tu kayuh..hehehee ni sebahagian gambar yang telah di amik ...

Bersama KakLong & anak2 Kaklong

Aku Interframe Di Depan AFamosa

Setelah penat berpossing diarea Kota AFamosa,Kami pon meneruskan perjalananan ke Taming sari Tower (x silap aku,aku x ingat nama tempat tu) tapi kat sana,kami hanya melihat sahaja coz nak cepat beredar ke Perigi Hang Tuah....sepanjang perjalanan Ke perigi Hang Tuah Kereta menghadapi masalaha..so kena lah tolak...ahaks tercabar betul....setibanya kami di Perigi hang Tuah,Aku sempat bergambar,sempat juga mengambil sedikit air dalam perigi tersebut...ikhtiar untuk kesihatan mummy....orang-orang menyatakan air perigi Hang Tuah tu mempunyai khasiat untuk berubat,aku bukan nak melakukan syirik,cuma itu terjadi dengan keizinan dari Allah s.w.t....

Papan Info Mengenai Perigi hang Tuah


Inilah dia Perigi Hang Tuah,Yang dikatakan terbentuk dengan Tapak kaki Hang Tuah

Aku & Haziq Keletihan hehehehe
Setelah mengambil air dari perigi tersebut,kami sempat memberi cenderahati untuk kenangan...dari situ kami bertolak ke Umbai ahakss makan time ...sotong,ikan,udang perghhh esoknya aku sakit perut tu lah makan x tengok kiri kanan...ekekekee

Mamam Time With My Family


Ni dia Gerai Tempat makan seafood pilihan Abg ipor den

Ni adik & arif Berebut air memang lawak

Setelah makan kami pun beredar ke Muar pula....ketika dalam perjalanan ke Muar,sempat juga kami singgah ke gerai tepi jalan yang menjual lemang..beli skit than bawa balik....

Gerai Lemang PakNgah Ahaks ,suka tengok adik2 yang berniaga.....

Dari sana kami menuju ke rumah Abang Ipar di Parit Raja Muar,rehat sebentar than bertolak Ke Taman Nusantara .....rasanya inilah penglaman yang paling best bersama family sejak berpindah ke Johor Bahru.....Terima Kasih For KakLong & Abg Long coz menaja perjalanan kami......k Lah Chow Dulu Salam Sayang buat semuaaa

Kalau Roboh Kota Melaka,Papan Dijawa Hamba dirikan....

Renungan

Barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia. (QS. An Naml 27:40)

Semoga Diriku Tabah Harungi Semuanya ... Amin

D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

[Reff]
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Back to Reff

Wooo…

Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku


Setiap Kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya...Begitu juga dengan hikmah disebalik pertemuan kita ... dan juga perpisahan kita....Maafkan aku jika datang kesilapan ini dari diriku yang serba kekurangan,namun....kau pastikah dirimu begitu sempurna buat diriku? Kau bukan insan pertama melukai hati ini....Aku masih mencari dimana silap diriku dipertemukan insan sepertimu....
Selama setahun ini... kau hanya berlakon dihadapan ku...sedangkan dirimu ada insan lain yang kau puja....mana janji cintamu terhadapku Januari 2008? Mana angan-angan yang kau berikan padaku???? persetankan semuanya........tinggalkan aku.....aku ingin sendiri.......
Mesti kau pelik mengapa aku jadi seperti ini?semua ini hadiah darimu utk ku.......aku ucapkan terima kasih cinta buat benih-benih cinta yang kau beri buatku satu tika dulu.....

Izinkan Aku Pergi Dari hati Mu....
Semoga Kesabaran ini Milik Ku......

01 January 2009

Gathering CeriaChat.Net 2008

Assalammualaikum ~~~


Apa khabar semua....Saya Alhamdulillah sihat cuma sejak balik dr Melaka badan agak kureng sedap..maybe banyka makan seafood di Umbai ahad lepas...maybe saya ni alahan ngan seafood agaknya lah...


Ok Buat pengetahuan pembaca semua....Saya baru saja mengikuti Gathering CeriaChat.Net Buat julung2 kalinya sejak saya tubuhkan 3 bulan lepas...walaupon x ramai tapi alhamdulillah agak meriah juga dengan kehadiran beberapa orang kuat Server Chat dan Radio...


Aktiviti bermula jam 1 tghari.....almaklumlah saya,fina,bard serta ayin lewat ke lokasi perjumpaan .... almaklumlah jalan pakai kasut tinggi...tapi mmg mencabar betul pada hari tersebut...walaupon keletihan saat itu....saya tetap hepi dengan kehadiran rakan2 yang sanggup join walaupon berada jauh dr luar KL...


Antara yang hadir My Bestfren Butterfly(Penang),Dj Ricky & Yazid (Melaka),Biawak Penang(Penang),Dj Tuan (Rawang),Zack_3061(Pahang),Snake & Dj Ira (Putrajaya),Dj Lovestar,Dj Zulkarnain,Dj Wokyoh,Zaza De Sauza,Atan,Shuwen & Dj Elbone,Aiman & Wife(Kuala Lumpur)


Pada Mulanya kami target yang hadir hanya 8orang tapi sungguh mengejutkan...Memang best habis hari tu...Selepas berkumpul diground floor,kami beramai2 ke food court..bersantai ,makan2,sambil kami berbincang mengenai isu2 seperti Radio,server linux dan berbagai2 lagi..dikesempatan ini jua,aku mengambil peluang mendekati rakan2 server yang selama ini,aku tidak pernah ketemui hanya mengenali di Internet dan mendengar suara diradio sahaja...Dianggarkan lama jugak kami santai di food court KLCC,kemudian kami beredar untuk berkumpul di taman KLCC..Disana kami mengadakan perbincangan sekali lagi...Dan di sana juga,aku,Zul serta Kak Shuwen memberi serba sedikit maklumat mengenai organisasi server CeriaChat.Net......Selepas itu kami menukar lokasi lagi...Kami ke Ampang Park ....apa lagi Karaoke..ahakzz rasanya dah kali ke 2 aku pergi ke ampang park,last thn 2007 ketika aku handle gathering KC dulu...

Di karaoke pulak,banyak suprise yang berlaku,cthnyer sambutan besday my bestfren Dj Zulkarnain,lepas tu baru aku sedari ramai dikalangan yang hadir mempunyai bakat yang terpendam...Di sini juga aku dapat melihat beberapa karektor yang dimiliki oleh rakan2 Maya yang selama ni aku kenali....Aku dapat menyumbangkan 3buah lagu...best ke x,layan jer bukan pertandingan pon.

Sebahagian Gambar-gambar yang telah di ambil di KLCC....Manakala gambar Di karaoke aku masih mencari....so pada rakan-rakan yang menghadiri gath aritu leh lah memberi kepada aku...tQ
K lah sampai disini sahaja buat kali ini,insyaAllah aku akan mencoretkan kisah kembara aku ke Bandaraya Bersejarah......ok Semoga Anda Gembira membaca coretan saya pada kali ini.Assalammualaikum ~ LeBiH CeRia DaRiPaDa BiaSa ~